Thursday 16 June 2011

BAB 17

PAGI yang dingin membuatkan Iman menarik selimut menutupi seluruh tubuhnya yang hanya dibaluti sehelai t-shirt lengan panjang dan seluar sukan paras lutut. Ditambah pula dengan suhu sejuk yang dikeluarkan oleh air cond yang terdapat di dalam biliknya membuatkan suhu dalam bilik itu begitu sejuk.

Hari minggu begitu memang menjadi pilihannya untuk bangun lewat. Tambahan pula, hari jumaat tersebut mereka tidak merancanakan apa – apa program untuk dilakukan.

Tok..tok…tok..

Ketukan di pintu membuatkan Iman mengambil bantal dan menekup telinganya. Kenapa pagi – pagi macam ni pun masih ada lagi yang mahu mengganggunya. Biarlah dia berehat puas – puas setelah melalui minggu yang memenatkan. Jerit Iman tapi hanya bergema di dalam hatinya sahaja.

Apa?” Jerit Iman dari dalam.

Ada orang nak jumpa?” Beritahu suara dari luar. Yang jelas itu suara Fenn.


Cakap je aku takde?” Jerit Iman lagi. Dia masih berbungkus selimut sehingga ke paras dadanya.

Suara Fenn sudah tidak kedengaran. Iman berasa lega. Semalam hampir dia tidak dapat tidur akibat menyiapkan asigment yang sengaja ditangguhkan. Iman menarik gebar menutupi dadanya. Hanya sekejap bilik yang sunyi itu kedengaran degkuran kecil menghiasi kamar itu.
***********************************************************************

Sapa yang datang pagi tadi?”

Abang Saiful!!” Beritahu Fenn pendek tanpa memandang ke arah Iman yang hanya berkain batik lepas dan baju tidur.

Dia nak apa?” Tanya Iman sambil tangannya membuka peti sejuk. Minuman jus oren yang menjadi kegemarannya segera dicapai. Tanpa mempedulikan Fenn yang sedang membasuh sayur di singki dia meneguk jus oren itu.

Ntah. Dia tak gtau pun,” Beritahu Fenn tanpa memandang ke arah Iman yang sudah melabuhkan punggung di kerusi. Dia mengangkat tudung saji. Kelihatan nasi lemak daunn pisang bersama dengan seteko air milo.

Sapa g beli? Tanya Iman sambil membuka nasi lemak daun pisang. Dengan berselera dia makan tanpa memandang kiri kanan.

Ee kau ni, tak senonoh. Lau yer pun lapar, g la mandi dulu,” Gertak Fenn. Dia bercekak pinggang. Mengalahkan mak aku pulak!

Ala, nanti2la. aku sejukla,” Ujar Iman sambil tersengih. Tangannya mengambil satu lagi nasi lemak. Sedap pulak nasi lemak ni. Lau ari2 makan boleh bertambah montel aku. Hehehe…montel2 aku pun, tetap cute. Puji diri sendiri Nampak. Kutuk aku dalam hati.

Sejuk apa..dah pukul 11.30 dah ni. Dah tengah hari. Tadi abang Saiful yang bawak. Dia tunggu kau sampai pukul 10. Kesian pulak aku tengok dia,” Bebel Fenn. Dia sibuk memotong kangkung ke dalam besen.

Aku dah basuh muka la. Siap berus gigi dah. Aku tido lewat la semalam. Kau pun tau aku siapkan asigment yang menimbun tu. Petang ni aku nak g jumpa Prof Syarifah. Dia punya tesis dah siap edit,” Beritahu Iman sambil tangannya memasukkan kulit daun pisang ke dalam tong sampah. Sudu dan cawannya dibawa kesinki dan dibasuhnya.

Nak g mandi dah…” ujar Iman sambil menjentik air yang berada ditangannya ke muka Fenn. Fenn lantas menjerit.

Kau jahat.” Jeritnya. Hahaha…aku memang jahat!!

BAB 16

IMAN membelek dirinya di depan cermin sekali lagi. Blaus labuh separas lutut yang berwarna hijau laut menjadi pilihannya. Dipadankan pula dengan jeans menjadikan dia betul – betul simple pada malam itu. Ramputnya yang panjang, sebahagiannya diikat dan sebahagiannya di lepas bebas.

       “Iman, abang Saiful dah sampai?” beritahu Esyani yang muncul di hadapan pintu biliknya yang sememangnya tidak pernah ditutup apabila dia berada di biliknya itu.

       “Okey, jap gi aku turun!” beritahu Iman tanpa memandang ke arah Esyani. Tangannya lincah menyapu lip gloss berwarna pink ke bibirnya.

       Iman mencapai dompet dan telefon bimbitnya. Dia pantas melangkah menuju ke arah pintu bilik setelah berpuas hati dengan penampilannya pada malam itu.

       “Mana abang Saiful?” tanya Iman kehairanan apabila tidak menemui kelibat Saiful di ruang tamu rumah itu.

        “Kat luar. Kami suruh masuk dia taknak. Tak manis di pandang jiran katanya,” beritahu Fenn. Dia sedang menyiapkan assigment. Tangannya lincah menekan keyword laptop kesayangannya.

       “Es mana?” tanya Iman lagi. Dia sudah bergerak menuju ke pintu keluar.

       “Tu kat luar....,” beritahu Fenn sambil bibirnya memuncung ke arah pintu keluar. Iman melangkah keluar. Kelihatan Esyani dan Saiful berbual mesra. Dia lantas menegur mereka.

       “Amboi, rancaknya. Ada pe pe ke ni?” usik Iman.

       “Apa lak hang ni!!! Tak ada pe la.” ujar Esyani, malu. Iman hanya tersengih. Bukan senang nak dapat peluang nak usik Es ni. Peluangnya datang sekali sekala je.

       Saiful yang berada di luar pagar turut tersengih. Tangannya menggaru kepalanya yang tidak gatal. Tidak tahu ingin menjawab bagaimana. Iman yang memerhati gelagat mereka hanya ketawa kecil.

       “Dah la, jom!” ajak Iman kepada Saiful.

       “Nanti nak apa – apa mesaj tau. Jangan lupa kunci pintu. Aku pergi dulu!” pesan Iman. Dia memboloskan dirinya ke perut kereta Wira S.E. milik Saiful. Esyani hanya mengangguk.
************************************************************************
“Abang nak bagi hadiah tu kat sape?” tanya Iman sambil membelek sehelai tudung turki yang berwarna jingga. Cantik!!

       “Kat mak abang. Minggu depan hari lahir mak abang. Jadi abang rasa abang nak bagi hadiah speacial sikitla kat mak abang tu,” Saiful berterus terang.

       “Emmm hari lahir!! Ape yer....!?” fikir Iman. Mukanya berkerut tanda sedang berfikir. Dia berjalan keluar dari salah sebuah kedai yang terdapat di kompleks membeli belah Pasifik. Saiful ikut keluar mengekori Iman.

       Tiba – tiba matanya tertancap pada kedai yang menjual barangan kristal. Otaknya berfikir sejenak. Apa salahnya kalau kita memberi hadiah kepada orang yang tersayang barangan kristal. Tentu mak abang Saiful tak terfikir akan pemberian tersebut. Di luar kawalannya, tanpa disedari dia menarik tangan Saiful menuju ke kedai tersebut. Saiful terkejut dengan tindakan Iman, namun hatinya berbunga keriangan.

       “Kalau abang bagi hadiah kristal macam mana?” tanya Iman dengan bertujuan ingin meminta pendapat Saiful.

“Abang tak kisah sebenarnya. Cuma abang nak bagi hadiah yang lain dari yang lain pada tahun ni! Setakat tudung dan kain pasang, slalu dah. Ntah-ntah, ada lagi stok yang belum dipakai,” beritahu Saiful, berterus terang. Dia tersenyum mesra pada Iman yang memandangnya.

Iman terkesima. Dia dapat rasakan perasaan lain yang menguasai dirinya. Perasaan yang sudah sekian lama tidak dirasainya pada insan yang bernama lelaki. Perasaan yang dia tidak menjangka akan wujud pada lelaki ini!!! Iman tersedar. Tangannya yang memaut lengan Saiful, segera di tarik ke sisi.

Sorry, Iman tak sengaja. Terlalu excited tadi!” ujarnya perlahan. Matanya segera dilarikan ke arah lain. Tidak mampu dia menentang panahan mata Saiful yang menyimpan sejuta rahsia itu.

“Tak mengapa! Abang faham,” ujar Saiful perlahan seperti berbisik di telinganya menmbahkan lagi getar didadanya.

BAB 15

“Abang Saiful tak kisah ke kau guna kereta dia ni?” Tanya Esyani meminta kepastian. Dia yang berada di hadapan di sebelah pemandu menyuarakan persoalan yang bermain di fikirannya.

“Dah Abang Saiful yang ofer, aku terima je la.. lagipun bukannya lama 2,3 hari je. Bila kereta aku siap, aku hantar je la,”

“Bila tu?” Tanya Fenn pula.

“Tak tahula, abang saiful kata dalam 2, 3 hari, maknanya 5 hari la kita melaram dengan kereta dia!”

“Kau biar betul.. ni kereta orang ni...!” Sangkal Fenn.

“Ye la kereta orang takkan kereta beruang kot!?” Jawab Iman sambil tersenyum. Bunga ketawa mula muncul di bibirnya yang disapu dengan lipstik berwarna merah jambu.

“Haha... aku gurau je la. Petang nanti aku nak pegi bengkel abang Saiful, mybe dia dah siap baiki kereta aku,” Sambung Iman lagi. Fenn dan Esyani mengangguk tanda memahami.

“Korang nak ikut tak!? Balik nanti boleh singgah makan kat Changloon, nak?” Ajak Iman pula.

“Nak!!!” Fenn dan Esyani pantas memberi persetujuan.
************************************************************************

       Saiful yang sedang asyik membaiki enjin kereta salah seorang pelanggannya, mendongak ke pintu pagar apabila terdengar deruman kereta memasuki bengkel miliknya. Kelihatan kereta WIRA S. E. miliknya perlahan memasuki perkarangan bengkelnya sebelum di parkir di sebuah tempat lapang di hadapan bengkelnya.

Iman keluar dari perut kereta itu diikuti dengan dua orang rakannya. Saiful memandang dengan penuh perasaan rindu kepada insan yang telah mencuri hatinya. Sedikit sebanyak perasaan rindu pada gadis iru terubat.

“Assalamualakum!?”

“Waalaikumsalam!” Jawab Saiful. Bibirnya mengukir senyuman melerat.

“Iman datang ni, Iman nak tanya kereta Iman dah siap ke belum?” Beritahu Iman tentang tujuannya datang ke bengkel Saiful petang itu.

“Dah siap dah. Abang baru je nak pergi hantar kat umah Iman petang nanti,” Beritahu Saiful namun tujuannya adalah ingin memandang wajah yang menyebabkan dia tak lena tidur siang dan malam itu.

“La, tak apalah. Abang kan dah janji dengan Iman abang nak call Iman. Tak payahlah abang nak susah – susahkan diri nak pergi hantar pula,” Beritahu Iman.

“Tak de yang susahnya. Lagipun, petang ni abang free,” Beritahu Saiful sambil tangannya lincah menyabun tangannya yang dipenuhi minyak hitam.

Eh ye ke! Abang ada date yer!” Sakat Fenn. Esyani yang memerhati hanya tersenyum.

“Eh mana ada. Tak de la. Abang ada hal sikit. Cadang tu nak minta tolong kawan korang ni sikit,” Iman mengangkat kepala mendongak dari membelek bamper keretanya yang sudah siap di baiki.

“Tolong apa abang Saiful?” Tanya Iman sambil berjalan mendekati Saiful yang sudah melabuhkan punggungnya di sebiji tayar kereta. Tangannya memegang sebiji botol air mineral dengan penutupnya sudah di buka. Perlahan lahan muncung botol mineral itu disuakan ke bibirnya yang kemerah – merahan.

“Gitau la abang saiful....,” gesa Iman tidak sabar.

“Abang nak beli barang sikit. Nak buat hadiah tapi abang tak tahu la nak beli yang macam mana? Iman boleh tolong abang?” Terang Saiful. Iman mengangguk sambil melabuhkan punggungnya di sebelah Saiful. Keharuman perfume celebre mewangi sehingga Saiful juga dapat merasainya. Ada getar didadanya.

“Ye ke! Jadi abang nak datang jemput Iman pukul berapa nanti!” Tanya Iman.

“Iman sudi tolong abang ke?” Tanya Saiful seakan tidak percaya dengan kata – kata Iman.

So, pukul berapa?” tanya Iman meminta kepastian.

“Pukul 8 malam ni? Abang jemput kat umah yer!” jelas Saiful. Hatinya berbunga keriangan.

“Ok!! Iman tunggu kat umah ye!?”

BAB 14

“Mie abang nak tanya sikit boleh?” Tanya Saiful kepada Helmi yang sedang membaca majalah di meja batu yang terletak di hadapan rumah sewa mereka. Helmi berhenti membaca dan menumpukan pandangan kepada abang sepupunya itu.

“Boleh abang tahu mana kau langgar kereta budak pompuan tu?” Tanya Saiful.

Jalan on da way nak gi changloon.” Beritahu Helmi jujur. Kenapa abang tanya.” Giliran Helmi pula bertanya.

Tak ada apa apa. Saje je tanya. Ermm lampu yang abang order tu, esok sampai. Tengah hari kau datang ambik la kau punya keta. Menyemak jer kat bengkel aku tu…,”

Amboi amboi sedapnyer mulut. kalau tak jadi macam saya ni, alamatnya bengkel abang tu penuh dengan habuk jer tau,” Sangkal Helmi sambil menyuakan mug berisi air milo ke mulutnya.

“Amboi mengata abang yer!”

“Taklah mengutuk jer!” Kata helmi sambil tersengih menunjukkan barisan gigi yang putih bersih.

“Bila daftar?” Tanya Saiful sambil membelek majalah auto yang baru dibelinya petang tadi. Banyak maklumat terbaru yang diperolehinya dari majalah itu.

“Esok! Alah prosedur biasa jer. Kalau tak kerana mama, Mie taknak tukar kat sini, Mie dah biasa kat UPM sana. Ramai kawan!” Helmi berterus terang.

Aii...kamu jangan pandang UUM ni tempat tersorok, tempat jin tendang...kamu belum tau bumi sintok macam mana?” Bela Saiful. Dia agak terasa dengan kata kata Helmi tentang bumi sintok ini.

Ala abang, Mie tak kata pun bumi sintok macam tu, cuma Mie sayang sangat dengan universiti lama Mie, ramai kawan Mie kat sana, nak pulak Mie dah kenal ramai lecture kat situ...so kat sini Mie kena bermula dari bawah balik, boring jugak la..,” Helmi berterus terang.

Ala kat sini pun nanti kamu akan ramai kawan. Tengokla nanti kalau tak percaya cakap abang. Gerenti kamu rasa sayang pula nak tinggalkan tempat ni...,”

“Ermmm moga moga masin la mulut abang malam ni. Amin.” Kata Helmi sambil menadah tangan dan meraup mukanya. Saiful hanya tersenyum.

“Eh mana keta abang, saya tak nampak pun dari petang tadi.” Tanya Helmi apabila mendapati kereta Wira S.E. milik abang sepupunya tidak kelihatan di parkir rumah sewa itu.

“Kawan abang pinjam. Kereta dia kena langgar...so abang bagi la dia pinjam kereta abang.” Beritahu Saiful jujur.

“Mesti kawan abang tu pompuan.” Jerat Helmi. Saiful yang sedang menghirup milo panas tersedak apabila perangkap Helmi mengena.

“Haa kan dah betul tu! Sapa pompuan tu abang, gitau la Mie sapa bakal kakak ipar Mie...,” Helmi mula menyoal. Setahunya, abang sepupunya itu cukup kedekut kalau orang nak pinjam keretanya. Tapi lain pula kali ini. Mungkin perempuan itu begitu istimewa.

“Eh mana ada. Dia belajar lagi la. Abang dengan dia tak ada apa apa laa, kami kawan jer...,” Beritahu Saiful jujur.

“Oooo jadi betul la abang dah ada awek. Kena bagitau maklong ni,” Kata Helmi yang bertujuan untuk menyakat abang sepupunya itu.

“Eh jangan. Abang serius ni abang ngan Iman tak de apa apa,” Saiful terlepas menyebut nama Iman. Dia pantas menutup mulutnya.

“Oooo...jadi nama girlfriend abang tu Iman yer!!!” Nyakat Helmi lagi.

“Eh, mana  ada! Abang dengan Iman tak ada apa – apa la…kawan jer.. jangan buat cerita laa....,”
“Hahahahaha….. abang dah malu. Muka abang dah merah,” Beritahu Helmi sambil ketawa. Saiful memegang pipi. Sememangnya dia berasa malu. Tapi, takkan begitu ketara. Kulitnya yang berwarna cerah menampakkan tanda kemerah – merahan menandakan dia sememangnya malu.

“Eh, takdelah. Mana ada? Dahla abang nak tido, kalau melayan kau, sampai besok pagi pun tak habis,” Ujar Saiful sambil berlalu masuk ke dalam rumah. Helmi yang melihat abang sepupunya itu berlalu, dia terus mengekori langkah Saiful.

“Dah nak tido ke?” Tanya Helmi sambil tangan kanannya memeluk bahu Saiful.

“Taklah nak gi main bola, ko tak nampak ke abang pakai baju sukan ngan kasut bola ni,” Beritahu Saiful membuatkan Helmi berhenti melangkah. Dia memerhatikan Saiful yang berjalan selamba menuju ke dalam rumah.

“Abang kenakan mie yer?” Kata Helmi terus mengejar Saiful yang berada di muka pintu.

Tuesday 14 June 2011

BAB 13

“Iman dah balik?” Tanya Fenn yang sedang menonton televisyen. Esyani yang sedang memasukkan twiesty ke dalam mangkuk si Comel, berpaling ke arah Fenn.

“Belum!” Jawab Esyani sepatah.

“Iman gi mana hah! Takkan gi wat laporan polis plak!” Tanya Fenn lagi.

“Eh mana la aku tau...hang pun, takkan semuanya hang nak tanya aku!”

“Dah hang aku tengok rapat gak ngan Iman, tu la sebab aku tanya... mana la tau Iman gitau hang kaa....,” Jawab Fenn.

“Takder punn!” Jawab Esyani. Dia melabuhkan punggung di sebelah Fenn yang sedang menonton Senario.

Seketika kemudian kedengaran kereta masuk ke perkarangan rumah sewa yang menenpatkan tiga sahabat itu. Esyani dan Fenn bergegas ke pintu. Mulut mereka terlopong melihat sebuah kereta Wira S.E terparkir di situ. Iman kelihatan keluar dari situ dengan menjinjing sesuatu.

“Kau beli keta baru ke? Tanya Esyani dan Fenn serentak. Iman yang sedang menuju ke arah mereka tersenyum. Mengiyakan tidak, menidakkan pun bukan. Esyani dan Fenn kehairanan. Dia melintasi Esyani dan Fenn dan menuju ke arah dapur.

“Korang dah makan?” Tanya Iman tanpa mempedulikan pertanyaan dua orang sahabatnya.

“Belum!” Jawab Fenn sepatah.

“Nasib baik! Aku dah beli mee sup. Korang makan la. Aku nak gi mandi kejap!” Beritahu Iman sambil berlalu menuju ke biliknya. Esyani dan Fenn hanya memerhati Iman hilang dari pandangan. Mereka saling berpandangan dan menjungkit bahu tanda tidak tahu apa- apa sebelum menuju ke dapur

BAB 12

Sampai sahaja di rumah Iman terus masuk ke dalam bilik tanpa berkata apa – apa. Fenn dan Esyani hanya memandang antara satu sama lain. Selepas 15 minit, Iman keluar dengan hanya bert-shirt dan berjeans. Rambutnya yang agak panjang ditocang satu dan topi menghiasi kepalanya. Esyani yang sedang menghidangkan minum petang, hairan. Dia tidak berani untuk menegur. Dia memerhati Iman pergi sehinggalah hilang dari pandangannya.

“Iman gi mana tu?” Tanya Fenn yang baru sudah mandi. Dia terdengar deruman kereta semasa dia selesai mandi sebentar tadi.

“Entah. Dia tak gitau apa – apapn. Terus keluar menonong jer!” Beritau Esyani sambil menuang air teh susu yang baru dibancuhnya ke dalam cawan. Goreng pisang yang baru dibuatnya, dihidangkan bersama – sama dengan air kegemarannya.

“Emmmm.........sedap!” Beritahu Fenn sambil menghidu hidangan Esyani.

Ahhh.....biasalla sapa yang masak!!??”

Ceh, baru puji sikit dah bangga diri...lain la kalau aku yang masak!!!”

Ahaaa alamatla hangus laa pisang tu kau goreng...,”

Tau takpe!”

Dah lama tau......!!”


Apa yang dah berlaku?” Tanya abang Saiful sambil membetulkan lampu isyarat yang pecah.

“Entahlaa abang, Iman pun tak tahu sebenarnya...sedar – sedar perkara dah berlaku. Mangkuk ayun betul la mamat tu....,”

“Iman kenal budak tu?” Tanya abang Saiful lagi. Tangannya lincah mengetuk tempat yang kemek itu.

“Entah. Tak kenal pun dan taknak kenal. Buat sakitkan hati jer!?”

“Tak baik Iman cakap macam tu. Satu pertemuan dan perpisahan itu ada hikmahnya. Semua yang berlaku adalah dengan ketentuannya. Mungkin Iman ngan mamat tu ada jodoh....,” Ahh sudah, abang Saiful dah mula mengarut.

Abang epol ni....ke situ pulak....dah laa... bila nak siap keta ni abang?” Tanya Iman yang bertujuan untuk mengubah topik perbualan.

“Dalam dua tiga hari jugak laa....” Beritahu abang Saiful jujur.

“Kenapa? Lau susah sangat pakai dulu keta abang tu.” Sambung abang Saiful.

“Eh taknak laa...Iman tak suka la nak guna keta orang takut apa – apa terjadi nanti susah Iman.” Beritahu Iman jujur.

“Nak jadi apa plak...guna jer..lau jadi apa apa abang tanggungawab! Okey!?” Jawab abang Saiful sambil memandang Iman yang sedang duduk di atas kerusi yang disediakan di situ. Matanya tepat memandang ke arah wajah berisi milik gadis itu. Perasaannya bergelora.

“Ermmm dah abang cakap macam tu, Iman ikut jer. Tapi lau keta ni dah siap, abang cepat – cepat gitau Iman tau.” Iman akhirnya bersetuju. Abang Saiful tersenyum.

“Okeylah....abang gitau nanti. Risau sangat dengan kereta dia ni!!”

“Eh mestilah...Iman sayang sangat dengan keta ni tau.” Akui Iman.

“Lepas ni ada nak gi mana – mana tak?” Tanya abang Saiful mengubah topik perbualan.

“Ermm rasanya takder kot. Nape?” Tanya Iman.

“Boleh teman abang tak?” Tanya abang Saiful. Tangannya yang berminyak itu dilap dengan sehelai kain tuala yang terdapat di satu sudut di ruangan kedai yang agak sederhana luasnya.

“Teman abang gi mana?” Tanya Iman kembali. Inilah kali pertama abang Saiful mengajaknya.

“Tak gi mana mana sebenarnya, teman abang gi makan ja.” Beritahu abang Saiful jujur.

“Makan!? Abang belum makan ke?” Tanya Iman. Abang Saiful hanya menggeleng.

“Macam mana!? Lau tak boleh takpe, abang tak kisah.”

“Okeylah, lagipun Iman makan sikit jer masa tengah hari tadi. Fenn ngan Es nak makan nasi kandar, abang tau la kan Iman ni tak suka sangat nasi kandar....tapi abang belanja okey!” Beritahu Iman. Hati Saiful berbunga keriangan. Dia tersenyum.

“Okey takde masalah janji jangan minta yang mahal – mahal dah!” Iman tersenyum menampakkan giginya yang tersusun.

“Kejap yer abang nak basuh tangan jap!” Beritahu Saiful sambil berlalu masuk ke sinki yang terdapat di satu penjuru bengkel itu.

“Jom!”

“Macam ni jer!” Tanya Iman sambil memandang Saiful yang masih berpakaian kerjanya yang dipenuhi dengan minyak. Cuma muka dan tangannya sahaja yang bersih dari kotoran minyak. Rambutnya yang agak kusut, hanya dilurutkan dengan tangan sahaja.
`Ermmm handsome jugak abang epol ni yer’ Iman berkata tapi hanya bergema dalam hati sahaja.

“Kenapa tak boleh ker?” Tanya Saiful.

Ahh boleh la tu. Iman tak kisah!!!”

BAB 11

Dummm!

Iman kaget. Esyani dan Fenn kaku di tempat duduk masing – masing. Muka mereka pucat dengan fikiran mereka membayangkan perkara yang telah berlaku. Dengan perasaan takut dan gementar, Iman turun dari kereta yang dipandunya dan menuju ke arah belakang diikuti oleh Esyani dan Fenn.

Iman tidak berkata apa – apa tatkala melihat belakang keretanya yang sedikit remuk. Bamper yang baru dua bulan lalu dipasang, patah dan tersadai. Lampu sebelah kanan pula pecah dan tertanggal. Iman jadi geram. Perasaan takut dan gemuruh yang menguasai dirinya sebentar tadi melayang entah ke mana.

Tanpa diduga dia menghampiri kereta Honda Sivic yang berwarna putih susu itu. Tanpa berkata apa – apa dia menyepak pintu kereta tersebut sambil menyuruh pemandu itu keluar. Tak padan dengan pakai baju kurung.


“Kau buta ke? Begini punya besar kereta kau boleh tak nampak.” Iman mula hilang kawalan. Ketenangan yang menghiasi wajahnya selama ini punah sama sekali. Esyani dan Fenn tidak berani berkata apa – apa. Pertama kali Iman berkeadaan marah yang amat sangat. Mereka hanya memerhati dalam diam.

“Saya minta maaf. Saya tak sengaja.” Ucap lelaki itu perlahan. Dia akui itu memang salahnya.

“Kau ni pandai bawak kereta ke tak. Pakai main langgar jer. Ingat kereta ni kau yang bayar....agaknya lesan yang kau ada tu lesen terbang tak!! ”Herdik Iman lagi.

Lelaki itu rasa tercabar. Belum pernah lagi perempuan berani mengherdiknya sebegini. Ditambah lagi dengan adanya dua orang perempuan yang memerhati. Fenn dan Esyani. Jalan itu sunyi. Tiada kenderaan yang lalu pada masa itu. Pemuda itu jadi malu. Mukanya merah menahan marah.

“Hey, saudari. Saya kan dah minta maaf. Tak boleh ker awak cakap elok – elok sikit.” Lelaki itu bersuara sedikit keras.

“Nak suruh saya cakap elok – elok... pemandu yang macam awak ni tak payah cakap elok – elok.  Mentang – mentang pakai kereta mahal, kereta import, dah tak nampak undang – undang, pakai main redah jer. Hey kalau nak tunjuk lagak, nak berlumba ker, pegi jahanam laa...jangan pula nak heret orang lain sekali plak.” Lelaki itu tersentak. Mukanya menahan amarah.

“Awak jangan melampau.” Lelaki itu ternyata tidak sabar dengan kata – kata Iman.

“Sapa yang melampau. Awak ke saya....hah.....hah....,” Herdik Iman sambil menolak lelaki itu beberapa kali. Lelaki itu terdorong ke belakang.

“Awak....!!” Lelaki itu meninggikan suaranya sambil mengangkat tangan ingin menampar Iman.

“No!”

Fina menjerit lantang. Nasib baik dia sempat menghalang. Kalau tidak, hari ini dalam sejarah la. Masuk dalam surat khabar `Mahasiswa UUM jadi karnibal’. Mana taknya, dia tengok Iman macam nak makan orang ja. Gerutu Fenn dalam hati. Dia hampir sahaja tersenyum dengan gambaran yang berlaku secara spontan dalam fikirannya. Nasib baik dapat cover line.

Pemuda itu berhenti dari bertindak lebih jauh. Dia mengucap panjang. Nasib baik dia tidak melakukan perkara yang tak sepatutnya dia lakukan. Iman mula sedar. Dia merenung pemuda itu. Dalam.

“Jom pegi!” Ajak Iman tanpa memandang ke arah Fenn dan Esyani. Mereka hanya menurut tanpa bicara.

Monday 13 June 2011

BAB 10

Ok sampai disini dulu kuliah kita pada hari ni. Kamu semua ada apa – apa soalan.” Tanya Encik Zainal sambil memandang pelajarnya yang berjumlah 150 orang itu. Kelihatan bibirnya bergerak – gerak mengukir senyuman.

“Kalau tak ada apa- apa lagi, kamu boleh pergi. Kita jumpa isnin depan.” Beritahu Encik Zainal menamatkan kuliah yang berlansung selama sejam itu.

“Kau dah siap asigment En Rizal.”Tanya Halim, salah seorang costmate Iman.

“Tinggal nak edit je lagi.” Beritahu Fenn.

“Bleh aku tengok.” Pintanya berterus terang.

“Nak buat apa? Haaa kau nak plagiat yerr....” Iman mula menyakat.

“Mana ada, aku nak tengok korang buat macam mana. Yang kitorang punya tak cukup page lagi...” Beritahu Syed, kawan kepada Halim.

“Ok nah. Jangan plagiat lebih – lebih nanti dia perasan.” Kata Iman sambil menghulurkan pendrive miliknya kepada Halim.

Okeh...aku tak tiru maa, aku copy and paste jeerrr hehehe.” Kata Halim. Iman menggegilkan matanya sambil tersenyum. Dia tahu Halim hanya bergurau dengannya sahaja.

“Okeylah kami nak balik dulu. Asar tak solat lagi nih.” Iman minta diri. Halim dan Syed hanya mengangguk.

“Kita nak makan kat mana ni?” Tanya Iman apabila mereka berada dalam kereta menuju ke pintu gerbang yang meninggalkan kampus UUM.

“Kita makan nasi kandar nak?” Cadang Fenn.

“Nasi kandar!!!” Tanya Iman kembali.

Emmm, nasi kandar. Nasi kandar kat jitra.”

“Okey jugak tu. Lagipun dah lama tak makan kari kan.” Esyani pula bersuara menyetujui cadangan Fenn.

“Okey.” Iman bersetuju sambil memberi isyarat membelok ke kiri menuju ke Changlon yang seterusnya akan membawa mereka ke Jitra.

Sunday 12 June 2011

BAB 9

Iman menarik gebar yang menutupi badannnya. Dia berasa panas. Hidungnya mengesan bau yang kurang menyenangkan. Bau hospital!! Dia bingkas bangun. Macam mana dia boleh berada di hospital. Apa yang telah terjadi? Dia masih ingat dia tidur tatkala Saadah dan kawan – kawannya pergi menyertai program yang telah ditetapkan. Dia menoleh di sisi katil. Terdapat seseorang tidur disitu dengan meletakkan kepalanya di birai katil.

Iskandar!!

Hatinya berdetik. Dia mula tidak faham hatinya sendiri. Gembira! Sayang! Kasih! CINTA!!! Iman berfikir sejenak. Tak mungkin cinta. Tangannya mula menggapai ingin membelai rambut ikal milik Iskandar.Tapi........ tangannya terhenti apabila pemuda itu  bergerak – gerak. Dia kembali membaringkan tubuhnya dan menarik selimut sehingga menutupi dadanya.

“Alhamdulillah...panas dah kurang!” Ucapnya perlahan. Tangannya perlahan mengusap dahi Iman. Jari – jemarinya terhenti di bibir Iman. Tetapi hanya seketika. Iskandar menggigit bibirnya. Dia kembali melabuhkan punggungnya di kerusi. Sambil meraup muka, satu keluhan keluar dari bibirnya. Dia mencapai satu novel yang terletak di atas meja kecil. Matanya terus tertancap di helaian demi helaian novel tersebut. Sungguh kusyuk dia membacanya.

Iman membuka sedikit matanya melihat pemuda itu. Dapat dia rasakan kasih daripada sentuhan didahinya sebentar tadi. Keadaan pemuda itu tidak terurus. Rambutnya  kusut. Bajunya tidak bergosok. Dia nampak selekeh. Iman rasa ingin ketawa melihat Iskandar dalam keadaan serupa itu. Tapi di tahannya. Dia tidak mahu Iskandar memikir yang bukan – bukan.

“Astagfirullah al azim! Dah subuh rupanya,” Ucapnya perlahan. Dia menghampiri Iman yang kaku di katil. Iman menahan nafas. Tangannya membelai wajah Iman. Perlahan bibirnya di dekatkan di dahi Iman. Perasaan Iman bergelora.

“Semoga cepat sembuh sayang!!” Ucapnya perlahan di telinga Iman. Iman masih kaku di pembaringan. Dia terkejut dengan perlakuan Iskandar. Seketika kemudian dia mendengar pintu dibuka dan ditutup dengan perlahan. Iman membuka matanya luas – luas. Dia melompat bangun dari pembaringan. Otaknya berfikir pantas. Dia tak sanggup berada lama – lama di situ. Dia terpandang kot Iskandar yang tersidai di sofa. Tanpa berfikir panjang dia menarik keluar jarum yang menyalurkan air ke dalam badannya. Ada darah yang memancut keluar dengan kesakitan yang menyengalkan.

Dia dengan pantas menyarung kot milik Iskandar. Untuk menyamar. Semoga orang tak perasan. Perlahan dia membuka pintu. Nasibnya baik kerana pada waktu ini tidak ramai yang ada. Dia menuju ke pintu lif. Butang turun ditekannya berulang kali. Namun belum sempat pintu lif terbuka, kedengaran suara memanggilnnya dari hujung sana. Iman berpaling. Kelihatan Iskandar memandangnya dengan perasaan kurang percaya.

Iman dengan pantas berlari untuk keluar dari situ. Dia ingin lari dari Iskandar. Kedengaran Iskandar masih memanggil namanya. Iman terpandang tulisan exit. Dia dengan pantas menolak pintu tersebut. Laungan itu makin dekat. Dia terus menuruni anak tangga menuju ke tingkat bawah.

“Iman, tunggu! Iman....,”

Laungan Iskandar makin dekat. Iman berusaha menuruni anak tangga dengan lebih cepat. Namun, nasib tidak menyebelahinya. Kakinya gagal mengawal imbangan badannya. Dalam keadaan badannya ingin jatuh dia dapat rasakan tangan Iskandar memaut pinggangnya. Hanya sekali tarik sahaja Iman sudah berada di dalam pelukan Iskandar. Dia kaku di dalam pelukan Iskandar.

Iman tersedar. Dia lantas menolak jauh tubuh Iskandar. Dia berusaha untuk meloloskan diri. Satu tumbukan dilepaskan ke perut Iskandar. Pautan tangan Iskandar di pinggangnya terlepas. Iman ingin lari tetapi satu cengkaman melekat di tangannya disertai dengan satu tolakan. Dia terperosok di dinding dengan Iskandar berhadapan dengannya. Tangan kirinya masih memegang perutnya yang senak akibat ditumbuk oleh Iman tadi. Sementara tangan kanannya kuat mengcengkam tangan Iman.

Melihat keadaan Iskandar yang kelihatan marah dengannya, Iman berusaha melepaskan diri. Dia berusaha menolak badan Iskandar yang dekat dengannya. Dia cuba untuk menumbuk Iskandar namun tangan kiri Iskandar pantas menangkap tangannya. Iskandar merenung dalam ke mata Iman.

You are the wild girl!!!”

Dengan pantas bibirnya didekatkan dengan bibir Iman. Iman terkejut. Hanya beberapa inci sahaja dari bibirnya. Tangannya cuba menolak muka Iskandar. Namun, tangan Iskandar kemas mencengkam tangannya. Dia yang tadinya meronta – ronta, kaku. Tidak berdaya untuk menolak. Iman mula keliru dengan perasaan Iskandar terhadapnya. 

Lama mereka berkeadaan begitu.  Mereka saling bertatapan. Iman merasakan ada keikhlasan di mata Iskandar. Ada cahaya cinta di matanya. Iman tersedar. Dia begitu rapat dengan lelaki itu yang semestinya bukan suaminya. 

Iman dengan pantas menolak tubuh Iskandar supaya menjauhinya. Dia ingin berlalu dari situ. Dia ingin menyembunyikan malu yang menyerbunya saat itu di hadapan Iskandar. Dia dapat rasakan mukanya sudah memerah. Sumpah, aku malu. Iskandar pantas menarik tangan Iman.

Iman mengaduh. Tangannya kanannya memegang tangan kirinya yang berdarah. Iskandar cemas.

“Awak....awak ok ke?” Tanya Iskandar cemas.

“Takpe sikit je ni!! Beritahu Iman. Dahinya berkerut menahan kesakitan.

“Jom kita gi jumpa doktor.” Ajak Iskandar. Iman hanya mengikut. Dia tidak berani membantah kata-kata Iskandar. Dia takut sebenarnya. Takut dengan perasaan nya sendiri.