Friday 10 June 2011

BAB 6

SEMENTARA itu, Esyani telah masuk ke bilik Iman yang semangnya tidak pernah berkunci itu. Bilik yang bercat biru laut itu nampak kemas dengan set bilik tidur yang berwarna merah hati. Sebuah meja study terletak di satu sudut bilik. Esyani masuk setelah menutup pintu. Dia berdiri kaku disitu sebentar tanpa tahu mahu mula dimana.
 
Dia menuju ke arah katil kayu jati yang berwarna merah hati. Katil itu kemas dengan cadar berwarna biru lembut Tangannya segera menyeluk di bawah bantal. Mencari sesuatu di situ. Selalunya orang selalu menyorokkan benda yang ingin dirahsiakan di situ. Itu yang selalu dia lihat di kaca televisyen.

“Tidak ada apa apa pun!” hatinya mula curiga.

Tangannya menarik laci meja hiasan tepi. Hanya terdapat koleksi novel milik Iman. Dia menuju ke meja hiasan tepi di sebelah kanan katil king saiz itu. Laci di tarik. Juga tiada apa apa. Cuma terdapat senaskah KITAB TAFSIR AL – QURAN yang cantik ukiran di luar kulitnya di situ.

Esyani mengeluarkannya. Tangannya pantas menyelak helaian demi helaian al quran tafsir itu tanpa niat untuk membacanya.

Emmm..cantik! Tapi kenapa aku tak pernah nampak Iman membacanya pun. Katanya dalam nada perlahan. Sememangnya mereka tidak pernah tahu kewujudan naskah Al-Quran itupun selama mereka mula mengenali Iman.
Maybe hadiah dari seseorang!! Fikirnya. Tangannya lantas menyelak semula ke muka hadapan Al Quran tafsir itu. Ada tulisan di situ.

` Secebis kasih membuatkan kita sayang
Seucap janji membuatkan kita percaya
Sekecil luka membuatkan kita kecewa
Tetapi sebuah percintaan selamanya bermakna`

                               Iskandar Dzulkarnain
                               06th  October  2004

Iskandar Dzulkarnain!

Siapa pulak mamat ni. Iman tak pernah bagitau pun. Kata Esyani perlahan. Dia mencapai kertas dan pen di atas meja Iman dan menyalin nama tersebut. Al Quran tafsir tersebut diletak kembali ke tempat asalnya. Sab berpuas hati dengan apa yang diperolehinya. Dia menuju ke meja study untuk meletakkan kembali pen ke tempat dalam pencil mug milik Iman apabila dia terpandang sekeping foto terselit di sebalik sebuah buku berkulit hitam.

Diari!! Ujarnya perlahan.

Dia menarik keluar potret tersebut. Foto Iman yang berada di samping seorang lelaki. Dapat dia lihat betapa mesranya mereka pada pandangannya. Esyani membelek lagi. Di belakang potret tersebut tertulis sesuatu.

Sempurna hidupku andai kau disisiku...
Sempurna imanku andai kau membimbingku...
Sempurna nyawaku andai kau menjaganya...
Tiada rindu hanya untukmu sayang!!
      
                     Iskandar Dzulkarnain
                     04th July 2005

Iskandar lagi!!

“Es, Iman dah balik!!” Jerit Fenn dari ruang tamu.

Esyani yang masih di bilik Iman terkejut. Dia lantas meletakkan kembali gambar tersebut di dalam diari. Dia dengan tergesa – gesa terus keluar dari bilik tersebut setelah memastikan tiada tanda yang dia pernah masuk ke situ. Dia terus ke ruang tamu. Dia cuba berlagak biasa bagi menutup kesalahannya menceroboh bilik tidur Iman namun kelibat gadis itu tidak kelihatan.

“Mana Iman!” Tanya Esyani kepada Fenn yang masih lagi menonton.

“Belum sampai lagi! Tadi dia tanya nak makan apa? Lagi 15 minit sampaila....,” Ujar Fenn tanpa melihat Esyani yang terpinga-pinga mendengar penjelasannya.

“Fenn!” Jerit Esyani membuatkan Fenn terkejut. Dia lantas memandang mukanya ke arah Esyani.

“Hei, pecah anak telinga aku tau!” Marah Fenn.

“Kau kata Iman dah balik. Kau tipu aku!”

“Laa betul la tu. Tapi dalam masa 15 minit lagi.” Ujar Fenn sambil tersengih.

“Fenn!!”

“Ok, ok! Aku saja je nak bagi warning awal kat kau mana tau masa minah tu balik kau tak sempat nak keluar.” Ujar Fenn sambil tersengih. Esyani mencebik marah. Memang loyar buruk betul la budak sekor ni.

“Ala sorry la...nanti aku belanja makan,k! Apa yang kau dapat?” Tanya Fenn tidak sabar. Esyani yang pada mulanya menarik muka masam mula ceria dan bersemangat kembali.

“Kau tau tak...,” Esyani mula bercerita.

“Aku tak tau,” Potong Fenn. Saja nak menyakat Esyani.

“Fenn aku nak bercerita ni!!” Marah Esyani. Geram dengan sikap Fenn.

“K k sambung balik cerita kau!” Ujar Fenn sambil mengangkat tangannya separas bahu tanda menyerah.

“Tadi masa aku investigate kat bilik Iman, mana la tau ada surat ke gambar ke atau apa apa la kan, aku jumpa satu quran tafsir. Cantik tau! Nampak macam bukan dari sini. Aku belek, belek, punya belek. Aku ingat Iman punya. Tapi sepanjang kita kenal minah tu, aku tak pernah nampak pun dia guna apatah lagi tunjuk kat kita, kan. So aku pun cari la kot-kot ada nama ke, apa ke! Kau tau apa yang aku jumpa?”

“Tak tau!” Jawab Fenn sambil menggeleng kepala laju-laju.

“Ni nama ni. Siap ada tulis kata-kata lagi. Macam jiwang je ayat tu.”

“Iskandar Dzulkarnain!!” Baca Fenn.

“Sapa ye?” Tanya Fenn tiba-tiba

“Eh kalau aku tau, aku tak salin nama ni. Apala kau tanya soalan macam tu!” Marah Esyani.

“Pas tu apa lagi yang kau jumpa! Takkan ini je!”

“Aku .... aku.....,” Esyani rasa serba salah nak memberitahu hal yang sebenarnya.

“Aku apa?” Gesa Fenn membuatkan Esyani terperanjat.

“Aku curi tengok diari Iman,” Sab terlepas cakap. Dia dengan segera menutup mulutnya. Fenn terkejut. Mulutnya ternganga.

“Ha...ha... tak tahu...lau Iman tau mampus kau! Bukan setakat dia cencang kau idup-idup, dia masak kau buat sup.,” sakat Fenn. Dia tau Esyani ketakutan.

“Ala, kau jangan la bagitau Iman. Aku tak baca pun tapi aku ada tengok sekeping gambar!” Beritahu Esyani.

“Gambar siapa?”

“Gambar Iskandr Dzulkarnain kot. Sebab kat belakang tu ada nama dia!”

“Gambar ngan sapa?”

“Ngan Iman la. Rapat aku tengok. Macam diorang ni couple!” Beritahu Esyani. Fenn ternganga.

“Hah, Iman pernah bercinta ke?”

“Eh mana la aku tau! Kalau kau berani kau tanya sendiri la!” Belum sempat Fenn membalas kata kata Esyani kedengaran kereta masuk ke laman rumah.

“Eh Iman dah balik la...kau jangan bagitau apa apa tau!” Beritahu Esyani. 

Aku tau la!” Jawab Fenn. Huh, takut sangat. Tadi berani sangat masuk bilik orang. Konon-konon nak jadi CSI la tu. Barang sendiri pun kadang-kadang terlupa letak mana. Kutuk Fenn dalam hati.

Kelihatan Iman turun dari kereta. Esyani dan Fenn segera menuju ke pintu rumah. Melihat jika ada yang perlu di bantu. Buat-buat baik la kononnya. Takut pecah tembelang hehehehe.

“Nah tolong aku.” Sua Iman kepada mereka berdua. Kelihatan sebuah plastik beg besar sarat dengan pelbagai barangan.

Nah. Aku beli lauk je. Kita masak nasi je la ke,” Beritahu Iman sambil menyuakan 2 buah plastik yang sarat dengan lauk pauk kepad Fenn.

“Emmm... bau asam pedas,” Beritahu Fenn kepada Esyani. Asam pedas Johor memang menjadi kesukaan nya. Esyani mencebik.

Ala aku ada beli ikan keli goreng tu,” Beritahu Iman tanpa memandang ke arah mereka. Dia mencempung sesuatu di kerusi depan sebelah kerusi pemandu.

“Eleh, kau ingat kau sorang je yang Iman ingat, aku pun,” Beritahu Esyani sambil berlalu ke dalam rumah. Fenn mengekori dari arah belakang. Iman yang melihat hanya tersenyum.

“Apa yang hang beli ni?” Tanya Esyani apabila dia mengeluarkan isi kandungan plastik yang dijinjingnya tadi.

“Hah sangkar! Apa yang hang nak wat dengan sangkat ni?”

“Ni aku nak letak manja kat dalam tu!” Ujar Iman sambil mengambil barang tersebut dan menuju ke ruang tamu.

“Manja!” Kata Esyani dan Fenn serentak. Mereka dengan segera mengekori Iman.

Manja tu sapa?” Tanya Fenn.

“Ni la manja?” Tunjuk Iman. Dia dengan segera memeasukkan kucing itu ke dalam sangkar.

“Eh comelnya.” Spontan sahaja Esyani memberitahu.

“Ni kucing tadi tu ke!” Tanya Esyani.

“Tak lah kucing semalam.” Jawab Iman pendek. Dia masih sibuk menyiapkan tempat tidur kucing tersebut.

“Kau ni, orang tanya betul – betul, dia main-main plak!”

“Eh bila masa plak aku main, ni aku tengah susun barang ni!” Jawab Iman pendek.

“Iman!!”

“Hahahahahaha.”

“Comel jugak bila marah yer!”

Kau ni........!!” Esyani mula merajuk. Tapi dia tahu, Iman hanya menyakat.

Ala jangan la merajuk... nanti aku belanja makan aiskrim.” Usik Iman lagi. Tangannya pantas mengangkat sangkar dan meletakkan disatu sudut rumah berkembar dua tingkat itu.

“Tak nak! Nak makan kfc!” beritahu Esyani.

“Mak aih besarnya selera. Tak padan dengan punya cekeding.”

“Tak kira hang dah janji!!”

Ye betul tu!” Sanpuk Fenn. Alang-alang sokong jerla. Kot-kot la dapat makan free.

K la, ka la. Cukup la kita 3 orang. Aku ambik k, Fenn ambik f dan kau ambik c.....hahaha!!” kata Iman sambil berlari masuk ke dalam biliknya. Fenn dan Sab yang mendengarnya, terpinga-pinga.

Tak aci kau tipu.” Ujar mereka serentak sambil mengejar Iman yang sudah berada di anak tangga teratas.

“Hahahahahahah.....” gelak ketawa bergema ke seluruh rumah.

No comments:

Post a Comment