Thursday 16 June 2011

BAB 17

PAGI yang dingin membuatkan Iman menarik selimut menutupi seluruh tubuhnya yang hanya dibaluti sehelai t-shirt lengan panjang dan seluar sukan paras lutut. Ditambah pula dengan suhu sejuk yang dikeluarkan oleh air cond yang terdapat di dalam biliknya membuatkan suhu dalam bilik itu begitu sejuk.

Hari minggu begitu memang menjadi pilihannya untuk bangun lewat. Tambahan pula, hari jumaat tersebut mereka tidak merancanakan apa – apa program untuk dilakukan.

Tok..tok…tok..

Ketukan di pintu membuatkan Iman mengambil bantal dan menekup telinganya. Kenapa pagi – pagi macam ni pun masih ada lagi yang mahu mengganggunya. Biarlah dia berehat puas – puas setelah melalui minggu yang memenatkan. Jerit Iman tapi hanya bergema di dalam hatinya sahaja.

Apa?” Jerit Iman dari dalam.

Ada orang nak jumpa?” Beritahu suara dari luar. Yang jelas itu suara Fenn.


Cakap je aku takde?” Jerit Iman lagi. Dia masih berbungkus selimut sehingga ke paras dadanya.

Suara Fenn sudah tidak kedengaran. Iman berasa lega. Semalam hampir dia tidak dapat tidur akibat menyiapkan asigment yang sengaja ditangguhkan. Iman menarik gebar menutupi dadanya. Hanya sekejap bilik yang sunyi itu kedengaran degkuran kecil menghiasi kamar itu.
***********************************************************************

Sapa yang datang pagi tadi?”

Abang Saiful!!” Beritahu Fenn pendek tanpa memandang ke arah Iman yang hanya berkain batik lepas dan baju tidur.

Dia nak apa?” Tanya Iman sambil tangannya membuka peti sejuk. Minuman jus oren yang menjadi kegemarannya segera dicapai. Tanpa mempedulikan Fenn yang sedang membasuh sayur di singki dia meneguk jus oren itu.

Ntah. Dia tak gtau pun,” Beritahu Fenn tanpa memandang ke arah Iman yang sudah melabuhkan punggung di kerusi. Dia mengangkat tudung saji. Kelihatan nasi lemak daunn pisang bersama dengan seteko air milo.

Sapa g beli? Tanya Iman sambil membuka nasi lemak daun pisang. Dengan berselera dia makan tanpa memandang kiri kanan.

Ee kau ni, tak senonoh. Lau yer pun lapar, g la mandi dulu,” Gertak Fenn. Dia bercekak pinggang. Mengalahkan mak aku pulak!

Ala, nanti2la. aku sejukla,” Ujar Iman sambil tersengih. Tangannya mengambil satu lagi nasi lemak. Sedap pulak nasi lemak ni. Lau ari2 makan boleh bertambah montel aku. Hehehe…montel2 aku pun, tetap cute. Puji diri sendiri Nampak. Kutuk aku dalam hati.

Sejuk apa..dah pukul 11.30 dah ni. Dah tengah hari. Tadi abang Saiful yang bawak. Dia tunggu kau sampai pukul 10. Kesian pulak aku tengok dia,” Bebel Fenn. Dia sibuk memotong kangkung ke dalam besen.

Aku dah basuh muka la. Siap berus gigi dah. Aku tido lewat la semalam. Kau pun tau aku siapkan asigment yang menimbun tu. Petang ni aku nak g jumpa Prof Syarifah. Dia punya tesis dah siap edit,” Beritahu Iman sambil tangannya memasukkan kulit daun pisang ke dalam tong sampah. Sudu dan cawannya dibawa kesinki dan dibasuhnya.

Nak g mandi dah…” ujar Iman sambil menjentik air yang berada ditangannya ke muka Fenn. Fenn lantas menjerit.

Kau jahat.” Jeritnya. Hahaha…aku memang jahat!!

No comments:

Post a Comment