Sunday 12 June 2011

BAB 7

“Iman macam mana ok ke kaki kau!” Tanya Yati tiba-tiba apabila melihat Iman terhenjut-henjut dipapah saadah.

Aku ok Cuma terseleliuh sahaja!” Beritahu Iman tanpa banyak bicara. Dia merebahkan diri di atas katil. Cuba memejamkan mata. Tidak mahu diganggu oleh soalan-soalan yang mungkin ditanya oleh kawan-kawamnya.

Wei.....” Yati cuba mengejutkannya.

Kak Yati dah la. Kak Iman penat tu. Biarla dia berehat dulu! Esok nak tanya apa pun boleh!”

“Tapi....”

“Dah-dah g kuar. Adah pun nak tido dah ni.” Sangkal Saadah. Dia menolak Yati keluar dari bilik yang menempatkan mereka.

“Thanks!” Saadah terperanjat.

“Ingat akak dah tido!” Beritahunya sambil melabuhkan punggungnya di birai katil.

“Tak boleh tido. Badan rasa tak selesa!” Terang Iman sambil cuba untuk bangun.

“Akak nak adah tolong!” Tanyanya jujur.

“Takpe! Akak nak mandi....!”

“Adah teman akak ok!” Iman hanya tersenyum sambil mengangguk perlahan.

No comments:

Post a Comment