Tuesday 20 September 2011

BAB 18


“Iman! Es! Makan!! Jerit Fenn dari arah dapur. Hari ini tiba gilirannya untuk memasak. Bakat masak yang tidak seberapa itu, dipraktikkannya bersungguh-sungguh. Iman dan Esyani yang melihat juadah di atas meja hanya meneguk liur.

Pandai masak.” Tegur Iman sambil tangannya menyenduk nasi ke dalam pinggan.

Tengok kaki la.” Jawab Fenn sambil tersengih.

Apsal. Kau masak pakai kaki ker?” Tanya Esyani pura-pura tidak mengerti.

Ish hang ni macam tu plak. Lau pakai kaki, alamatla..ke longkang la.” Jawab Fenn pula. Esyani hanya tersengih menampakkan giginya.

Dah dah jangan buat iklan colgate kat sini. Makan time.” Jawab Iman sambil menyudu kangkung goreng belacan ke dalam pinggan. Baru mahu disuapnya, Esyani menjerit. Iman tidak jadi menyuapkan makanan ke dalam mulutnya. Begitu juga dengan Fenn.

Kenapa? Tanya Iman kehairanan. Fenn juga tepat memandang ke arah Esyani menunggu butir bicara Esyani. Esyani yang melihat Iman dan Fenn yang tercengang, menahan ketawanya.

Mengucap dulu. Nanti tak pasal2 arwah……!” Sakat Esyani sambil disambut gelak ketawa Iman. Fenn memuncung mulutnya. Tak abis2 nak kutuk aku ler tu. Gumam Fenn dalam hati.

Hang ni, aku tibai kang… Fenn mula nak merajuk. Terasa dia dengan lawak kasar Esyani.

La…aku gurau ja la. Hang marah kat aku ka!!!” Esyani mula cuak. Niat hatinya ingin bergurau sahaja. Tidak bermaksud untuk menyakiti hati kawan baiknya itu.

Aku tak kira, sedap ke tak ker..kau kena abiskan gak semua makanan ni.” Ujar Fenn sambil matanya memandang ke arah Esyani.

Ha la…aku makan sampai abis.” Ujar Esyani sambil tersengih.

Wei Iman kau kena cari kain kapan siap-siap tau…takut-takut nanti….” bicara Esyani terhenti. Dia hanya menunjukkan aksi dirinya mati dengan lidah dikeluarkan dan kedua-dua tangannya ditengkuk seperti dia mencekik dirinya sendiri. Matanya di bulatkan.

Iman yang sedang menyuapkan makanan ke dalam mulutnya. Terhambur ketawa. Mulutnya segera menutup mulutnya untuk menghalang nasi yang memenuhi mulutnya terhambur ke atas meja. Fenn juga begitu. Dia dengan pantas, menyinggahkan ketamnya ke paha gebu milik Esyani.

Weii sakit la….” jerit Esyani. Gelak ketawa yang menghiasi meja makan pada tengah hari itu terganggu dengan bunyi salam dari luar. Iman segera bangun membasuh tangannya. Sisa ketawa masih lagi menghiasi bibirnya.

Terukla korang ni.” Ujarnya sambil berlalu.

Waalaikumsalam.” Jawabnya sambil membuka pintu. Kelihatan seorang perempuan pertengahan umur sedang berdiri di pintu pagar rumahnya.

Prof. masuklah.” Pelawa Iman apabila mendapati Prof Syarifah yang memberi salam tadi. Dia dengan segera menuju ke pintu pagar rumahnya.

Tak payahla Iman. Saya nak cepat ni. Saya datang ni pun sebab nak ambik tesis saya. Tak payahla kamu hantar nanti.”

La yer ker. Saya ingat nak g hantar pukul 2 nanti. Taknak masuk dulu ke. Minum dulu….” pelawa Iman.

“Tak payahla. Saya nak cepat ni. Ada emergency kat kampong.”

Mm…okey. Prof tunggu sekejap yer.” Iman dengan segera berlari-lari anak menuju ke biliknya. Dia berselisih dengan Esyani dan Fenn yang ingin bertanya.

Prof kat luar tu.” Beritahu Iman ringkas.

Dia dengan segera mengambil tesis yang sudah disiap edit, di-print dan dijilidnya itu. Jumlah semuanya adalah 4 biji. Nasib baik petang semalam dia sempit pergi ke Changlun untuk menjilid tesis tersebut. Tesis yang berjumlah hampir 1000 muka surat itu adalah berkaitan dengan tahap peningkatan prestasi pelajar di sekolah. Skopnya cukup menarik.

Setelah semuanya siap, dia dengan segera turun ke bawah. Kelihatan Fen dan Esyani sedang berbual mesra di pintu pagar.

Hai….sembang apa ni sampai ketawa sampai ke dalam pun boleh dengar.” Tegur Iman. Dia dengan segera menyuakan tesis tersebut kepada Prof. Syarifah.

Tak ada apalah Iman. Budak-budak ni bercerita masa mula-mula masuk kat sini dulu. Kelakar jugak bila dengar masing-masing kena kejutan budaya.” Terang Prof Syarifah sambil mengesat air mata yang bergenang di tubir matanya. Dia diam sambil membelek-belek tesis-nya itu. Mukanya tersenyum puas.

Saya memang jarang la nak komplen pasal hasil kerja kamu ni.” Katanya sambil tersenyum. Dia dengan segera menyeluk beg tangannya mengambil sesuatu.

Nah. Bayaran kamu.” Sua Prof Syarifah satu sampul surat yang berwarna coklat. Iman mengambilnya. Tapi kerana merasakan ada kelainan isi sampul itu, dia dengan segera membuka untuk melihat.

Ish, Prof. banyak ni.” Ujar Iman cemas.

La…tak banyak mana pun. Usaha kamu, rezeki kamu. Lagipun, saya tengok kerja kamu okey. Banyak yang kamu betulkan. Kemas. Ni ha…siap berjilid lagi.”

Tapi Prof….,”

Dah la. Saya nak pergi dah ni. Jangan nak berkira sangat.” Ujar Prof sambil menyuakan tangannya ingin bersalam dengan Iman.

Terima kasih Prof. Lebih kurang halal.” Ucap Iman sambil tersenyum. Ada air mata bergenang di matanya.

Setelah menyalami Fen dan Esyani, Prof Syarifah terus memandu menuju destinasi. Mereka hanya melambai sehingga kereta hilang di sebalik selekoh.

Berapa yang terlebih.” Tany Fenn. Esyani pun terangguk-angguk.

2 ratus.” Fenn dan Esyani membeliakkan mata.

Banyak tu.” Sahut mereka berdua.

Tu la…tapi nak buat macam mana…dah orang bagi terima ja la. Anggap jer rezeki.”

Ya la…musuh jangan dicari, rezeki jangan ditolak.” Sambut Esyani plak.

Jom arr makan. Lapar la.” Ajak Iman.

Aik ingatkan dah kenyang tengok duit.” Usik Fenn.

Lau tengok duit kenyang, bek tak payah beli makanan guna duit. Tengok jer ari2……..” ujar Iman sambil masuk ke dalam rumah.

Malam ni aku belanja. Kita p makan KFC.” Kata-kata dari Iman disambut gelak ketawa daripada Esyani dan Fenn. Dia dengan segera duduk di meja makan untuk menyambung kembali makanannya yang terbantut. Esyani dan Fenn pun begitu juga. Dengan berselera mereka makan pada tengah hari itu.

No comments:

Post a Comment