Thursday 16 June 2011

BAB 14

“Mie abang nak tanya sikit boleh?” Tanya Saiful kepada Helmi yang sedang membaca majalah di meja batu yang terletak di hadapan rumah sewa mereka. Helmi berhenti membaca dan menumpukan pandangan kepada abang sepupunya itu.

“Boleh abang tahu mana kau langgar kereta budak pompuan tu?” Tanya Saiful.

Jalan on da way nak gi changloon.” Beritahu Helmi jujur. Kenapa abang tanya.” Giliran Helmi pula bertanya.

Tak ada apa apa. Saje je tanya. Ermm lampu yang abang order tu, esok sampai. Tengah hari kau datang ambik la kau punya keta. Menyemak jer kat bengkel aku tu…,”

Amboi amboi sedapnyer mulut. kalau tak jadi macam saya ni, alamatnya bengkel abang tu penuh dengan habuk jer tau,” Sangkal Helmi sambil menyuakan mug berisi air milo ke mulutnya.

“Amboi mengata abang yer!”

“Taklah mengutuk jer!” Kata helmi sambil tersengih menunjukkan barisan gigi yang putih bersih.

“Bila daftar?” Tanya Saiful sambil membelek majalah auto yang baru dibelinya petang tadi. Banyak maklumat terbaru yang diperolehinya dari majalah itu.

“Esok! Alah prosedur biasa jer. Kalau tak kerana mama, Mie taknak tukar kat sini, Mie dah biasa kat UPM sana. Ramai kawan!” Helmi berterus terang.

Aii...kamu jangan pandang UUM ni tempat tersorok, tempat jin tendang...kamu belum tau bumi sintok macam mana?” Bela Saiful. Dia agak terasa dengan kata kata Helmi tentang bumi sintok ini.

Ala abang, Mie tak kata pun bumi sintok macam tu, cuma Mie sayang sangat dengan universiti lama Mie, ramai kawan Mie kat sana, nak pulak Mie dah kenal ramai lecture kat situ...so kat sini Mie kena bermula dari bawah balik, boring jugak la..,” Helmi berterus terang.

Ala kat sini pun nanti kamu akan ramai kawan. Tengokla nanti kalau tak percaya cakap abang. Gerenti kamu rasa sayang pula nak tinggalkan tempat ni...,”

“Ermmm moga moga masin la mulut abang malam ni. Amin.” Kata Helmi sambil menadah tangan dan meraup mukanya. Saiful hanya tersenyum.

“Eh mana keta abang, saya tak nampak pun dari petang tadi.” Tanya Helmi apabila mendapati kereta Wira S.E. milik abang sepupunya tidak kelihatan di parkir rumah sewa itu.

“Kawan abang pinjam. Kereta dia kena langgar...so abang bagi la dia pinjam kereta abang.” Beritahu Saiful jujur.

“Mesti kawan abang tu pompuan.” Jerat Helmi. Saiful yang sedang menghirup milo panas tersedak apabila perangkap Helmi mengena.

“Haa kan dah betul tu! Sapa pompuan tu abang, gitau la Mie sapa bakal kakak ipar Mie...,” Helmi mula menyoal. Setahunya, abang sepupunya itu cukup kedekut kalau orang nak pinjam keretanya. Tapi lain pula kali ini. Mungkin perempuan itu begitu istimewa.

“Eh mana ada. Dia belajar lagi la. Abang dengan dia tak ada apa apa laa, kami kawan jer...,” Beritahu Saiful jujur.

“Oooo jadi betul la abang dah ada awek. Kena bagitau maklong ni,” Kata Helmi yang bertujuan untuk menyakat abang sepupunya itu.

“Eh jangan. Abang serius ni abang ngan Iman tak de apa apa,” Saiful terlepas menyebut nama Iman. Dia pantas menutup mulutnya.

“Oooo...jadi nama girlfriend abang tu Iman yer!!!” Nyakat Helmi lagi.

“Eh, mana  ada! Abang dengan Iman tak ada apa – apa la…kawan jer.. jangan buat cerita laa....,”
“Hahahahaha….. abang dah malu. Muka abang dah merah,” Beritahu Helmi sambil ketawa. Saiful memegang pipi. Sememangnya dia berasa malu. Tapi, takkan begitu ketara. Kulitnya yang berwarna cerah menampakkan tanda kemerah – merahan menandakan dia sememangnya malu.

“Eh, takdelah. Mana ada? Dahla abang nak tido, kalau melayan kau, sampai besok pagi pun tak habis,” Ujar Saiful sambil berlalu masuk ke dalam rumah. Helmi yang melihat abang sepupunya itu berlalu, dia terus mengekori langkah Saiful.

“Dah nak tido ke?” Tanya Helmi sambil tangan kanannya memeluk bahu Saiful.

“Taklah nak gi main bola, ko tak nampak ke abang pakai baju sukan ngan kasut bola ni,” Beritahu Saiful membuatkan Helmi berhenti melangkah. Dia memerhatikan Saiful yang berjalan selamba menuju ke dalam rumah.

“Abang kenakan mie yer?” Kata Helmi terus mengejar Saiful yang berada di muka pintu.

No comments:

Post a Comment