Thursday 16 June 2011

BAB 16

IMAN membelek dirinya di depan cermin sekali lagi. Blaus labuh separas lutut yang berwarna hijau laut menjadi pilihannya. Dipadankan pula dengan jeans menjadikan dia betul – betul simple pada malam itu. Ramputnya yang panjang, sebahagiannya diikat dan sebahagiannya di lepas bebas.

       “Iman, abang Saiful dah sampai?” beritahu Esyani yang muncul di hadapan pintu biliknya yang sememangnya tidak pernah ditutup apabila dia berada di biliknya itu.

       “Okey, jap gi aku turun!” beritahu Iman tanpa memandang ke arah Esyani. Tangannya lincah menyapu lip gloss berwarna pink ke bibirnya.

       Iman mencapai dompet dan telefon bimbitnya. Dia pantas melangkah menuju ke arah pintu bilik setelah berpuas hati dengan penampilannya pada malam itu.

       “Mana abang Saiful?” tanya Iman kehairanan apabila tidak menemui kelibat Saiful di ruang tamu rumah itu.

        “Kat luar. Kami suruh masuk dia taknak. Tak manis di pandang jiran katanya,” beritahu Fenn. Dia sedang menyiapkan assigment. Tangannya lincah menekan keyword laptop kesayangannya.

       “Es mana?” tanya Iman lagi. Dia sudah bergerak menuju ke pintu keluar.

       “Tu kat luar....,” beritahu Fenn sambil bibirnya memuncung ke arah pintu keluar. Iman melangkah keluar. Kelihatan Esyani dan Saiful berbual mesra. Dia lantas menegur mereka.

       “Amboi, rancaknya. Ada pe pe ke ni?” usik Iman.

       “Apa lak hang ni!!! Tak ada pe la.” ujar Esyani, malu. Iman hanya tersengih. Bukan senang nak dapat peluang nak usik Es ni. Peluangnya datang sekali sekala je.

       Saiful yang berada di luar pagar turut tersengih. Tangannya menggaru kepalanya yang tidak gatal. Tidak tahu ingin menjawab bagaimana. Iman yang memerhati gelagat mereka hanya ketawa kecil.

       “Dah la, jom!” ajak Iman kepada Saiful.

       “Nanti nak apa – apa mesaj tau. Jangan lupa kunci pintu. Aku pergi dulu!” pesan Iman. Dia memboloskan dirinya ke perut kereta Wira S.E. milik Saiful. Esyani hanya mengangguk.
************************************************************************
“Abang nak bagi hadiah tu kat sape?” tanya Iman sambil membelek sehelai tudung turki yang berwarna jingga. Cantik!!

       “Kat mak abang. Minggu depan hari lahir mak abang. Jadi abang rasa abang nak bagi hadiah speacial sikitla kat mak abang tu,” Saiful berterus terang.

       “Emmm hari lahir!! Ape yer....!?” fikir Iman. Mukanya berkerut tanda sedang berfikir. Dia berjalan keluar dari salah sebuah kedai yang terdapat di kompleks membeli belah Pasifik. Saiful ikut keluar mengekori Iman.

       Tiba – tiba matanya tertancap pada kedai yang menjual barangan kristal. Otaknya berfikir sejenak. Apa salahnya kalau kita memberi hadiah kepada orang yang tersayang barangan kristal. Tentu mak abang Saiful tak terfikir akan pemberian tersebut. Di luar kawalannya, tanpa disedari dia menarik tangan Saiful menuju ke kedai tersebut. Saiful terkejut dengan tindakan Iman, namun hatinya berbunga keriangan.

       “Kalau abang bagi hadiah kristal macam mana?” tanya Iman dengan bertujuan ingin meminta pendapat Saiful.

“Abang tak kisah sebenarnya. Cuma abang nak bagi hadiah yang lain dari yang lain pada tahun ni! Setakat tudung dan kain pasang, slalu dah. Ntah-ntah, ada lagi stok yang belum dipakai,” beritahu Saiful, berterus terang. Dia tersenyum mesra pada Iman yang memandangnya.

Iman terkesima. Dia dapat rasakan perasaan lain yang menguasai dirinya. Perasaan yang sudah sekian lama tidak dirasainya pada insan yang bernama lelaki. Perasaan yang dia tidak menjangka akan wujud pada lelaki ini!!! Iman tersedar. Tangannya yang memaut lengan Saiful, segera di tarik ke sisi.

Sorry, Iman tak sengaja. Terlalu excited tadi!” ujarnya perlahan. Matanya segera dilarikan ke arah lain. Tidak mampu dia menentang panahan mata Saiful yang menyimpan sejuta rahsia itu.

“Tak mengapa! Abang faham,” ujar Saiful perlahan seperti berbisik di telinganya menmbahkan lagi getar didadanya.

No comments:

Post a Comment