Wednesday 8 June 2011

BAB 3

IMAN berhenti mentelaah. Fikirannya melayang jauh. Teringat rumah. Teringat adik – adik. Ibu. Hatinya tiba-tiba menjadi rindu. Rindu yang teramat sangat. Dia memandang sepi bingkai gambar yang menempatkan gambar keluarga yang berada di atas mejanya. Gambar keluarga yang mencetus semangat dalam dirinya. Yang menghakis perasaan ke atas kaum Adam. Dia sendiri pun tidak tahu kenapa dia menjadi begitu. Tumpuannya kini hanya ingin membantu keluarganya. Ramai kawan dan sahabat handainya tidak senang dengan pendapatnya.

’Apa salah aku? Salahkah aku jika aku ingin membantu keluarga?’ Iman menarik laci meja tulisnya. Sebuah diari hitam dikeluarkan. Sekeping gambar jatuh diribaannya.

“Iskandar.”

Terpacul nama itu di bibir mungilnya. Peristiwa lalu mula melayari tabir fikirannya seiring deraian air mata yang mengalir laju menuruni lurah pipinya. Entah kenapa air matanya senang sekali keluar sejak berkenalan dengan seorang lelaki yang bernama Iskandar.

“Saya sukakan awak!”

 Bagai nak pecah perut Iman menahan ketawa yang tiba-tiba sahaja datang menjengah. “Apa awak kata, awak sukakan saya! Hahahahaa…. ,” Akhirnya ketawa Iman terpecah jua. Iskandar ternyata tidak senang dengan reaksi spontan Iman. Dia tidak suka perasaannya diketawakan atau menjadi bahan gurauan.

“Iman!”

 Iskandar meninggikan suaranya tanda tidak senang dengan tindakan gadis itu. Ada ke patut dia ketawakan aku. Mangkuk punya budak. Namun, dari jauh lubuk hatinya dia akui Iman nampak comel jika ketawa.

“Ok! Ok! Sorry ya! Tak sengaja,” Akui Iman. Tangannya diangkat menutup mulutnya. Namun sisa ketawanya masih lagi kedengaran.

“Saya serius ni..,” beritahu Iskandar dengan yakin. Geram sebenarnya dengan perangai Iman yang tak pernah serius.

“Tapi takkan secepat itu. Saya kat sini tak sampai dua hari. Takkan begitu cepat sekali awak jatuh hati kat saya….jatuh longkang ke jatuh pokok ke boleh le diterima akal tapi ni…tak logik,” Ujar Iman. Sempat lagi dia buat lawak. Sisa ketawa masih lagi membungai kata-katanya. Iskandar melepaskan nafasnya yang tersekat dikerongkong. Susah sangat ker nak faham minah ni.

“Saya sendiri pun tak tahu. Sejak saya terpandang awak pada hari pendaftaran hari tu saya yakin dengan perasaan saya. Saya jatuh cinta pandang pertama dengan awak,” Jelas Iskandar. Iman kaku di kerusi batu di depan kolej kediaman yang menempatkan peserta kursus yang dianjurkan oleh Persatuan PROSTAR UiTM peringkat Negeri Kedah yang diadakan di UiTM Arau Perlis. Dia ni betul-betul ke atau main-main. Iman bermonolog dalam hatinya.

“Sudahlah. Awak ni maybe confuse dengan awak punya feeling ni. Dah la saya nak balik bilik, nak tido.. k good night,”

“Iman…!”

 Tangannya kemas mencengkam jari-jemari Iman. Iman terkejut dengan tindakan Iskandar yang diluar jangkaannya. Dia kembali duduk. Dia menunduk memandang permukaan meja batu. Dia tidak berani menentang mata Iskandar. Ada getar rasa yang dia sendiri pun tidak memahaminya.

“Pandang saya!?” Pinta Iskandar. Tangan sasanya memagut dagu Iman.

“Saya ikhlas,”

Iman membalas pandangan Iskandar. Dia rasakan ada keikhlasan di sinar mata pemuda itu. Tiba-tiba handphone-nya berjerit nyaring menyentak pandangan singkat mereka. Iman segera menarik tangannya yang berada di dalam tangan Iskandar. Pertama kali tangannya dipegang begitu.

”Hello!”

“Woi, makcik! Mana kau. Dah pukul berapa ni tak reti-reti nak balik tido!”

 Marah Yati teman sekursus Iman.

“Wei Minah, tak reti-reti nak bagi salam dulu, mangkuk kau. Kejap la aku balik. Takde sapa yang nak kan aku la. Jangan risau aku masih hidup lagi, belum mati,”

Balas Eida sambil mematikan telefon bimbitnya.

Kasarnya. Kata Iskandar tetapi hanya bergema di dalam hatinya sahaja.

“K lah, saya nak balik bilik dulu, nak tido. Awak pun balik la. tak baik dok kat luar ni lama-lama nanti sakit.. k bye,”

Ujar Iman sambil berlari anak menuju ke biliknya tanpa mendengar kata balas dari Iskandar. Iskandar hanya melihat sehingga gadis itu hilang dari pandangannya. Satu keluhan keluar dari bibirnya yang kemerahan.
“Susah betul la pompuan ni,”

Lancar sahaja ayat itu keluar dari bibirnya. Tiba-tiba handfonnya berbunyi.

“Encik, meeting dah nak mula!”

 Kedengaran suara di hujung sana.

“Ok I’m on my way,”

 Beritahunya sambil menamatkan panggilan. Matanya sekali lagi menyoroti bangunan yang berada di hadapannya yang menempatkan peserta program. Hatinya berdetik. Kenapa gadis ni nampak liar? Hatinya berteka teki. Tetapi Iskandar tahu, Iman seorang yang penyayang dan lemah lembut. Dia dapat lihat semua itu apabila dia merenung mata gadis itu tadi. Perwatakannya yang seakan – akan tomboy itu telah menyebabkan sifat kewanitaan yang sedang mewangi dalam diri gadis itu terlindung malah menutupi semua keremajaan yang kian berkembang dalam diri gadis itu. Dengan pandangan yang sayu dia meninggalkan perkarangan kolej kediaman tersebut tanpa dia sedari ada mata yang mencemburuinya.

No comments:

Post a Comment