Wednesday 8 June 2011

Bab 1

KEHENINGAN pagi mula terasa. Nurul Iman lincah di dapur menyediakan sarapan seawal jam 6 pagi. Sememangnya dia tidak bolah tidur. Entah kenapa sejak akhir – akhir ini malamnya sering diganggu oleh mimpi yang ingin dia buang jauh dari hidupnya. Mimpi yang banyak mengubah hidupnya. Mimpi yang mencorak dirinya kini.

Nasi goreng bertukar tempat. Dari kuali terus ke dalam pinggan yang sederhana besar. Dia menabur nasi goreng kampung yang baru dimasaknya dengan sedikit daun bawang dan telur goreng hancur. Dia kembali meletakkan sedikit minyak ke dalam kuali dan memanaskannya untuk menggoreng ikan kering.

“Fenn, bangun la. Dah lewat dah ni!”

Kedengaran suara Esyani bergema di dalam bilik yang terletak di tingkat atas. Bilik yang sederhana besar dan di cat dengan warna ungu muda kesukaan Fenn kelihatan kemas dengan set bilik tidur yang diperbuat daripada kayu jati.

“Pukul berapa wei?” Tanya Fenn malas. Dia masih berbungkus selimut tebal. Kacau betul la. Rungut Fenn dalam hati.

“Dah pukul 6.30 pagi dah ni! Bangun la,” Gesa Esyani yang berada di hujung kaki teman rapatnya itu. Kaki Fenn di tarik perlahan. Geram betul la. Tak pasal-pasal aku simbah dengan air kang budak ni.

“Ala Yani, awal lagi la. Bagi la aku tido sikit lagi,” Rayu Fenn dengan mata yang masih lagi terpejam. Dia masih lagi memeluk patung beruang miliknya itu.

“Yelah nanti jangan kata aku tak kejut kau sudah. Cepat sikit bangun, nanti bising Iman kat dapur tu!!”

“Ye lah! Ye lah! Bising la ko ni macam mak nenek!” Marah Fenn apabila mimpinya diganggu. Dia kembali menyambung tidurnya yang terganggu. Dengkuran halus menghiasi kamar tidur salah sebuah bilik di sebuah teres dua tingkat yang terletak tidak jauh dari kampus mereka.

“Mana Fenn?” Tanya Iman apabila mendapati Fenn tiada di meja makan pagi itu.

“Eh, belum bangun lagi ke budak ni. Dah pukul brapa dah ni?” Tanya Esyani pulak. Dia dengan pantas menuju ke bilik Fenn. Budak ni nak kena dengan aku. Lau tak bangun gak, sah aku simbah dengan air.

Tok! Tok!

“Fenn kau dah siap ke belum!!” Esyani mula tidak sabar. Tangannya lincah mengetuk pintu bilik Fenn. Dia ni kalau tak menyusahkan orang pagi-pagi tak boleh ke. Kutuk Esyani tapi hanya bergema di dalam hatinya sahaja.

“Ok! Ok! Aku dah siap dah!” Terdengar suara kelam kabut dari dalam. Tidak berapa lama kemudian Fenn terjengul di depan pintu dengan sengihan.

“Tu la kau, aku kejut kau tadi kau kata masih awal. Rasakan!!”  Bebel Esyani.

“Iman mana?!” Tanya Fina tanpa mempedulikan bebelan Esyani.

“Macam mana apa, macam tu la,” Esyani berpura – pura tidak faham. Dia terus berlalu untuk menuju ke dapur. Malas dia mahu melayan karenah Fenn. Fenn lantas menarik tangan Esyani.

“Dia tanya aku tak? Dia marah tak?” Tanya Fenn bertalu – talu.

“Kenapa aku nak marah pulak!!” Tegur satu suara dari belakang mereka. Fenn dan Esyani terkebil – kebil memandang Iman yang tiba-tiba berada di belakang mereka. Fenn menggaru kepalanya yang tidak gatal. Esyani hanya tersengih.

“Dah cepat pergi breakfast nanti lewat pulak!?” Arah Iman sambil berlalu ke dalam biliknya.

“Tu la kau, cakap tu taknak pandang-pandang, kan orang tua tu dah dengar!” Marah Esyani.

“Eh mana aku tau. Tetiba je dah terpacak kat belakang kita. Aku ingat pocong ja boleh wat macam tu,” Bela Fenn sambil menuju ke dapur. Kelihatan di atas meja sepinggan besar nasi goreng kampung dan ikan gelama kering terhidang menanti untuk dijamah bersama-sama seteko air milo.

“Sedapnya. Bila kau buat?” Tanya Fenn sambil menyenduk nasi goreng ke dalam pinggan.

“Bukan aku yang masak. Iman yang masak. Masa aku bangun tadi aku tengok dia tengah goreng nasik. Dah bersiap pulak tu. Entah pukul berapa dia bangun pun aku tak tau,” Beritahu Esyani. Dia pantas menghirup milo panas. Asyik membebel saja, kering lak terasa tekak aku ni.

“Kau bangun pukul berapa tadi!” Tanya Fenn. Dia mencapai senduk untuk menambah lagi. Esyani yang melihat hanya menggeleng melihat gelagat Fenn. Memang dia akui Fenn memang kuat makan tapi yang menghairankan badannya tidak pernah naik.

“Pukul 6 suku. Tu pun Iman yang kejutkan,” Beritahu Esyani jujur. Cawan segera dibawa ke sinki. Di sabun dan di bilas dan di letakkan di rak yang berhampiran dengan sinki.

“Ceh.. aku ingatkan kau bangun awal rupa-rupanya kau pun serupa!” Ejek Fenn diselangi dengan ketawa. Esyani mengangkat penumbuknya.

“Weh, lau nak merasa jalan kaki, korang duduk la kat situ. Aku nak blah dah ni,” Ajak Iman tiba-tiba membuatkan gadis remaja yang sedang bergurau itu terrgopoh-gopoh mengambil beg dan buku menuju ke kereta Viva SE milik Iman. Perjalanan yang hanya mengambil masa 15 minit tidak mendatangkan apa-apa masalah kepada mereka. Sebetulnya mereka tiba 10 minit lebih awal.

Assignment kita macam mana? Nak adakan discussion ke hari ni!” Tanya Iman. Dia lebih banyak menyerahkan tugas kertas kerja kepada Fenn dan Esyani.

“Kita pergi foyer untuk discuss rangka dah la,” Cadang Esyani.

“I follow jer!”

Alright but can you tell them about that, kredit aku dah kong la,” Fenn membuat muka kesiannya.

It’s ok I tell them later,” Iman memberitahu keputusannya. Fenn dan Esyani tersenyum.

”You are the best!!” ucap Fenn dan Esyani sambil mengangkat ibu jari ke atas menunjukkan tanda ’bagus’.

“I’m the best!” Iman mula perasan. Chewah...hempuk kang!! Bodek ler tu. Kredit aku gak yang jadi mangsa. Kedengaran ketawa mereka berderai.

No comments:

Post a Comment