Monday 13 June 2011

BAB 10

Ok sampai disini dulu kuliah kita pada hari ni. Kamu semua ada apa – apa soalan.” Tanya Encik Zainal sambil memandang pelajarnya yang berjumlah 150 orang itu. Kelihatan bibirnya bergerak – gerak mengukir senyuman.

“Kalau tak ada apa- apa lagi, kamu boleh pergi. Kita jumpa isnin depan.” Beritahu Encik Zainal menamatkan kuliah yang berlansung selama sejam itu.

“Kau dah siap asigment En Rizal.”Tanya Halim, salah seorang costmate Iman.

“Tinggal nak edit je lagi.” Beritahu Fenn.

“Bleh aku tengok.” Pintanya berterus terang.

“Nak buat apa? Haaa kau nak plagiat yerr....” Iman mula menyakat.

“Mana ada, aku nak tengok korang buat macam mana. Yang kitorang punya tak cukup page lagi...” Beritahu Syed, kawan kepada Halim.

“Ok nah. Jangan plagiat lebih – lebih nanti dia perasan.” Kata Iman sambil menghulurkan pendrive miliknya kepada Halim.

Okeh...aku tak tiru maa, aku copy and paste jeerrr hehehe.” Kata Halim. Iman menggegilkan matanya sambil tersenyum. Dia tahu Halim hanya bergurau dengannya sahaja.

“Okeylah kami nak balik dulu. Asar tak solat lagi nih.” Iman minta diri. Halim dan Syed hanya mengangguk.

“Kita nak makan kat mana ni?” Tanya Iman apabila mereka berada dalam kereta menuju ke pintu gerbang yang meninggalkan kampus UUM.

“Kita makan nasi kandar nak?” Cadang Fenn.

“Nasi kandar!!!” Tanya Iman kembali.

Emmm, nasi kandar. Nasi kandar kat jitra.”

“Okey jugak tu. Lagipun dah lama tak makan kari kan.” Esyani pula bersuara menyetujui cadangan Fenn.

“Okey.” Iman bersetuju sambil memberi isyarat membelok ke kiri menuju ke Changlon yang seterusnya akan membawa mereka ke Jitra.

No comments:

Post a Comment