Tuesday 14 June 2011

BAB 12

Sampai sahaja di rumah Iman terus masuk ke dalam bilik tanpa berkata apa – apa. Fenn dan Esyani hanya memandang antara satu sama lain. Selepas 15 minit, Iman keluar dengan hanya bert-shirt dan berjeans. Rambutnya yang agak panjang ditocang satu dan topi menghiasi kepalanya. Esyani yang sedang menghidangkan minum petang, hairan. Dia tidak berani untuk menegur. Dia memerhati Iman pergi sehinggalah hilang dari pandangannya.

“Iman gi mana tu?” Tanya Fenn yang baru sudah mandi. Dia terdengar deruman kereta semasa dia selesai mandi sebentar tadi.

“Entah. Dia tak gitau apa – apapn. Terus keluar menonong jer!” Beritau Esyani sambil menuang air teh susu yang baru dibancuhnya ke dalam cawan. Goreng pisang yang baru dibuatnya, dihidangkan bersama – sama dengan air kegemarannya.

“Emmmm.........sedap!” Beritahu Fenn sambil menghidu hidangan Esyani.

Ahhh.....biasalla sapa yang masak!!??”

Ceh, baru puji sikit dah bangga diri...lain la kalau aku yang masak!!!”

Ahaaa alamatla hangus laa pisang tu kau goreng...,”

Tau takpe!”

Dah lama tau......!!”


Apa yang dah berlaku?” Tanya abang Saiful sambil membetulkan lampu isyarat yang pecah.

“Entahlaa abang, Iman pun tak tahu sebenarnya...sedar – sedar perkara dah berlaku. Mangkuk ayun betul la mamat tu....,”

“Iman kenal budak tu?” Tanya abang Saiful lagi. Tangannya lincah mengetuk tempat yang kemek itu.

“Entah. Tak kenal pun dan taknak kenal. Buat sakitkan hati jer!?”

“Tak baik Iman cakap macam tu. Satu pertemuan dan perpisahan itu ada hikmahnya. Semua yang berlaku adalah dengan ketentuannya. Mungkin Iman ngan mamat tu ada jodoh....,” Ahh sudah, abang Saiful dah mula mengarut.

Abang epol ni....ke situ pulak....dah laa... bila nak siap keta ni abang?” Tanya Iman yang bertujuan untuk mengubah topik perbualan.

“Dalam dua tiga hari jugak laa....” Beritahu abang Saiful jujur.

“Kenapa? Lau susah sangat pakai dulu keta abang tu.” Sambung abang Saiful.

“Eh taknak laa...Iman tak suka la nak guna keta orang takut apa – apa terjadi nanti susah Iman.” Beritahu Iman jujur.

“Nak jadi apa plak...guna jer..lau jadi apa apa abang tanggungawab! Okey!?” Jawab abang Saiful sambil memandang Iman yang sedang duduk di atas kerusi yang disediakan di situ. Matanya tepat memandang ke arah wajah berisi milik gadis itu. Perasaannya bergelora.

“Ermmm dah abang cakap macam tu, Iman ikut jer. Tapi lau keta ni dah siap, abang cepat – cepat gitau Iman tau.” Iman akhirnya bersetuju. Abang Saiful tersenyum.

“Okeylah....abang gitau nanti. Risau sangat dengan kereta dia ni!!”

“Eh mestilah...Iman sayang sangat dengan keta ni tau.” Akui Iman.

“Lepas ni ada nak gi mana – mana tak?” Tanya abang Saiful mengubah topik perbualan.

“Ermm rasanya takder kot. Nape?” Tanya Iman.

“Boleh teman abang tak?” Tanya abang Saiful. Tangannya yang berminyak itu dilap dengan sehelai kain tuala yang terdapat di satu sudut di ruangan kedai yang agak sederhana luasnya.

“Teman abang gi mana?” Tanya Iman kembali. Inilah kali pertama abang Saiful mengajaknya.

“Tak gi mana mana sebenarnya, teman abang gi makan ja.” Beritahu abang Saiful jujur.

“Makan!? Abang belum makan ke?” Tanya Iman. Abang Saiful hanya menggeleng.

“Macam mana!? Lau tak boleh takpe, abang tak kisah.”

“Okeylah, lagipun Iman makan sikit jer masa tengah hari tadi. Fenn ngan Es nak makan nasi kandar, abang tau la kan Iman ni tak suka sangat nasi kandar....tapi abang belanja okey!” Beritahu Iman. Hati Saiful berbunga keriangan. Dia tersenyum.

“Okey takde masalah janji jangan minta yang mahal – mahal dah!” Iman tersenyum menampakkan giginya yang tersusun.

“Kejap yer abang nak basuh tangan jap!” Beritahu Saiful sambil berlalu masuk ke sinki yang terdapat di satu penjuru bengkel itu.

“Jom!”

“Macam ni jer!” Tanya Iman sambil memandang Saiful yang masih berpakaian kerjanya yang dipenuhi dengan minyak. Cuma muka dan tangannya sahaja yang bersih dari kotoran minyak. Rambutnya yang agak kusut, hanya dilurutkan dengan tangan sahaja.
`Ermmm handsome jugak abang epol ni yer’ Iman berkata tapi hanya bergema dalam hati sahaja.

“Kenapa tak boleh ker?” Tanya Saiful.

Ahh boleh la tu. Iman tak kisah!!!”

No comments:

Post a Comment