Wednesday 8 June 2011

BAB 2

“Ok, I dah buat proposal secara kasar, you all tengok dululah, then tell me if you have any comment or anything wanna to changes?” Beritahu Fenn. Dia memang cepat dalam merangka sesuatu. Nurul dan Nana terus sahaja membelek kertas cadangan yang di buat oleh Fenn.

“Ok! I setuju,” Nana memberi kata putusnya. Nurul mengangguk kepala tanda setuju dengan Nana.

So, kita kena cari bahan la sekarang la ni,” Iman memberitahu apa yang perlu di buat. Mestila...takkan nak tunggu dia datang melayang kot. Ejek hati Iman. “Bila kita nak mula?” Tanya Iman lagi.

Next week! Macam mana!?” Cadang Esyani. Semua yang ada di situ mengangguk tanda setuju.

“Oklah kalau macam tu. Kami nak gi makan, nak join!” Ajak Iman.
No thanks. Kami ada kelas lepas ni. Lain kali je la,” Tolak Nana. Iman hanya menjungkit bahu tanda memahami. Mereka hanya memandang Nana dan Nurul berlalu sehingga hilang dari pandangan mereka sehinggalah Fenn tiba – tiba menjerit.

“Ya Allah!!!”

“Hah kenapa? Ada apa?” Tanya Iman kalut.

“Tu budak tu. Ya Allah handsome nya,”

“La, aku ingatkan apa? Semut api masuk baju ke, apa ker?  Jumpa mamat handsome rupanya. Mana…? Tanya Esyani. Dia pun mula la nak tunjuk perangai gatal dia tu. Fenn terus menjuihkan mulutnya ke arah seorang pemuda yang juga berada di foyer ketika itu. Dia kelihatan bersama – sama dengan beberapa orang pemuda lain. Kawan dia kot. Fikir Fenn.

Entah kenapa apabila dia terpandang sahaja pemuda itu perasaannya bergelora. Dia jadi tidak tentu untuk melakukan apa pun. Tumpuannya hanya berpusat ke arah jejaka yang memikat hatinya sahaja.

“Wei, nak gi makan ke ko nak makan budak tu,” Sergah Iman. Lamunan Fenn terbang entah ke mana. Dia memandang Iman sambil tersengih. Begitu juga Esyani. Lau boleh makan budak lelaki tu, dah lama aku ngap!

“Dah la tu macam kerang busuk ja. Jom gi makan aku dah lapar tahap babun dah ni,”  Ajak Iman lagi sambil menarik tangan Fenn. Esyani sudah berada disebelahnya. “Uih…beratnya…kau makan apa hah!” Kutuk Iman.

“Bukan apa tu berat dosa!” Sakat Esyani. Fenn menjegilkan mata tanda marah. Seketika mereka saling berbalas pandangan. Kemudian kedengaran ketawa memecah kesunyian foyer ketika itu. Beberapa orang yang sedang melepak memandang hairan ke arah mereka begitu juga dengan sekumpulan pemuda yang menarik perhatian Fenn sebentar tadi. Hatinya tersenyum lucu. Happy nya dorang!!

“Hang bangun pukul berapa tadi? Tanya Fenn apabila mereka mengambil tempat duduk di Lego.

“Kenapa tanya? Ada masalah ke!?” Tanya Iman pula tanpa mempedulikan soalan Fenn. Eh budak ni, orang tanya dia, dia tanya kita balik. Pe daa??!!

“Ish...Ko ni! Fenn tanya kau, kau tanya kami plak! Kesian……….,”
“Ye la, takut gak kalau kalau aku kacau korang pulak. Aku bangun kul 5..takleh tido,” Beritahu Iman jujur.
“Awalnya. Nape ada rindu kat sesapa kot!” Sakat Fenn. Isi ikan keli dimasukkan ke dalam mulut.

“Mana ada! Sapa la yang nak kat aku ni. Dah la tembam tak cantik plak tu. Lain la korang…banyak peminat,” Iman mula merendahkan diri. Tujuannya agar mereka tidak memikirkan yang bukan – bukan tentang dirinya. Dia dah mula dah.....telah Fenn dalam hati.

“Ish kau ni tak baik cakap macam tu tau,” Marah Esyani. Dia berasa tidak senang dengan butir bicara Iman.

“Tak baik apa, betullah tu,” Iman membela diri. Saja nak menyakat budak-budak ni.

“Dah dah. Jangan pasal isu tu kita nak gaduh. Sekarang ni semua cantik semua ada peminat, ok. Puas hati!” Febb mula meninggikan suara. Dia berasa rimas dengan isu tersebut kerana sedikit sebanyak melibatkan dirinya. Mulutnya sengaja dimuncungkan tanda tidak puas hati. Marah la kononnya.

“Kau marah ke, Fenn….?,” Tanya sab dengan nada yang sengaja dilembutkan. Iman dan Fenn berpandangan sebelum ketawa terhambur di antara mereka bertiga.

Begitulah keadaan mereka sentiasa penuh dengan ketawa. Tidak ada perselisihan antara mereka. Persahabatan di penuhi dengan ketawa dan gurauan. Sesiapa yang memandang pasti hairan. Hanya hal yang remeh masih dianggap sebagai gurauan.

No comments:

Post a Comment