Thursday 9 June 2011

BAB 5

“IMAN!!!”

Iman tersentak! Terdengar jeritan dari ruang tamu. Dia dengan segera mengeringkan air mata yang basah di pipinya. Setelah memastikan tiada sisa air mata yang menghiasi matanya, dia segera keluar menuju ke ruang tamu.

“Kenapa?” Tanya Iman ingin tahu. Dia hairan melihat Esyani dan Fenn berada di satu sudut dengan Esyani memegang penyapu.

“Tu?” Fenn dan Esyani menuding jari ke arah pasu bunga.

“Cantik bila berbunganya?” Tanya Iman. Pokok bunga ros yang terdapat di halaman rumah sewa mereka, galak berbunga. Mungkin kerana Esyani yang gemar berkebun menyebabkan halaman rumah mereka penuh dengan bermacam jenis bunga. Macam taman bunga pun ada, macam dalam hutan bunga pun ada. Akal nakal Iman mengusik. Dia tersenyum sendiri.

“Bukan pokok tu la. Tu kat tepi pasu tu,” Tunjuk Esyani. Iman melirik mata ke arah yang ditunjukkan.

“Kucing. Comel!!” Beritahu Iman. “Comel, nak ke?” Tanya Iman sambil mencempung kucing tersebut. Serentak dengan itu Fenn dan Esyani menjerit.

“Ala, taknak la..,” Rayu Fenn. Dia memang sensitive dengan kucing. Geli katanya.

“Taknak sudah. Aku nak!” Iman dengan segera membawa masuk kucing tersebut ke dalam rumah. Dia menuju ke bilik air untuk memandikannya. Dia sengaja tidak tungggu lama di situ kerana dia tahu Esyani perasan matanya yang merah tanda baru lepas menangis.

Setelah memandikan kucing tersebut, Iman dengan segera mengeringkannya dengan pengering rambut. Bulu kucing yang berwarna keemasan dan panjang nampak gebu. Setelah itu, dia dengan segera mencapai kunci kereta. Kucing yang nampak lemah segera di balut dengan tuala dan dicempungnya menuju ke pintu yang sudah terbuka.

“Nak gi mana? Tanya Fenn yang berada di ruang tamu.

“Nak kuar jap. Nak g klinik haiwan. Nak ikut?” Tanya Iman sambil menyarungkan kasut sport di kakinya. Dia selesa berpakaian begitu. Simple! Cuma berjeans dan bert-shirt. Rambutnya yang panjang disembunyikan di sebalik topi berwarna hitam, sedondon dengan bajunya.

“Tak nak lah,” Jawab Fenn.

“Aku balik lambat nanti. Lapar masak sendiri, k!” Beritahu Iman sambil berlalu menuju ke arah keretanya yang di parkir di hadapan rumahnya.

“Kau tapau la.. kitorang masak tak sedap,”

“Pandai la korang. Tengokla macam mana nanti?” Kereta di undur dan Iman terus memecut menuju destinasi. Esyani berjalan menuju ke ruang tamu apabila mendengar bunyi kereta.

“Iman pergi mana?” Tanya Esyani sambil melabuhkan punggungnya di sofa yang berwarna hijau itu.

“Ke klinik?” Jawab Fenn acuh tak acuh. Dia masih leka dengan tayangan drama komedi dari kumpulan pelawak terkenal SENARIO.

“Dia sakit, ke? Tadi aku nampak okey je!” Tanya Esyani, kehairanan.

“Bukan Iman laa... tu haa kucing yang kita jumpa tadi tu. Dia bawak ke klinik!” Terang Fenn lambat – lambat. Matanya masih lagi tetancap pada skrin televisyen, kusyuk menonton cerita kegemarannya.

“Kau perasan tak perangai minah tu tadi. Nampak pelik kan!” Tanya Esyani. “Matanya merah macam baru lepas menangis. Aku rasa mesti ada sesuatu yang makcik tu  rahsiakan dari kita kan!!!” Beritahu Esyani lagi.

“Hahahahaha.....kelakarla Es, kau tengok tu, ada ke patut Wahid buat macam tu!!?? Hahaha!!!!”

“Woi..., hang dengaq tak apa yang aku cakap ni?” Marah Esyani.

“Aku dengaq la... maybe mata dia masuk habuk tadi kot. Ala pedulikanlah. Nanti tak pasal- pasal kau kena marah dengan Iman sebab kau menyibuk pasal hal dia,” Jawab Fenn.

“Ah, malasla nak cakap dengan kau. Aku boleh cari sendiri sebab dia....,” Kata Esyani sambil berlalu.

“Ala lantak kau la...nanti kalau Iman marah, kau tanggung sendiri,” Ujar Fenn sambil memerhati kawannya hilang di sebalik dinding yang memisahkan ruang tamu dan ruang makan.

“Kau tolong tengok kalau Iman balik, kau tolong bagitau, okey!?” Jerit Esyani dari dalam bilik. Fenn hanya mencebik.

Busybody betul la minah ni. Kutuk Fenn tapi hanya bergema di dalam hatinya saja. Dia kembali menumpukan perhatian ke arah layar televisyen. Mulutnya penuh dengan bertih jagung yang dibelinya semalam semasa mereka keluar membeli barang dapur.

No comments:

Post a Comment