Sunday 12 June 2011

BAB 9

Iman menarik gebar yang menutupi badannnya. Dia berasa panas. Hidungnya mengesan bau yang kurang menyenangkan. Bau hospital!! Dia bingkas bangun. Macam mana dia boleh berada di hospital. Apa yang telah terjadi? Dia masih ingat dia tidur tatkala Saadah dan kawan – kawannya pergi menyertai program yang telah ditetapkan. Dia menoleh di sisi katil. Terdapat seseorang tidur disitu dengan meletakkan kepalanya di birai katil.

Iskandar!!

Hatinya berdetik. Dia mula tidak faham hatinya sendiri. Gembira! Sayang! Kasih! CINTA!!! Iman berfikir sejenak. Tak mungkin cinta. Tangannya mula menggapai ingin membelai rambut ikal milik Iskandar.Tapi........ tangannya terhenti apabila pemuda itu  bergerak – gerak. Dia kembali membaringkan tubuhnya dan menarik selimut sehingga menutupi dadanya.

“Alhamdulillah...panas dah kurang!” Ucapnya perlahan. Tangannya perlahan mengusap dahi Iman. Jari – jemarinya terhenti di bibir Iman. Tetapi hanya seketika. Iskandar menggigit bibirnya. Dia kembali melabuhkan punggungnya di kerusi. Sambil meraup muka, satu keluhan keluar dari bibirnya. Dia mencapai satu novel yang terletak di atas meja kecil. Matanya terus tertancap di helaian demi helaian novel tersebut. Sungguh kusyuk dia membacanya.

Iman membuka sedikit matanya melihat pemuda itu. Dapat dia rasakan kasih daripada sentuhan didahinya sebentar tadi. Keadaan pemuda itu tidak terurus. Rambutnya  kusut. Bajunya tidak bergosok. Dia nampak selekeh. Iman rasa ingin ketawa melihat Iskandar dalam keadaan serupa itu. Tapi di tahannya. Dia tidak mahu Iskandar memikir yang bukan – bukan.

“Astagfirullah al azim! Dah subuh rupanya,” Ucapnya perlahan. Dia menghampiri Iman yang kaku di katil. Iman menahan nafas. Tangannya membelai wajah Iman. Perlahan bibirnya di dekatkan di dahi Iman. Perasaan Iman bergelora.

“Semoga cepat sembuh sayang!!” Ucapnya perlahan di telinga Iman. Iman masih kaku di pembaringan. Dia terkejut dengan perlakuan Iskandar. Seketika kemudian dia mendengar pintu dibuka dan ditutup dengan perlahan. Iman membuka matanya luas – luas. Dia melompat bangun dari pembaringan. Otaknya berfikir pantas. Dia tak sanggup berada lama – lama di situ. Dia terpandang kot Iskandar yang tersidai di sofa. Tanpa berfikir panjang dia menarik keluar jarum yang menyalurkan air ke dalam badannya. Ada darah yang memancut keluar dengan kesakitan yang menyengalkan.

Dia dengan pantas menyarung kot milik Iskandar. Untuk menyamar. Semoga orang tak perasan. Perlahan dia membuka pintu. Nasibnya baik kerana pada waktu ini tidak ramai yang ada. Dia menuju ke pintu lif. Butang turun ditekannya berulang kali. Namun belum sempat pintu lif terbuka, kedengaran suara memanggilnnya dari hujung sana. Iman berpaling. Kelihatan Iskandar memandangnya dengan perasaan kurang percaya.

Iman dengan pantas berlari untuk keluar dari situ. Dia ingin lari dari Iskandar. Kedengaran Iskandar masih memanggil namanya. Iman terpandang tulisan exit. Dia dengan pantas menolak pintu tersebut. Laungan itu makin dekat. Dia terus menuruni anak tangga menuju ke tingkat bawah.

“Iman, tunggu! Iman....,”

Laungan Iskandar makin dekat. Iman berusaha menuruni anak tangga dengan lebih cepat. Namun, nasib tidak menyebelahinya. Kakinya gagal mengawal imbangan badannya. Dalam keadaan badannya ingin jatuh dia dapat rasakan tangan Iskandar memaut pinggangnya. Hanya sekali tarik sahaja Iman sudah berada di dalam pelukan Iskandar. Dia kaku di dalam pelukan Iskandar.

Iman tersedar. Dia lantas menolak jauh tubuh Iskandar. Dia berusaha untuk meloloskan diri. Satu tumbukan dilepaskan ke perut Iskandar. Pautan tangan Iskandar di pinggangnya terlepas. Iman ingin lari tetapi satu cengkaman melekat di tangannya disertai dengan satu tolakan. Dia terperosok di dinding dengan Iskandar berhadapan dengannya. Tangan kirinya masih memegang perutnya yang senak akibat ditumbuk oleh Iman tadi. Sementara tangan kanannya kuat mengcengkam tangan Iman.

Melihat keadaan Iskandar yang kelihatan marah dengannya, Iman berusaha melepaskan diri. Dia berusaha menolak badan Iskandar yang dekat dengannya. Dia cuba untuk menumbuk Iskandar namun tangan kiri Iskandar pantas menangkap tangannya. Iskandar merenung dalam ke mata Iman.

You are the wild girl!!!”

Dengan pantas bibirnya didekatkan dengan bibir Iman. Iman terkejut. Hanya beberapa inci sahaja dari bibirnya. Tangannya cuba menolak muka Iskandar. Namun, tangan Iskandar kemas mencengkam tangannya. Dia yang tadinya meronta – ronta, kaku. Tidak berdaya untuk menolak. Iman mula keliru dengan perasaan Iskandar terhadapnya. 

Lama mereka berkeadaan begitu.  Mereka saling bertatapan. Iman merasakan ada keikhlasan di mata Iskandar. Ada cahaya cinta di matanya. Iman tersedar. Dia begitu rapat dengan lelaki itu yang semestinya bukan suaminya. 

Iman dengan pantas menolak tubuh Iskandar supaya menjauhinya. Dia ingin berlalu dari situ. Dia ingin menyembunyikan malu yang menyerbunya saat itu di hadapan Iskandar. Dia dapat rasakan mukanya sudah memerah. Sumpah, aku malu. Iskandar pantas menarik tangan Iman.

Iman mengaduh. Tangannya kanannya memegang tangan kirinya yang berdarah. Iskandar cemas.

“Awak....awak ok ke?” Tanya Iskandar cemas.

“Takpe sikit je ni!! Beritahu Iman. Dahinya berkerut menahan kesakitan.

“Jom kita gi jumpa doktor.” Ajak Iskandar. Iman hanya mengikut. Dia tidak berani membantah kata-kata Iskandar. Dia takut sebenarnya. Takut dengan perasaan nya sendiri.

No comments:

Post a Comment