Wednesday 8 June 2011

BAB 4

“YA ALLAH, PENATNYA,”

Ujar Iman sambil melabuhkan punggungnya di atas rumput. Kawan-kawannya yang lain juga begitu. Mau patah kakinya berjalan mengelilingi Kampus UiTM Arau tu.

“Boleh mati aku kalau hari-hari macam ni,”

 Katanya. Mereka baru sahaja habis menjelajah bumi UiTM Arau itu yang seluas 11 KM. Setelah tiga hari berada disini, mereka dikerah untuk menjelajah bumi UiTM Arau ini bagi memenuhi tentatif program yang telah dirancangkan.

Sepanjang tiga hari jugalah dia terpaksa memekakkan telinga mendengar gosip antara dia dan Iskandar. Ada juga peserta yang bermasam muka dengannya dan tidak kurang juga fasilitator yang memberi layanan yang kurang menyenangkan kepadanya gara – gara gosip tersebut. Ada aku heran. Lantakla.

“Wei…jom minum,”

 Panggil Min salah sorang dari kumpulan mereka dan berlalu pergi meninggalkan Iman dan Murni di situ. Tiada orang lain yang melalui kawasan tersebut. Al maklumlah sudah maghrib. Telah Iman. Seram jugak…..

“Jom Man,”

 Ajak Murni. Iman hanya mengangguk. Tanpa memandang kiri dan kanan Murni melangkah menyeberangi jalan tanpa menyedari ada kereta laju menuju ke arahnya.

“Murni jaga!!”

 Iman segera menarik Murni ke sisi jalan. Mereka jatuh terlentang dengan Murni jatuh di atas Iman.

“Buta ke!”

 Marah seorang gadis yang memandu kereta itu. Dia berlalu. Iman hanya mencebik tanda meluat. Eleh baru ada kereta Kancil dah nak berlagak. Marah Iman tetapi hanya bergema di dalam hatinya sahaja.

“Awak ok! Maafla saya tak sengaja,”  Tanya Murni. Mukanya berkerut sambil memegang tangannya.

“Tangan awak…..berdarah!” Beritahu Iman sambil menarik tangan Murni. Dia mengaduh kesakitan.

“Ops maaf.”

“Takpe,sikit je ni.”

“Kenapa ni?” Tanya satu suara dari arah belakang mereka.

Ah, mamat ni lagi. Takder orang lain ker kat sini’. Rungut Iman. Mana aku ada, dia pasti ada. Tak jemu ker! Marah Iman dalam hati. Dia tidak mahu Murni syak yang bukan – bukan. Hanya Murni yang rapat dengannya dalam kumpulan mereka. Hanya Murni yang sudi berkawan dengannya setelah gosip itu tersebar. Sebenarnya itu bukan gosip, tetapi kebenaran. Itu yang didengarnya dari Iskandar tatkala mereka bertekak semalam.

“Err.. tadi…,” Murni cuba menjelaskan perkara yang sebenarnya.

“Takder pe pun. Jatuh sikit je. Tak payah nak menyibuk,” Marah Iman. Murni menyigungku. Iskandar menelan liur yang tersekat di kerongkongnya.

“Jom!”
 Ajak iman. Dia cuba bangun tetapi dia jatuh kembali. Perit di buku lalinya mula terasa. Tangannya segera memegang kakinya sambil mukanya berkerut menahan kesakitan.

“Iman!”

 Jerit Murni panik. Iskandar yang memerhati cemas seketika. Dia merapati Iman yang terduduk di bahu jalan. Tangannya segera memegang kaki Iman tetapi segera ditepis kasar oleh Imana. Iskandar mendengus geram. Malu dia diperlakukan begitu di depan Murni.

Dia berdiri sambil mengeluarkan handphone-nya. Tangannya lincah mendail nombor.

Takkan nak panggil ambulan kot. Telah hati Iman mula cemas.

“Adam datang sini. Ada emergency. Bawa kereta saya. Dekat kafe,” Beritahu Iskandar serius. Kebetulan Adam menggunakan keretanya untuk mengambil barang tadi. Senang sikit. Kalau tidak, susah jugak nak pergi ambik kereta. Dah la jauh. Dia duduk lagi berhampiran dengan Murni.

“Apa yang dah jadi?” Tanyanya. Iman berdehem. Murni menundukkan muka. Dia serba salah sebenarnya.

“Tadi kami nak gi minum. Salah saya sebenarnya. Saya lintas jalan tak tengok kiri kanan. Terus blah je. Skali kereta datang hampir-hampir nak langgar saya. Nasib baik ada Iman. Dia tarik saya. Tu maybe kaki dia terseliuh tu,” Jelas murni. Iman mendengus kasar.

Matahari mula membenamkan diri. Iman mula gelisah. Badan mula melekit. Kelihatan sebuah kereta berhenti betul-betul di hadapan mereka.
“Kenapa En Is?” Tanya Adam. Malangnya Iman tidak mendengar perkataan ’Encik’ yang dipertuturkan oleh Adam itu. Dia lebih menumpukan perhatian terhadap kakinya yang sakit. Di tambah pula dengan keadaan badannya yang tidak selesa. Dapat dia membayangkan badannya disirami air yang sejuk dan menyegarkan. Ah alangkah bagusnya!

“Budak-budak ni jatuh. Awak hantar Murni balik, saya nak bawak Iman gi klinik. Kaki dia sakit, takut retak pulak,” Beritahu Iskandar sambil mengerling ke arah Iman. Iman menelan liur yang pahit direngkong.

Retak!!! Mukanya pucat. Hilang sudah angannya ingin bersiram lama di bilik air. Fikirannya lebih tertumpu kepada kakinya.

Padan muka. Aku gertak sikit dah pucat muka tu. Brutal jer lebih. Ejek Iskandar. Tapi dalam hati saja.

“Apa dah jadi?” Tanya Adam sambil berlalu mengiringi Murni menuju ke klinik yang terletak tidak jauh dari tempat mereka. Iman memandang bagai tidak percaya dengan tindakan Murni. Sampai hati dia tinggalkan aku kat sini. Bicara hati Iman, sedih.

“Nak saya tolong!” Tanya Iskandar sambil mencangkung di sisi Iman.

“Tak payah. Saya nak balik bilik,” Tegas Iman.

Dia sebenarnya takut. Takut akan segalanya. Dia cuba bangun. Namun kudratnya sia-sia. Lagi dia cuba bangun, lagi itulah dia akan terjatuh. Sakit di kakinya mula berdenyut-denyut. Iman mula hendak menangis.

“Dah hilang degil awak??!!”

Iman menunduk. Air matanya menitis. Iskandar merasa kesian. Tanpa berkata apa – apa dia memegang lengan gadis itu. Iman hanya menurut tanpa mampu berkata apa-apa. Dia akui dia memang memerlukan pertolongan pada masa itu.

“Mari!!!”

Iskandar mencengkam lengan Iman. Dia memaut pinggang Iman untuk membantu gadis itu berdiri. Dengan perlahan dia membantu gadis itu masuk ke dalam kereta dan duduk di kerusi di hadapan di sebelah pemandu.

“Kalau tak gi klinik tak boleh ke?” Tanya Iman perlahan yang sejak dari tadi diam membatu. Kereta yang sedang meluncur laju itu membelah kepekatan malam yang samar – samar. Kedengaran azan maghrib dari masjid berdekatan bergema ke seluruh alam memanggil umatnya mengerjakan tuntutan wajib yang diwajibkan kepada seluruh umat islam. Solat yang asalnya 50 waktu dan telah dikurangkan kepada 5 waktu. Namun, pahalanya adalah bersamaan dengan 50 waktu. Iman masih ingat kata – kata dari Ustazah Fatimah semasa dia berada di tingkatan tiga di sekolah menengah dulu. Iman diam manjawab azan di dalam hati.

“Mana boleh! Saya tengok awak sakit sampai tak boleh bangun, takkan nak dibiarkan plak,” Marah Iskandar. Iman tersentak dari mengelamun.

“Kenapa awak ambil berat tentang saya. Semua orang perasan tau. Takkan awak tak dengar gossip tu!”  Luah Iman. Dia berasa geram sebenarnya dengan Iskandar.

“Eh, tak betul ke tu. Biar la orang tahu pun bukannya diorang boleh buat apa-apa pun. Hati saya, prasaan saya... saya punya suka la,” Iskandar sengaja mendera perasaan Iman. Dia tahu Iman seorang lembut hati walaupun dia kelihatan lasak. Mungkin itu caranya. Fikir Iskandar.
“Eiiiii…..geramnya!” Jerit Iman tiba-tiba membuatkan Iskandar terus menekan brek keretanya. Dia tidak menjangka laku Iman sebenarnya.

“Kenapa?” Tanya Iskandar. Dia tidak lepas memandang Iman yang hanya bertopi. Rambutnya yang panjang ditocang satu. Comel. Bisik hati Iskandar. Sempat lagi dia menilik wajah berisi milik Iman.

“Kenapa awak asyik nak mendera perasaan saya? Awak ni tak faham bahasa ke? Saya tak sukakan awak la!!!!” Tengking Eida. Iskandar hanya tersenyum memandang Eida.

“Kenapa?” Tanya Iman hairan. Suaranya yang tinggi, bertanya perlahan.

“Awak lagi comel bila marah!!!!!”

“Iskandar!!!!!”

No comments:

Post a Comment