Sunday 12 June 2011

BAB 8

“Akak bangun. Dah pukul 7 dah ni.” Kejut saadah. Iman masih lagi berbungkus selimut tebal. Namun tiada reaksi. Dia yang sudah siap dengan trax dan tshirt, hairan.

“Selalu tak macam ni! Telahnya dalam hati.

“Akak! Panggilnya perlahan. Tangannya menarik gebar. Iman kelihatan bernafas keras. Bibirnya kering. Mukanya pucat. Kelihatan manik-manik peluh di dahinya. Dia meletakkan belakang tangannya di dahi Iman yang terdedah.

“Ya Allah! Panasnya!” Saadah dengan segera membuka pintu bilik memanggil Yati dan Ainun yang berada di hadapan bilik mereka.

Kenapa? Tanya Ainun yang terlebih dahulu membuka pintu.

Kak Iman! Rasanya dia demam.” Beritahu Saadah. Dia membuka luas pintu biliknya. Yati yang baru sudah mandi, hairan melihat Ainun berada di dalam bilik kawannya itu.

“Kenapa?” Tanyanya menghampiri 3 orang kawamnya itu.

Iman demam!” Beritahu Ainun.

What! How’s she? Tanyanya sambil menghampiri Iman yang masih belum sedar. Dia bagaikan meracau. Sebut patah perkataan dia sukar difahami.

What can we do now? Tanya Yati.

Tell facilitator…” beritahu Ainun.

Okey, Adah gi bagitau yer!” Beritahu Saadah. Dia menghilang di sebalik dinding bilik.

Wei, hang p la pakai baju dulu..” Marah Ainun apabila melihat Yati yang hanya berkemban.

“Yela yela!” Ujar Yati sambil berlalu ke biliknya yang berada bertentangan dengan bilik Iman.

Tidak berapa lama kemudian, beberapa orang facilitator datang bersama dengan peti kecemasan. Setelah memeriksa tahap kepanasan Iman mereka memberi Iman ubat, mereka nampak berbincang sesama mereka. Ainun dan Saadah hanya memandang.

“Sapa kawan sebilik dia?” Tanya Laila, salah seornang facilitator kepada dua orang sahabat itu.

“Saya kawan sebilik dia.” Beritahu Saadah.

“Awak kena tuam dia dengan tuala basah. Kalau melarat kita bawa je hospital, ok!” Beratahu Laila. Saadah hanya mengangguk.

“Saya ok! Saya hanya perlukan tido je. Adah boleh join program!” Beritahu Iman dalam keadaan lemah. Tekaknya terasa sakit.

“Tapi, akak tak sihat!! Biarlah Adah jaga akak!” Sangkal Saadah. Dia melabuhkan punggungnya di sisi katil bersebelahan dengan Iman. Tangannya pantas meletakkan tangan di dahi Iman yang terdedah. Dahi licin tanpa jerawat itu diusap lembut. Iman nampak selesa dengan perlakuan Saadah itu. Tapi dia sedar itu hanya akan menyusahkan Saadah. Dia tidak mahu menyusahkan sesiapa. Dia sudah biasa hidup susah.

“Takpe.... akak ok. Jangan risau. Adah boleh ikut diorang..,” Ucap Iman perlahan. Tangannya menarik tangan Saadah perlahan. Dia tersenyum kelat walaupun payah untuk meyakinkan dia tidak apa – apa.

“Ok lah kalau macam tu. Kamu semua bersiaplah. Kemudian pergi sarapan. Program akan bermula pada pukul 9 pagi,” Beritahu Laila sambil berlalu bersama kawannya itu.

Iman meanarik selimut menutupi badannya. Matanya tertutup rapat. Kepalanya berdenyut – denyut. Tekaknya terasa pahit. Telinganya hanya dapat menangkap bunyi pintu ditutup rapat. Kemudian dia tidak mengingati apa – apa lagi. Dia benar – benar tidak sedar.

No comments:

Post a Comment