Tuesday 1 November 2011

BAB 26


Iman hanya diam sepanjang perjalanan. Mereka sedang menuju ke utara tanah air. Dia masih ingat lagi pesan ibu dan mama.

“Nurul Iman! Iman bukan macam dulu lagi, Iman dah bersuami. Jalankan tanggungjawab Iman. Ibu nak Iman bahagia. Buangkan yang keruh, ambil yang jernih.” Ibunya menasihatinya tatkala dia pergi berjumpa dengan ibunya. Air mata yang keluar diseka rakus. Dia cuba untuk senyum biarpun senyum yang diukirkannya adalah senyum plastik.

“Ibu jangan lupa makan ubat tau. Nanti lau Iiman ada masa, Iman balik tengok mak. Pasal adik-adik ibu jangan risau, iman akan uruskan. Ibu tak payah kerja-kerja lagi. Nanti Iman kirim wang kat ibu.” Iman bersuara perlahan. Dia meletakkan kepala di bahu ibunya yang bersandar di kepala katil.

“Tapi Iman kan masih belajar. Mana Iman nak cari duit.” Bantah ibu.

Ala…ibu jangan risau la. Iman sekarang ni ada buat kerja part time la ibu. Ibu jangan risau okey. Yang penting ibu sihat.” Ucap Iman. Kepalanya diangkat dan muka ibunya di renung lembut.

“Iman sayang ibu, sayang sangat-sangat.” ujar Iman sambil tangan ibunya dikucup lembut. Pipi ibu tua yang berkedut seribu itu, dicium tanda kasih.

“Iman pergi dulu yer ibu. Nanti tertunggu pulak abang kat luar tu.” Beritahu Iman. Dia sememangnya tidak mahu ibunya mengetahui yang sememangnya dia derita dengan apa yang berlaku. Mukanya bukan boleh diharap. Lau ditenung lama-lama…mula pecah rahsia tuannya itu. Kutuk Iman dalam hati.

“Apsal diam?” Tanya saiful tiba-tiba. Iman tersentak. Dia terus memandang Saiful menanti lelaki yang tidak terlintas untuk menjadi suaminya itu. Sesungguhnya dia tidak mendengar apa yang Saiful katakan kepadanya tadi.

“Abang tanya, apsal sayang diam saja.” Ulang Saiful. Iman menggigit bibirnya. Hatinya bagai disiat-siat apabila mendengar perkataan abang-sayang itu. Sungguh, dia merasa meluat apabila mendengar perkataan itu.

“Saja.” Ringkas sahaja jawapan yang diberi.

“Sayang marah!” Gesa Saiful. Signal diberikan. Dia membelok ke perhentian rehat dan rawat. Mungkin untuk melepaskan lelah. Iman hanya mendiamkan diri. Pandangannya dilempar ke hadapan.

“Sayang tunggu sekejap yer.” Ujar Saiful sambil keluar di perhentian itu. Iman hanya membatu.

Iman melepaskan keluhan. Fikirannya kosong. Hatinya kecewa. Kepalanya terasa pening tiba-tiba. Perlahan dahinya dipicit perlahan. Matanya meliar melihat sekeliling. Seketika matanya terpaku kepada seseorang.

“Iskandar.” Iman berbisik perlahan.

Dia dengan segera keluar dari kereta. Matanya tidak lepas memandang ke arah pemuda yang berada tidak jauh darinya. Matanya, gayanya tidak ubah seperti lelaki yang pernah hadir dalam hidupnya satu masa dahulu. Kedengaran ketawa lelaki itu sampai di pendengarannya. Gelak ketawa juga sama. Perlahan langkahnya diatur ke arah meja yang menempatkan beberapa orang pemuda lain. Kini, dia betul-betul berdiri dihadapann pemuda tersebut. Gelak ketawa yang menghiasi wajah pemuda itu tiba-tiba mati apabila memandang seorang gadis berdiri dihadapannya. Dia bangun tiba-tiba.

“Iman!” Ucapnya perlahan. Matanya tidak lepas memandang wajah wanita itu. Dia kelihatan pucat.

Iman yang terkejut apabila merasakan ada sentuhan ditangannya. Dia memandang ke sebelah. Saiful memandangnya dengan pandangan yang hairan. Dia semakin hairan apabila ada air mata yang menghiasi pipi Iman. Saiful sekali lagi memandang pemuda dihadapannya. Seingatnya dia tidak pernah mengenali pemuda itu.

“Kenapa ni?” Tanya Saiful kepada Iman yang masih lagi diam. Mukanya pucat, air mata yang mengalir keluar juga bagaikan empangan yang pecah. Tanpa dapat ditahan-tahan Iman menyembamkan mukanya ke dada bidang Saiful. Hanya esakan kedengaran. Sesungguhnya perasaan malu sudah hilang apabila perasaan menguasai diri.

“Shhh…..! shhhh…! Its ok…! I’m here, honey.” Ucap Saiful perlahan. Tangannya tidak lepas membelai rambut Iman yang panjang.

“Maaf yer saudara. Isteri saya tak sihat.” Ucap Saiful sambil berlalu dengan Iman yang masih lagi dalam pelukannya.

“Kau kenal ke pompuan tu?” Tanya Azman. Dia sendiri dapat melihat wajah pucat Iskandar tadi. Dia juga dapat mendengar Iskandar menyebut nama perempuan itu. Iskandar diam. Fikirannya kosong.

“Apsal kau ni? Diam ja. Takkan sebab pompuan gila tu tadi kau macam dah kena sampuk!” Mulut celupar Hisyam bersuara. Mamat ni memang tak pernah nak control percakapannya. Iskandar seraya bangun mencekak baju Hisyam. Dia tidak sanggup mendengar orang lain mencemuh dan menghina Iman. Cukup pantang baginya. Suasana kecoh. Orang ramai yang berada disitu, menjenguk-jenguk untuk mengetahui apa yang telah berlaku. Azman dan Faizal cuba menenangkan keadaan. Mereka tidak menyangka sama sekali Iskandar akan bertindak sebegitu.

       “Kau jangan nak cuba-cuba hina perempuan itu. Lagi sekali kau cakap macam tu, siap kau.” Ugut Iskandar. Cekakan di lehar Hisyam dilepaskan. Dia terus mencapai helmet dan jaketnya. Hatinya tiba-tiba panas. Dia mahu pergi untuk menenangkan fikiran. Setelah jaket disarungkan dibadannya, helmet terus dipakai, dia terus mendapatkan motor berkausa besar, Kawasaki ninja 250cc membelah angin lalu dengan membawa hati yang lara.

       “Tula..mulut tu celopar sangat. Padan muka kau.” Kutuk Faizal. Dia hanya memerhatikan Hisyam yang pucat. Sungguh dia tidak menyangka, Iskandar akan bertindak sedemikian. Selama mereka kenal, jangankan bergaduh, suara pun tidak pernah dia dengar Iskandar meninggikan suara. Hanya senyuman sahaja yang menghiasi bibirnya. Hisyam mula berasa bersalah. Dia tidak sepatutnya berkata begitu. Kadang-kadang dia tidak sedar mulutnya berkata sedemikian.

       “Jomlah. Takkan kita nak biar Is sorang-sorang macam tu plak.” Gesa Hisyam. Dia sudah bangun menuju ke arah motor Cagiva Raptor 1000cc-nya.

       Faizal dan Azman menarik nafas lega. Syukur Hisyam tidak berdendam dengan Iskandar. Mereka terus menuju ke arah motor masing-masing. Faizal menaiki motor Aprilia 250cc, manakala Azman setia dengan Harley Davidsonnya. Deruman motor besar meninggalkan perhentian rehat itu dengan meninggalkan debu dan puing-puing berterbangan. 

BAB 25


“Nak balik jugak ke?” Tanya Saiful perlahan apabila memerhati Iman mengemaskan pakaiannya dan dimasukkan ke dalam beg sandang. Dia hanya mengangguk tanpa memandang ke arah Saiful.

‘Benci sangat ke dia kat aku.’ Saiful menelan air liur yang bagaikan tersekat dikerongkong.

“Baiklah. Sayang kemas pakaian abang sama yer. Abang nak turun bawah kejap,” Ujar Saiful sambil berlalu. Dia sudah menggunakan perkataan ‘sayang’ kepada Iman. Biar gadis itu tahu yang dia amat menyayangi Iman.

“Huh!! Apa dia ingat aku ni orang gaji ke?’ Rungut Iman. Namun, dicapai jugak pakaian Saiful. Beg pakaian yang terdapat di aras almari ditarik turun.

“Ish, balik kampong apa lau bawak baju banyak macam ni. Gaya macam nak lari saja.,” Rungut Iman sambil melipat satu persatu pakaian Saiful. Dia tidak sedar dirinya diperhatikan.

“Apa yang sayang rungutkan tu?” Tanya Saiful sambil menutup pintu biliknya. Dia tidak mahu hubungan dingin mereka diketahui orang. Iman yang sedang membelakangkannya, terkejut. Tidak semena-mena keluar latah yang membuatkan Saiful terkekek ketawa. Iman mencebik tanda meluat.

“Jom.” Ajak Iman.

“Ke mana?” Tanya saiful. Alahai, bodohnya soalan. Kutuk Iman dalam hati.

“Balikla. Taknak balik sudah!” Ujar Iman geram. Beg sandang dijinjing ditangannya. Dia sudah berada di pintu bilik tatkala Saiful tiba-tiba memeluknya dari belakang. Iman tergamam. Hanya beberapa saat Iman mula bergerak untuk melepaskan diri. Biarlah semalam menjadi yang terakhir Saiful memeluknya. Saiful kelihatan terperanjat. Kemesraan yang diharapkan daripada Iman, terbang entah ke mana?

“You nak balik ke taknak? Lau you nak stay lagi kat sini, I tak halang. Itu hak you! I boleh balik dengan bas.” Ujar Iman serius. Matanya tajam memandang ke arah saiful. Saiful menelan air liurnya satu persatu. Ber’I’ dan ber’you’! terkejut sebenarnya.

“Takperlah kalau macam tu. I boleh balik dengan bas.” Kata Iman seraya mahu membuka pintu.

“Kita balik sama-sama.” Ujar Saiful perlahan tetapi masih didengar oleh Iman. Dia hanya mengangguk perlahan.

“I tunggu kat bawah. Nak jumpa ibu ngan mama!” Beritahu Iman sambil berlalu.

BAB 24


Iman hanya diam tidak terkutik. Dia masih berkurung di dalam bilik. Tidak percaya yang dia sudah sah bergelar isteri orang. Hanya majlis ringkas diadakan. Itupun maklongnya yang berkeras. Ibunya sudah diberitahu. Dia hanya merelakan. Walaupun penjelasan sudah diberi. Tiada siapa yang mahu mendengarnya. Dia syukur keluarganya dapat menerimanya dan mempercayai mereka.

Saiful menolak pintu biliknya yang ringkas dihias. Kelihatan sekujur tubuh kelihatan di serambi biliknya yang sememangnya terletak ditingkat atas rumah kampung 2 tingkat itu. Dia menuju ke arah Iman yang sah menjadi isterinya. Ternyata kehadirannya tidak disedari. Iman hanyut dengan fikirannya sendiri.

“Sayang!”

Panggilnya perlahan. Iman terkejut lantas berpaling. Matanya merenung tajam ke arah Saiful. Kalau boleh mahu ditelan hidup-hidup lelaki yang sudah sah menjadi suaminya. Dia dengan segera berlalu dari situ. Namun, tangannya segera disambal Saiful. Dia jadi terdorong ke arah Saiful. Dia kaku di dalam pelukan Saiful. Namun, dia cepat sedar. Segera pelukan Saiful dilepaskan.

“Maafkan abang.” Ujarnya perlahan. Iman berlalu masuk ke dalam kamar tanpa mahu menunggu penjelasan. Kasar tangannya mengambil bantal di atas katil yang dihias sederhana itu. Iman menghempaskan bantal diatas ambal. Kepalanya dilabuhkan disitu. Dia diam di situ. Untuk kesekian kali air matanya mengalir lagi. Akhirnya dia tertidur.

Iman rasa lemas. ‘Kenapa sempit semacam ja ni?’ Rungut Iman. Terasa ada gebar yang menutupi tubuhnya dengan tangan yang melingkari badannya. Iman bingkas bangun. Kelihatan Saiful disebelahnya mengerutkan dahinya sambil memusingkan badan membelakangkan Iman yang masih keliru.

Fikiran Iman berserabut. Dahinya dikerutkan sehingga hampir tercantum keningnya yang lebat itu.

‘Semalam aku bebal sampaikan tak lalu aku tido atas tilam tu. Aku ambik bantal terus tida kat bwah ni. Bila masa plak mamat ni dok sini. Eeee nak menggatal saja.’

Dikerling sekejap jam di dinding. Pukul 3 pagi. Iman menggigit bibirnya. Dia menoleh ke sisinya. Kelihatan Saiful yang kini tidur menelentang tidak bergerak. Nafasnya sahaja kelihatan turun naik. Iman mula sebal. Baru berkira-kira untuk mengungkapkan kain selimut yang membalut tubuhnya, Saiful mula bergerak-gerak. Dia terus membaringkan badanya. Matanya dipejam rapat.

Pap.

Iman terkesima. Matanya terbuntang melihat tangan Saiful melingkari badannya. Muka saiful betul-betul disebelah mukanya. Hidungnya hampir mengenai pipi Iman. Iman diam tidak berkutik. Nafasnya sengaja ditahan.

‘Mangkuk betul, baru first night tido ngan aku, dah berani main peluk-peluk. Macam dah ada experience tido ngan bini ja. Praktis ngan bantal peluk kot.’ Hai hati. Lau kau nak buat lawak antarabangsa pun, jangan la sekarang.

Tangannya perlahan mencapai tangan Saiful yang melingkari pinggannya. ‘Aduhh…berat giler tangan. Ni gamaknya, tulang besi urat dawai nih, darah plak sah-sah pakai minyak RON97’. Tiba-tiba Saiful bergerak. Iman menarik tangannya. Tangannya segera memperkemaskan pelukan. Makin erat. Sebahagian daripada badan saiful berada di atas Iman. Kepalanya sahaja sudah berada di bahu Iman. Rapat betul sehinggakan tidak ada ruang yang boleh menyelit di antara mereka. Iman mendengus perlahan. Nampak gayanya, sampai ke pagi la. Iman tiada pilihan. Dia terasa mengantuk. Matanya dipejam. Fikirannya segera menghambat prasangka buruk. Akhirnya dia lena tidur di dalam rangkulan Saiful.

Saiful membuka matanya perlahan. Disebelahnya kelihatan isterinya nyenak tidur bagaikan anak kecil. Sebenarnya dia sudah terjaga tatkala Iman bangun. Sengaja dia mematikan diri untuk melihat reaksi isterinya itu. Padan muka. Ingat dia nak bagi kalau isterinya itu menjauhinya. Perlahan bibirnya mencium pipi iman. Pelukan ke tubuh isterinya dieratkan bagaikan tidak mahu berpisah. 

BAB 23


“Iman. Ooo Iman!” Kedengaran suara memanggil di hadapan rumah papan itu. Iman yang sedang membersihkan rumah, tergesa-gesa ke hadapan rumah. Suasana yang suram itu membuatkan penglihatannya terbatas. Kedengaran alunan ayat suci Al-Quran di masjid yang terletak tidak jauh dari rumahnya.

Setelah mengamati gerangan yang memanggilnya dia dengan segera turun ke laman.
“Kenapa maklong?” Tanya Iiman yang sudah berada dihadapan maklongnya.

‘Janganla jadi apa-apa kepada ibunya.’ Doanya dalam hati.

“Iman nampak Epol” Tanya maklong. Riak mukanya Nampak risau.

“Eh tak balik lagi ke? Tadi kami pergi tepi sungai. Lepas tu Iman balik. Abang Epol kat sana lagi.” Beritahu Iiman. Dia dapat rasakan pipinya panas apabila teringatkan lamaran Saiful tadi.

“Entahla Iiman. Sampai sekarang tak balik lagi. Naik risau maklong ni.” Maklong sudah melabohkan punggungnya di kaki tangga. Iman juga kelihatan risau.

“Takperla. Maklong balik dulu. Iman gi cari abang Epol. Tak ke mama pun abang tu. Maklong jangan risau ek.” Ujar Iman. Pintu rumah dikunci rapat. Maklong hanya mengangguk faham.

Dengan berbekalkan lampu picit yang malap macam nak habis bateri, Iman mempercepatkan langkah menuju destinasi. Kadang-kadang dia berlari anak-anak.

‘Eh, apsal aku risau sangat ni.’ Kutuk Iman dalam hati. ‘Ala, sepupu hilang mestila risau.’ Bela hati Iman lagi. Senyum nipis segera menghiasi bibirnya.

Iman menyuluh-nyuluh kawasan sekitar. Jalan untuk menuju ke tempat yang menjadi kegemaran mereka agak sukar dengan semak samun. Sesekali cuping telinga Iiman menangkap bunyi nyamuk yang bermain di telinganya. Segera tangnnya mengibas-ngibas menghalau nyamuk supaya menjauinya. Namun, usaha Iman hampa. Nyamuk kembali menghurunginya.

“Alahai, takkan nak derma darah kat sini plak. Abang epol ni pun satu, dah tau senja taknak balik ker?” Bebel Iman perlahan. Dia merasa lega apabila sampai tempat yang dituju. Dia menyuluh-nyuluh ke atas pangkin yang mereka duduk patang tadi. Kelihatan sekujur tubuh sedang mengkerekot kesejukan. Iman menarik nafas lega apabila mendapati tubuh itu milik Saiful.

“Abang…? Abang Epol…bangun. Dah dekat nak magrib dah ni.” Gerak Iman. Tubuh Ssaiful segera digoyang-goyang. Matanya meliar memandang keliling. Hatinya tiba-tiba tidak sedap. Suasana yang cerah tadi hampir saja gelap dek kerana keadaan keliling yang dilitupi pokok yang terdapat disekeliling.

Iman jadi geram. Saiful sedikit pun tidak bergerak.

“Abang bangun la. abang…….” Iman segera menyuluh muka Saiful. Bukan nak kurang ajar. Tetapi seram. Dia kalau boleh nak cepat-cepat keluar dari situ. Saiful kelihatan terpisat-pisat sambil menenyeh matanya.

“Iman!!” Saiful bersuara. “Kat mana ni?” Tanyanya lagi. ‘Abang Epol ni memang nak kena luku dengan aku ni’.

“Hoi…korang buat apa hah!!” Tiba-tiba sergah satu suara. Iman terperanjat. Begitu juga dengan saiful. Serta merta lampu picit yang berada ditangannya terjatuh, tergolek ke hadapan lelaki yang menyergah mereka.

“Ini yer kerja korang. Buat maksiat.” Tuduh lelaki itu tanpa meminta penjelasan. Iman terasa mahu menangis. Saiful kelihatan terpinga-pinga.

‘Bila masa plak aku buat maksiat.’ Saiful yang masih mamai kelihatan bingung. Lagi bingung apabila melihat Iman sudah terhenjut-henjut menahan tangis. ‘Apa semua ni? Aku kat mana ni?’

“Apa hal ni bang? Sapa yang buat maksiat?” Tanya saiful. Dia kelihatan turun dari pangkin.

Buk! Saiful sudah tersungkur ke belakang. Iman terjerit ketakutan. Dia dengan segera mendapatkan Saiful.

“Kau jangan nak buat lagak kat sini! Bawak mereka ke rumah Tok Ketua.” Iman bagaikan ingin pengsan. ‘Tangkap basah!’ Tidak pernah terlintas difikirannya itu. Digagahi juga melangkah mengekori lelaki yang menyergah mereka. Dia sudah tidak terkata apa-apa.

“Ya Allah! Apa yang sebenarnya yang berlaku ni?” Tanya Tok Ketua. Bukan dia tidak kenal dengan Saiful Naim anak Hamidi. Kawan baiknya. Saiful hanya menundukkan kepalanya. Iman juga begitu. Dia tidak berani memandang mata-mata yang memandang mereka. Lidah mereka seakan kelu untuk berkata-kata. Bagaikan ada sumpahan yang mengenai mereka kala itu.

“Nurul iman!” Tanya tok ketua. Iman memanggung kepalanya memandang ketua kampung yang tegas tapi berwibawa itu. “Apa penjelasan kamu?” Tanya tok ketua lembut. Dia kenal Nurul Iiman. Gadis yang bertanggungjawab. Menjaga tata susila sebagai seorang gadis. Dia ada jugak berkira-kira untuk menjodohkan Nurul Iman kepada anak terunanya yang sedang bekerja di Pejabat Daerah apabila anak dara kalsom ini, menamatkan pengajian kelak. Nampaknya, harapanya hanya tinggal kenangan.

“Buat apa dok tanya lagi tok? Dah sah mereka ni buat maksiat di kampung kita. Tadi saya nampak mereka atas pangkin kat tepi sungai itu tidur berpeluk-peluk lagi.” Iman memanggung kepalanya memandang lelaki yang bersuara itu. Bibirnya digigit, geram. ‘Bila masa plak aku dok peluk-peluk. Fitnah semua ni.’ Iman bersuara tapi hanya mampu bergema dalam hatinya sahaja. Air matanya tidak henti-henti mengalir.

Tok ketua memandang Iman dan Saiful bersilih berganti. Kenapa hati kecilnya menyatakan mereka tidak bersalah. Tok ketua melepaskan keluhan kecil. Dia duduk di atas kerusi yang disediakan di atas beranda. Iman dan Saiful duduk di atas tikar macam orang bersalah menanti hukuman. Padahal mereka tidak bersalah. Iman meraung dalam hati.

“Kalau ikutkan hati aku ni, aku pukul budak berdua ni!” Sambung lelaki itu setelah melihat Tok Ketua hanya mendiamkan diri. Menambahkan lagi rasa benci di hati Tok Ketua.

“Cukupla tu Deraman. Kita tak tahu cerita sebenar lagi.” Tok ketua mula bertolak ansur.

“Nak tahu cerita benar apa lagi. Ni ha…Hamid dan Husin ada. Mereka boleh jadi saksi.” Jarinya segera ditunjukkan kepada 2 orang lelaki yang sedang berdiri di belakang Saiful dan Iman bagaikan pengawal. Dua orang lelaki itu mengangguk-angguk mengiyakan.

Kelihatan dari jauh, seorang perempuan berlari-lari anak menuju ke rumah Tok Ketua. Dia kelihatan termengah-mengah.

“Iman…Saiful!! Ya allah apa yang dah jadi ni!?” Terpa maklongnya apabila melihat Iman yang menangis tak henti-henti. Saiful pula kelihatan lebam dibibirnya. Iman yang sedang menangis terus menerpa maklongnya. Tubuh gempal itu segera dipeluknya. Tangisannya dihampurkan dibahu perempuan tua itu.

“Iman tak salah maklong. Iman tak buat pun semua tu.” Adu Iman. Dia masih lagi dalam pelukan wanita itu. Maklongnya membalas pelukan itu dengan menggosok-gosok belakang Iman.

“Tok Ketua. Mereka tak salah. Nah yang suruh iman pergi cari Saiful.” Terang maklong. Iman sudah melepaskan pelukannya.
“Saya akan bertanggungjawab.” Saiful bersuara setelah lama berdiamkan diri. Iman membulatkan matanya. Maklong kelihatan terkejut. Esakan tangisan Iman sudah tidak kedengaran. Dia jatuh terjelepok di sisi maklongnya.