Tuesday 1 November 2011

BAB 26


Iman hanya diam sepanjang perjalanan. Mereka sedang menuju ke utara tanah air. Dia masih ingat lagi pesan ibu dan mama.

“Nurul Iman! Iman bukan macam dulu lagi, Iman dah bersuami. Jalankan tanggungjawab Iman. Ibu nak Iman bahagia. Buangkan yang keruh, ambil yang jernih.” Ibunya menasihatinya tatkala dia pergi berjumpa dengan ibunya. Air mata yang keluar diseka rakus. Dia cuba untuk senyum biarpun senyum yang diukirkannya adalah senyum plastik.

“Ibu jangan lupa makan ubat tau. Nanti lau Iiman ada masa, Iman balik tengok mak. Pasal adik-adik ibu jangan risau, iman akan uruskan. Ibu tak payah kerja-kerja lagi. Nanti Iman kirim wang kat ibu.” Iman bersuara perlahan. Dia meletakkan kepala di bahu ibunya yang bersandar di kepala katil.

“Tapi Iman kan masih belajar. Mana Iman nak cari duit.” Bantah ibu.

Ala…ibu jangan risau la. Iman sekarang ni ada buat kerja part time la ibu. Ibu jangan risau okey. Yang penting ibu sihat.” Ucap Iman. Kepalanya diangkat dan muka ibunya di renung lembut.

“Iman sayang ibu, sayang sangat-sangat.” ujar Iman sambil tangan ibunya dikucup lembut. Pipi ibu tua yang berkedut seribu itu, dicium tanda kasih.

“Iman pergi dulu yer ibu. Nanti tertunggu pulak abang kat luar tu.” Beritahu Iman. Dia sememangnya tidak mahu ibunya mengetahui yang sememangnya dia derita dengan apa yang berlaku. Mukanya bukan boleh diharap. Lau ditenung lama-lama…mula pecah rahsia tuannya itu. Kutuk Iman dalam hati.

“Apsal diam?” Tanya saiful tiba-tiba. Iman tersentak. Dia terus memandang Saiful menanti lelaki yang tidak terlintas untuk menjadi suaminya itu. Sesungguhnya dia tidak mendengar apa yang Saiful katakan kepadanya tadi.

“Abang tanya, apsal sayang diam saja.” Ulang Saiful. Iman menggigit bibirnya. Hatinya bagai disiat-siat apabila mendengar perkataan abang-sayang itu. Sungguh, dia merasa meluat apabila mendengar perkataan itu.

“Saja.” Ringkas sahaja jawapan yang diberi.

“Sayang marah!” Gesa Saiful. Signal diberikan. Dia membelok ke perhentian rehat dan rawat. Mungkin untuk melepaskan lelah. Iman hanya mendiamkan diri. Pandangannya dilempar ke hadapan.

“Sayang tunggu sekejap yer.” Ujar Saiful sambil keluar di perhentian itu. Iman hanya membatu.

Iman melepaskan keluhan. Fikirannya kosong. Hatinya kecewa. Kepalanya terasa pening tiba-tiba. Perlahan dahinya dipicit perlahan. Matanya meliar melihat sekeliling. Seketika matanya terpaku kepada seseorang.

“Iskandar.” Iman berbisik perlahan.

Dia dengan segera keluar dari kereta. Matanya tidak lepas memandang ke arah pemuda yang berada tidak jauh darinya. Matanya, gayanya tidak ubah seperti lelaki yang pernah hadir dalam hidupnya satu masa dahulu. Kedengaran ketawa lelaki itu sampai di pendengarannya. Gelak ketawa juga sama. Perlahan langkahnya diatur ke arah meja yang menempatkan beberapa orang pemuda lain. Kini, dia betul-betul berdiri dihadapann pemuda tersebut. Gelak ketawa yang menghiasi wajah pemuda itu tiba-tiba mati apabila memandang seorang gadis berdiri dihadapannya. Dia bangun tiba-tiba.

“Iman!” Ucapnya perlahan. Matanya tidak lepas memandang wajah wanita itu. Dia kelihatan pucat.

Iman yang terkejut apabila merasakan ada sentuhan ditangannya. Dia memandang ke sebelah. Saiful memandangnya dengan pandangan yang hairan. Dia semakin hairan apabila ada air mata yang menghiasi pipi Iman. Saiful sekali lagi memandang pemuda dihadapannya. Seingatnya dia tidak pernah mengenali pemuda itu.

“Kenapa ni?” Tanya Saiful kepada Iman yang masih lagi diam. Mukanya pucat, air mata yang mengalir keluar juga bagaikan empangan yang pecah. Tanpa dapat ditahan-tahan Iman menyembamkan mukanya ke dada bidang Saiful. Hanya esakan kedengaran. Sesungguhnya perasaan malu sudah hilang apabila perasaan menguasai diri.

“Shhh…..! shhhh…! Its ok…! I’m here, honey.” Ucap Saiful perlahan. Tangannya tidak lepas membelai rambut Iman yang panjang.

“Maaf yer saudara. Isteri saya tak sihat.” Ucap Saiful sambil berlalu dengan Iman yang masih lagi dalam pelukannya.

“Kau kenal ke pompuan tu?” Tanya Azman. Dia sendiri dapat melihat wajah pucat Iskandar tadi. Dia juga dapat mendengar Iskandar menyebut nama perempuan itu. Iskandar diam. Fikirannya kosong.

“Apsal kau ni? Diam ja. Takkan sebab pompuan gila tu tadi kau macam dah kena sampuk!” Mulut celupar Hisyam bersuara. Mamat ni memang tak pernah nak control percakapannya. Iskandar seraya bangun mencekak baju Hisyam. Dia tidak sanggup mendengar orang lain mencemuh dan menghina Iman. Cukup pantang baginya. Suasana kecoh. Orang ramai yang berada disitu, menjenguk-jenguk untuk mengetahui apa yang telah berlaku. Azman dan Faizal cuba menenangkan keadaan. Mereka tidak menyangka sama sekali Iskandar akan bertindak sebegitu.

       “Kau jangan nak cuba-cuba hina perempuan itu. Lagi sekali kau cakap macam tu, siap kau.” Ugut Iskandar. Cekakan di lehar Hisyam dilepaskan. Dia terus mencapai helmet dan jaketnya. Hatinya tiba-tiba panas. Dia mahu pergi untuk menenangkan fikiran. Setelah jaket disarungkan dibadannya, helmet terus dipakai, dia terus mendapatkan motor berkausa besar, Kawasaki ninja 250cc membelah angin lalu dengan membawa hati yang lara.

       “Tula..mulut tu celopar sangat. Padan muka kau.” Kutuk Faizal. Dia hanya memerhatikan Hisyam yang pucat. Sungguh dia tidak menyangka, Iskandar akan bertindak sedemikian. Selama mereka kenal, jangankan bergaduh, suara pun tidak pernah dia dengar Iskandar meninggikan suara. Hanya senyuman sahaja yang menghiasi bibirnya. Hisyam mula berasa bersalah. Dia tidak sepatutnya berkata begitu. Kadang-kadang dia tidak sedar mulutnya berkata sedemikian.

       “Jomlah. Takkan kita nak biar Is sorang-sorang macam tu plak.” Gesa Hisyam. Dia sudah bangun menuju ke arah motor Cagiva Raptor 1000cc-nya.

       Faizal dan Azman menarik nafas lega. Syukur Hisyam tidak berdendam dengan Iskandar. Mereka terus menuju ke arah motor masing-masing. Faizal menaiki motor Aprilia 250cc, manakala Azman setia dengan Harley Davidsonnya. Deruman motor besar meninggalkan perhentian rehat itu dengan meninggalkan debu dan puing-puing berterbangan. 

BAB 25


“Nak balik jugak ke?” Tanya Saiful perlahan apabila memerhati Iman mengemaskan pakaiannya dan dimasukkan ke dalam beg sandang. Dia hanya mengangguk tanpa memandang ke arah Saiful.

‘Benci sangat ke dia kat aku.’ Saiful menelan air liur yang bagaikan tersekat dikerongkong.

“Baiklah. Sayang kemas pakaian abang sama yer. Abang nak turun bawah kejap,” Ujar Saiful sambil berlalu. Dia sudah menggunakan perkataan ‘sayang’ kepada Iman. Biar gadis itu tahu yang dia amat menyayangi Iman.

“Huh!! Apa dia ingat aku ni orang gaji ke?’ Rungut Iman. Namun, dicapai jugak pakaian Saiful. Beg pakaian yang terdapat di aras almari ditarik turun.

“Ish, balik kampong apa lau bawak baju banyak macam ni. Gaya macam nak lari saja.,” Rungut Iman sambil melipat satu persatu pakaian Saiful. Dia tidak sedar dirinya diperhatikan.

“Apa yang sayang rungutkan tu?” Tanya Saiful sambil menutup pintu biliknya. Dia tidak mahu hubungan dingin mereka diketahui orang. Iman yang sedang membelakangkannya, terkejut. Tidak semena-mena keluar latah yang membuatkan Saiful terkekek ketawa. Iman mencebik tanda meluat.

“Jom.” Ajak Iman.

“Ke mana?” Tanya saiful. Alahai, bodohnya soalan. Kutuk Iman dalam hati.

“Balikla. Taknak balik sudah!” Ujar Iman geram. Beg sandang dijinjing ditangannya. Dia sudah berada di pintu bilik tatkala Saiful tiba-tiba memeluknya dari belakang. Iman tergamam. Hanya beberapa saat Iman mula bergerak untuk melepaskan diri. Biarlah semalam menjadi yang terakhir Saiful memeluknya. Saiful kelihatan terperanjat. Kemesraan yang diharapkan daripada Iman, terbang entah ke mana?

“You nak balik ke taknak? Lau you nak stay lagi kat sini, I tak halang. Itu hak you! I boleh balik dengan bas.” Ujar Iman serius. Matanya tajam memandang ke arah saiful. Saiful menelan air liurnya satu persatu. Ber’I’ dan ber’you’! terkejut sebenarnya.

“Takperlah kalau macam tu. I boleh balik dengan bas.” Kata Iman seraya mahu membuka pintu.

“Kita balik sama-sama.” Ujar Saiful perlahan tetapi masih didengar oleh Iman. Dia hanya mengangguk perlahan.

“I tunggu kat bawah. Nak jumpa ibu ngan mama!” Beritahu Iman sambil berlalu.

BAB 24


Iman hanya diam tidak terkutik. Dia masih berkurung di dalam bilik. Tidak percaya yang dia sudah sah bergelar isteri orang. Hanya majlis ringkas diadakan. Itupun maklongnya yang berkeras. Ibunya sudah diberitahu. Dia hanya merelakan. Walaupun penjelasan sudah diberi. Tiada siapa yang mahu mendengarnya. Dia syukur keluarganya dapat menerimanya dan mempercayai mereka.

Saiful menolak pintu biliknya yang ringkas dihias. Kelihatan sekujur tubuh kelihatan di serambi biliknya yang sememangnya terletak ditingkat atas rumah kampung 2 tingkat itu. Dia menuju ke arah Iman yang sah menjadi isterinya. Ternyata kehadirannya tidak disedari. Iman hanyut dengan fikirannya sendiri.

“Sayang!”

Panggilnya perlahan. Iman terkejut lantas berpaling. Matanya merenung tajam ke arah Saiful. Kalau boleh mahu ditelan hidup-hidup lelaki yang sudah sah menjadi suaminya. Dia dengan segera berlalu dari situ. Namun, tangannya segera disambal Saiful. Dia jadi terdorong ke arah Saiful. Dia kaku di dalam pelukan Saiful. Namun, dia cepat sedar. Segera pelukan Saiful dilepaskan.

“Maafkan abang.” Ujarnya perlahan. Iman berlalu masuk ke dalam kamar tanpa mahu menunggu penjelasan. Kasar tangannya mengambil bantal di atas katil yang dihias sederhana itu. Iman menghempaskan bantal diatas ambal. Kepalanya dilabuhkan disitu. Dia diam di situ. Untuk kesekian kali air matanya mengalir lagi. Akhirnya dia tertidur.

Iman rasa lemas. ‘Kenapa sempit semacam ja ni?’ Rungut Iman. Terasa ada gebar yang menutupi tubuhnya dengan tangan yang melingkari badannya. Iman bingkas bangun. Kelihatan Saiful disebelahnya mengerutkan dahinya sambil memusingkan badan membelakangkan Iman yang masih keliru.

Fikiran Iman berserabut. Dahinya dikerutkan sehingga hampir tercantum keningnya yang lebat itu.

‘Semalam aku bebal sampaikan tak lalu aku tido atas tilam tu. Aku ambik bantal terus tida kat bwah ni. Bila masa plak mamat ni dok sini. Eeee nak menggatal saja.’

Dikerling sekejap jam di dinding. Pukul 3 pagi. Iman menggigit bibirnya. Dia menoleh ke sisinya. Kelihatan Saiful yang kini tidur menelentang tidak bergerak. Nafasnya sahaja kelihatan turun naik. Iman mula sebal. Baru berkira-kira untuk mengungkapkan kain selimut yang membalut tubuhnya, Saiful mula bergerak-gerak. Dia terus membaringkan badanya. Matanya dipejam rapat.

Pap.

Iman terkesima. Matanya terbuntang melihat tangan Saiful melingkari badannya. Muka saiful betul-betul disebelah mukanya. Hidungnya hampir mengenai pipi Iman. Iman diam tidak berkutik. Nafasnya sengaja ditahan.

‘Mangkuk betul, baru first night tido ngan aku, dah berani main peluk-peluk. Macam dah ada experience tido ngan bini ja. Praktis ngan bantal peluk kot.’ Hai hati. Lau kau nak buat lawak antarabangsa pun, jangan la sekarang.

Tangannya perlahan mencapai tangan Saiful yang melingkari pinggannya. ‘Aduhh…berat giler tangan. Ni gamaknya, tulang besi urat dawai nih, darah plak sah-sah pakai minyak RON97’. Tiba-tiba Saiful bergerak. Iman menarik tangannya. Tangannya segera memperkemaskan pelukan. Makin erat. Sebahagian daripada badan saiful berada di atas Iman. Kepalanya sahaja sudah berada di bahu Iman. Rapat betul sehinggakan tidak ada ruang yang boleh menyelit di antara mereka. Iman mendengus perlahan. Nampak gayanya, sampai ke pagi la. Iman tiada pilihan. Dia terasa mengantuk. Matanya dipejam. Fikirannya segera menghambat prasangka buruk. Akhirnya dia lena tidur di dalam rangkulan Saiful.

Saiful membuka matanya perlahan. Disebelahnya kelihatan isterinya nyenak tidur bagaikan anak kecil. Sebenarnya dia sudah terjaga tatkala Iman bangun. Sengaja dia mematikan diri untuk melihat reaksi isterinya itu. Padan muka. Ingat dia nak bagi kalau isterinya itu menjauhinya. Perlahan bibirnya mencium pipi iman. Pelukan ke tubuh isterinya dieratkan bagaikan tidak mahu berpisah. 

BAB 23


“Iman. Ooo Iman!” Kedengaran suara memanggil di hadapan rumah papan itu. Iman yang sedang membersihkan rumah, tergesa-gesa ke hadapan rumah. Suasana yang suram itu membuatkan penglihatannya terbatas. Kedengaran alunan ayat suci Al-Quran di masjid yang terletak tidak jauh dari rumahnya.

Setelah mengamati gerangan yang memanggilnya dia dengan segera turun ke laman.
“Kenapa maklong?” Tanya Iiman yang sudah berada dihadapan maklongnya.

‘Janganla jadi apa-apa kepada ibunya.’ Doanya dalam hati.

“Iman nampak Epol” Tanya maklong. Riak mukanya Nampak risau.

“Eh tak balik lagi ke? Tadi kami pergi tepi sungai. Lepas tu Iman balik. Abang Epol kat sana lagi.” Beritahu Iiman. Dia dapat rasakan pipinya panas apabila teringatkan lamaran Saiful tadi.

“Entahla Iiman. Sampai sekarang tak balik lagi. Naik risau maklong ni.” Maklong sudah melabohkan punggungnya di kaki tangga. Iman juga kelihatan risau.

“Takperla. Maklong balik dulu. Iman gi cari abang Epol. Tak ke mama pun abang tu. Maklong jangan risau ek.” Ujar Iman. Pintu rumah dikunci rapat. Maklong hanya mengangguk faham.

Dengan berbekalkan lampu picit yang malap macam nak habis bateri, Iman mempercepatkan langkah menuju destinasi. Kadang-kadang dia berlari anak-anak.

‘Eh, apsal aku risau sangat ni.’ Kutuk Iman dalam hati. ‘Ala, sepupu hilang mestila risau.’ Bela hati Iman lagi. Senyum nipis segera menghiasi bibirnya.

Iman menyuluh-nyuluh kawasan sekitar. Jalan untuk menuju ke tempat yang menjadi kegemaran mereka agak sukar dengan semak samun. Sesekali cuping telinga Iiman menangkap bunyi nyamuk yang bermain di telinganya. Segera tangnnya mengibas-ngibas menghalau nyamuk supaya menjauinya. Namun, usaha Iman hampa. Nyamuk kembali menghurunginya.

“Alahai, takkan nak derma darah kat sini plak. Abang epol ni pun satu, dah tau senja taknak balik ker?” Bebel Iman perlahan. Dia merasa lega apabila sampai tempat yang dituju. Dia menyuluh-nyuluh ke atas pangkin yang mereka duduk patang tadi. Kelihatan sekujur tubuh sedang mengkerekot kesejukan. Iman menarik nafas lega apabila mendapati tubuh itu milik Saiful.

“Abang…? Abang Epol…bangun. Dah dekat nak magrib dah ni.” Gerak Iman. Tubuh Ssaiful segera digoyang-goyang. Matanya meliar memandang keliling. Hatinya tiba-tiba tidak sedap. Suasana yang cerah tadi hampir saja gelap dek kerana keadaan keliling yang dilitupi pokok yang terdapat disekeliling.

Iman jadi geram. Saiful sedikit pun tidak bergerak.

“Abang bangun la. abang…….” Iman segera menyuluh muka Saiful. Bukan nak kurang ajar. Tetapi seram. Dia kalau boleh nak cepat-cepat keluar dari situ. Saiful kelihatan terpisat-pisat sambil menenyeh matanya.

“Iman!!” Saiful bersuara. “Kat mana ni?” Tanyanya lagi. ‘Abang Epol ni memang nak kena luku dengan aku ni’.

“Hoi…korang buat apa hah!!” Tiba-tiba sergah satu suara. Iman terperanjat. Begitu juga dengan saiful. Serta merta lampu picit yang berada ditangannya terjatuh, tergolek ke hadapan lelaki yang menyergah mereka.

“Ini yer kerja korang. Buat maksiat.” Tuduh lelaki itu tanpa meminta penjelasan. Iman terasa mahu menangis. Saiful kelihatan terpinga-pinga.

‘Bila masa plak aku buat maksiat.’ Saiful yang masih mamai kelihatan bingung. Lagi bingung apabila melihat Iman sudah terhenjut-henjut menahan tangis. ‘Apa semua ni? Aku kat mana ni?’

“Apa hal ni bang? Sapa yang buat maksiat?” Tanya saiful. Dia kelihatan turun dari pangkin.

Buk! Saiful sudah tersungkur ke belakang. Iman terjerit ketakutan. Dia dengan segera mendapatkan Saiful.

“Kau jangan nak buat lagak kat sini! Bawak mereka ke rumah Tok Ketua.” Iman bagaikan ingin pengsan. ‘Tangkap basah!’ Tidak pernah terlintas difikirannya itu. Digagahi juga melangkah mengekori lelaki yang menyergah mereka. Dia sudah tidak terkata apa-apa.

“Ya Allah! Apa yang sebenarnya yang berlaku ni?” Tanya Tok Ketua. Bukan dia tidak kenal dengan Saiful Naim anak Hamidi. Kawan baiknya. Saiful hanya menundukkan kepalanya. Iman juga begitu. Dia tidak berani memandang mata-mata yang memandang mereka. Lidah mereka seakan kelu untuk berkata-kata. Bagaikan ada sumpahan yang mengenai mereka kala itu.

“Nurul iman!” Tanya tok ketua. Iman memanggung kepalanya memandang ketua kampung yang tegas tapi berwibawa itu. “Apa penjelasan kamu?” Tanya tok ketua lembut. Dia kenal Nurul Iiman. Gadis yang bertanggungjawab. Menjaga tata susila sebagai seorang gadis. Dia ada jugak berkira-kira untuk menjodohkan Nurul Iman kepada anak terunanya yang sedang bekerja di Pejabat Daerah apabila anak dara kalsom ini, menamatkan pengajian kelak. Nampaknya, harapanya hanya tinggal kenangan.

“Buat apa dok tanya lagi tok? Dah sah mereka ni buat maksiat di kampung kita. Tadi saya nampak mereka atas pangkin kat tepi sungai itu tidur berpeluk-peluk lagi.” Iman memanggung kepalanya memandang lelaki yang bersuara itu. Bibirnya digigit, geram. ‘Bila masa plak aku dok peluk-peluk. Fitnah semua ni.’ Iman bersuara tapi hanya mampu bergema dalam hatinya sahaja. Air matanya tidak henti-henti mengalir.

Tok ketua memandang Iman dan Saiful bersilih berganti. Kenapa hati kecilnya menyatakan mereka tidak bersalah. Tok ketua melepaskan keluhan kecil. Dia duduk di atas kerusi yang disediakan di atas beranda. Iman dan Saiful duduk di atas tikar macam orang bersalah menanti hukuman. Padahal mereka tidak bersalah. Iman meraung dalam hati.

“Kalau ikutkan hati aku ni, aku pukul budak berdua ni!” Sambung lelaki itu setelah melihat Tok Ketua hanya mendiamkan diri. Menambahkan lagi rasa benci di hati Tok Ketua.

“Cukupla tu Deraman. Kita tak tahu cerita sebenar lagi.” Tok ketua mula bertolak ansur.

“Nak tahu cerita benar apa lagi. Ni ha…Hamid dan Husin ada. Mereka boleh jadi saksi.” Jarinya segera ditunjukkan kepada 2 orang lelaki yang sedang berdiri di belakang Saiful dan Iman bagaikan pengawal. Dua orang lelaki itu mengangguk-angguk mengiyakan.

Kelihatan dari jauh, seorang perempuan berlari-lari anak menuju ke rumah Tok Ketua. Dia kelihatan termengah-mengah.

“Iman…Saiful!! Ya allah apa yang dah jadi ni!?” Terpa maklongnya apabila melihat Iman yang menangis tak henti-henti. Saiful pula kelihatan lebam dibibirnya. Iman yang sedang menangis terus menerpa maklongnya. Tubuh gempal itu segera dipeluknya. Tangisannya dihampurkan dibahu perempuan tua itu.

“Iman tak salah maklong. Iman tak buat pun semua tu.” Adu Iman. Dia masih lagi dalam pelukan wanita itu. Maklongnya membalas pelukan itu dengan menggosok-gosok belakang Iman.

“Tok Ketua. Mereka tak salah. Nah yang suruh iman pergi cari Saiful.” Terang maklong. Iman sudah melepaskan pelukannya.
“Saya akan bertanggungjawab.” Saiful bersuara setelah lama berdiamkan diri. Iman membulatkan matanya. Maklong kelihatan terkejut. Esakan tangisan Iman sudah tidak kedengaran. Dia jatuh terjelepok di sisi maklongnya.

Tuesday 18 October 2011

BAB 22


“Apsal abang tak gtau Iman, yang abang kenal Iman?” Tanya Iman kasar. Saiful hanya diam. Dia leka memerhatikan aliran air sungai di hadapannya. Dulu, dia selalu mandi sungai di situ. Sejuk bukan kepalang. Sekarang, air sungai itu tetap sama. Pangkin kecil yang mereka buat dahulu pun masih utuh. Di tempat itulah dia dan Iman berada sekarang.

“Abang…Iman tanya ni?” ‘Mengelamun pulak mamat ni. Aku sigung kang…terus terjun sungai tu, padan muka.’

“Abang tak tahu. Sumpah abang tak tahu Iman ni sepupu abang.” Beritahu Saiful jujur. Dia memandang ke arah Iman yang berada disebelahnya.

“Takkanla……..Iman tidak percaya.”

“Terpulang. Iman fikir sendiri la. Abang pun tak tahu kampung Iman kan sebab tu abang tanya time kita nak balik semalam. Lepas tu, abang memang tak cam Iman. Iman dulu dengan Iman sekarang lain. Mana la abang kenal.” Terang Saiful. Iman fikir kembali. ‘Betul jugak ek. Lau dia tau aku ni sepupu dia, takkan la dia nak tanya aku kat mana kampung aku. Hehehe nasib baik tak kena sigung aku. Lau tak naya ja.’

Iman hanya tersengih. “Sorysorry….” Ucapnya.

“Tapi apa yang lainnya. Iman dulu ngan sekarang tak sama ka….” tanya Iman. ‘Apa punya soalan bodoh la kau ni?’ Kutuk iman dalam hati. ‘Ah..lantakla.’

“Dulu, iman macam lelaki. Kitorang mandi sungai, Iman ikut. Lastik burung pun Iman pakai redah ja. Suruh main masak-masak dengan budak pompuan lain, Iman taknak. Nak ikut jugak. Tu ha…parut kat tangan tu mesti ada lagi.” Terang Saiful. Mulutnya mengukir senyuman saat mengimbau zaman kanak-kanak dia bersama teman-teman. Iman hanya tersengih.

“Sekarang?” Tanya Iman tak sabar.

“Sekarang ni Iman dah lain. Dah nampak keperempuan. Dah pakai baju kurung, rambut dah panjang. Dah pandai pakai make-up. Bak kata orang, cirri-ciri perempuan tu ada. Dulu, jangankan nak pakai semua tu, mmm….rambut pun kontot, asyik berseluar pendek saja. Jangankan nak pakai make-up, bedak pun tak pakai.” Ujar Saiful sambil ketawa. Iman sudah memerah mukanya, malu.

“Alah abang ni…time tu kecik lagi la. Takkan nak pakai make-up plak. Tak logic tul la..” Bela Iman. Dia turut ketawa.

“Ibu Iman macam mana?” Tanya Saiful memecahkan tempoh kesepian yang mengulit mereka saat itu. Teringat dia kepada ibu Iman yang merupakan adik kepada mamanya dan ibu saudaranya yang dilanggar semasa hendak pergi menjual nasi lemak. Sayu dia melihat maksunya yang patah kaki dan tangan itu. Nasib baiklah mamanya ada untuk menjaga keperluan ibu saudaranya itu.

“Ibu dah tido masa Iman keluar tadi. Kesian ibu. Patah riuk ibu kena langgar.” Ujar Iman sayu. Teringat dia saat dia melihat ibunya tatkala sampai di rumah maklongnya pagi tadi. Hampir terjatuh dia melihat ibunya yang berbalut sana sini. Sayu hatinya.

“Iman sabar ya. Abang tau Iman tabah.” Kata Saiful sambil matanya tidak lepas memandang wajah Iman. ‘Apa tengok-tengok, nak kena korek biji mata tu ke?’ Omel Iman. Tapi hanya kedengaran didalam hati sahaja. Dia hanya menundukkan mukanya. Sambil kakinya menguis-nguis tanah yang berada di situ.

“Iman!” Panggil Saiful. Iman memanggung kepalanya. Memandang ke arah Ssaiful yang leka memandang ke arahnya.

“Kita kahwin.” Iman telan air liurnya yang terasa tersekat dikerongkong. Mulutnya terlopong. Pipinya mula terasa panas. Dia memandang ke arah lain. Dia dapat rasakan jemari Saiful bermain-main dengan jemarinya. Dia hanya membiarkan. Hatinya tidak mendengar kata-katanya kali ini. Perasaan lama bertandang kembali. Namun, Iman tidak cepat memberi jawapan.

“Kenapa?” Tanyanya perlahan tanpa memandang ke arah Saiful.

“Nak kahwin pun kena bersebab jugak ke?” Tanya Saiful sambil memandang ke arah Iman. Iman hanya mengjungkitkan bahunya.

“Saja. Nak tahu!” Jawabnya ringkas. Iman masih lagi tidak memandang ke arah Saiful. Pandangannya dilepaskan ke arah sungai. Fikirannya hanyut bersama dengan aliran air sungai yang sedikit deras itu.

“Pandang abang!” Pintanya sambil tangannya memagut dagu Iman memaksa Iman untuk memandang ke arahnya.

“Abang ikhlas. Abang sayang Iman. Abang dah tak sanggup menipu perasaan abang lagi. Abang betul-betul cintakan Iman,” terasa ada getar bila Saiful menuturkan ayat keramat itu. Iman bergenangan air mata.

“Hei…jangan menangis. Abang faham kalau ini membuatkan Iman sedih dan terkejut. Abang tak paksa.” Ucapnya perlahan. Iman hanya mengangguk perlahan. Perlahan-lahan tangannya ditarik. Dia berlalu meninggalkan Saiful yang berperang dengan perasannnya sendiri.

Saiful memandang Iman yang berlalu hingga hilang dipandangan matanya. Perasaannya menggesa dia supaya berterus terang tadi.

“Bodoh betulla aku ni. Yang aku tiba-tiba ajak dia kahwin tu apsal. Adoii….!” Tangannya segera menepuk dahinya. Penat memikirkan hal itu, Saiful membaringkan badannya di atas pangkin yang betul-betul terletak di bawah pokok mempelam itu. Fikirannya mula terbayang saat dia mengenali gadis itu sejak dia mengambil keputusan untuk keluar dari rumahnya. Meninggalkan keluarganya. Membawa diri apabila rajuk yang menguasai diri.

“Dik, boleh saya tolong?” Pinta Saiful apabila melihat seorang gadis keseorangan terkial-kial menukar tayar kereta yang pancit di tepi jalan. Pantas gadis itu memanggungkan kepalanya. Kelihatan muka gadis itu memercik peluh. Matanya juga kelihatan merah. ‘Takkan tukar tayar pun nak nangis kot.’ Telah saiful.

“Terima kasih.” ucapnya perlahan sambil memberi laluan kepada Saiful membuat kerjanya. Tadi hampir-hampir dia menangis apabila kudratnya tidak berjaya membuka nat-nat tayar keretanya. Namun, dia rasa kagum apabila dengan sekali pulas sahaja, nat-nat itu telah berjaya dilonggarkan oleh pemuda itu. Iman memanjatkan kesyukuran.

“Tayar ganti ada?” Tanya pemuda itu mematikan lamunan Iman. Dia hanya menggangguk. Terus menuju ke bonet belakang. Pemuda itu mengekori langkah Iman. Sempat juga mata nakalnya memerhati lenggok gadis itu.

Setelah menukar tayar, dia terus memasukkan tayar kereta yang pancit ke dalam bonet kereta Viva SE milik gadis itu.

“Tayar ganti ni kena tukar. Jangan harap sangat.” Nasihat Saiful sambil memandang tepat ke wajah Iman. Entah kenapa hati lelakinya bergetar tatkala memandang wajah berisi milik gadis itu. Hanya anggukan perlahan daripada gadis itu.

“Terima kasih.” Ucapnya lagi.

“Terima kasih ja. Minum-minum takder ker?” Saiful bergurau. Ingin memulakan kemesraan.

“Ah…maaf. Jomla. Kat depan tu ada kedai.” Iman mula gelabah. Menyedari ketelanjurannya, dia jadi malu sendiri.

“Eh, saya gurau ja la.” ujarnya. Dia kelihatan mencari sesuatu. Iman yang menyedari tingkah laku pemuda itu seraya bertanya.

“Awak cari apa?”

“Sapu tangan.” Jawabnya. Tertinggal dalam kereta kot. Ujarnya sambil ingin berlalu ke keretanya.

“Nah..guna saya punya.” Sua Iman.

“Ish tak payahla…kotor nanti.” Tolak Ssaiful lembut.

“Takper…sebab saya jugak kan.” Kata Iman lagi sambil memandang tepat ke arah Saiful. Saiful hanya tersenyum sambil memandang ke arah Iman. Perlahan tangannya mengambil sapu tangan berwarna pink itu.

“Kita jumpa kat depan tu yer.” Ucap iman sambil berlalu ke keretanya. Saiful hanya mengangguk. Tidak mahu membantah. Hatinya mendesak ingin mengetahui tentang gadis itu.

“So Iman, kerja atau masih belajar.” Tanya Saiful hanya berbasa basi. Dia tahu. Dari segi penampilan gadis itu, dia yakin, Iman masih belajar.

“Belajar. Kat UUM.” Jawab gadis itu ringkas.

Kos apa?” Tanya saiful lagi. ‘Aishh…tak abis lagi ke nak interview aku nih.’ Omel Iman.

“Development Management. Sem 4, tahun 2.” Penuh jawapan Iiman. Saiful hanya tersenyum. Dia faham jawapan gadis itu yang tidak mahukan pertanyaan selanjutnya.

Iman mula gelisah. Tangannya mula mengerling jam tangannya. ‘Hampir pukul 11 malam. Esok ada kuliah lagi. Mamat ni taknak balik ker? Aku dah mengantuk tahap babun dah ni.’ Serentak dengan itu, Iman menguap panjang. Cepat-cepat tangannya menutup mulutnya.

“Dah mengantuk ke? Ok la…balikla.” Saiful tersenyum. Bukan dia tidak mengerti tapi dia sengaja ingin menatap lama wajah gadis itu. Iman mengangkat tangan untuk menggamit pelayan.

“Takpe. Saya dah bayar.” Akui Saiful. Iman tersentak

Kan dah janji tadi saya nak bayar.” Portes Iman.

“Nanti-nantilah.” ‘Aik takkan nak adakan pertemuan kali kedua kot.’

“Ni kad saya. Nanti jangan lupa call saya k.” ujar Saiful sambil berlalu dengan senyuman di bibirnya. Iman yang tidak mengerti hanya mengangguk walaupun dia tahu tidak akan ada pertemuan kedua kali.

“Terima kasih sekali lagi. Saya minta diri. Assalamualaikum.”

“Waalaikumsalam.” Saiful menjawab perlahan. Matanya terus mengekori langkah gadis itu sehingga hilang ke dalam kereta.

“Hai Nurul Iman. Tak tidur la aku malam ni.” Hatinya berlagu girang. ‘Alamak, nombor phone dia aku tak ambik. Macam mana nak contek. Salahabai betul la aku ni. Benda yang penting tu pun boleh lupa.’ Ujar saiful sambil meluku kepalanya sendiri. Dia akhirnya terbaring di atas tilam bujangnya. Hanya sebentar. Dia terus bergegas bangun.

“Lau ada jodoh, jumpa la nanti.” Katanya, positif. Tangannya terus mencapai tuala yang berada di ampaian dan menuju ke bilik air.

Thursday 22 September 2011

BAB 21


“Iskandar. Jangan tinggalkan iman. Is….Is.”

Saiful hairan. Iman meracau. Semasa dia berhenti di hentian rehat dan rawat tadi, dia melihat iman masih tidur nyenyak. Sekarang dia meracau dalam diam.

‘Iskandar. Sapa Iskandar?’ Saiful mula cemburu. Namun cepat-cepat dia menghambat perasaan tersebut. Bukan haknya untuk cemburu tak tentu pasal. Lagipun, Iman bukan haknya yang mutlak.

“Iman…Iman…..” Kejut Saiful perlahan-lahan.

Iman tersentak. Ada air mata yang mengalir dipipinya. Dikesat rakus. Dia memandang Saiful yang kehairanan. Seketika dia panic. Namun, dia cepat sedar, Saiful yang memandangnya kehairanan.

“Maaf.” Ujar Iman perlahan.

“Iman okey.?” Tanyanya perlahan. Jemarinya segera memaut jemari Iman. Dia masih memandang raut wajah gadis itu yang agak pucat. Gadis itu hanya mengangguk tanpa memandang ke arahnya.

“Kita kat mana ni?” Tanya Iman. Dia hanya membiarkan jemarinya di dalam genggaman Saiful. Satu perasaan yang sukar dimengertikan hadir tika itu.

“Kat R&R Ayer Keroh. Dah dekat dah. Abang berhenti beli kopi. Mengantuk.” Jawabnya jujur.

“Iman nak gi toilet jap. Nak basuh muka.” Beritahu Iman perlahan. Saiful hanya memandang Iman yang berjalan perlahan sehingga hilang dipandangannya.

Dia menyandar kepalanya ke kerusi. Matanya cuba lelap sebentar namun perasaan mengantuk yang menguasainya tadi terbang entah kemana. Fikirannya mula diselubungi persoalan.

‘Siapa iskandar? Apa kaitan Iman dengan lelaki yang bernama Iskandar?’ Fikirannya mula bercelaru. Jarinya mengetuk-ngetuk stereng kereta. Dia mengerling sekilas jam dashboard. 3 pagi.

Dalam dia melayan fikirannya, dia terdengar cermin keretanya diketuk. Iman kelihatan di sebelah luar. Saiful segera keluar.

“Kenapa? Iman ada masalah ker?” Tanya Saiful kalut. Kelihatan mata itu sembab. Saiful merenung tajam. Iman segera menggeleng kepalanya.

“Biar Iman drive plak. Abang dah drive lama. Lagipun rumah tak jauh mana dah. Iman dah biasa jalan ni.” Beritahu Iman. Ditangannya terdapat sebungkus buah limau mandarin.

“Kampong Iman kat mana?” Tanya Saiful. Dia nampak bersahaja menyandar ke keretanya. Tangannya disilang ke dadanya. Matanya tepat memandang ke arah Iman yang berdiri berhadapan dengannya.

“Kampung Bukit China.” Beritahu Iman. Dia tidak berani bertentang mata dengan Saiful. Ada getaran di dadanya. Saiful tersentak. ‘Takkan satu kampong dengan aku kot.’

“Dah. Jangan nak ngengada. Jom.” Arah saiful. Dia terus masuk ke dalam kereta. Iman yang melihat termangu kehairanan.

“Taknak balik ker? Nanti abang tinggal.” Gesanya. Iman yang berada diluar terus sahaja meloloskan diri ke dalam kereta. Setelah kereta berada di atas lebuh raya, kesepian mula terasa. Hanya radio sahaja yang berceloteh. Tiba-tiba lagu Sampai Syurga nyanyian Faizal Tahir berkumandang. Iman memang amat menyukai lagu ini. Seni katanya membuatkan hatinya cair.

“Apsal diam?” Saiful mula memecahkan keheningan malam. Matanya dikerling sekilas. Jalan raya yang lengang membuatkan dia memandu dengan relax sekali.

“Tak tahu nak cakap apa-apa?” jujur Iman.

“Sikit saja buah beli. Nanti kat rumah tak cukup plak.” Tanyanya sambil mulutnya menjuihkan mulut ke arah plastik buah yang berasa di atas riba Iman.

“Untuk dimakan. Mak Iman tak suka buah limau. Adik-adik Iman takder. Semua duduk asrama. Iman yang nak makan. Ingat tadi nak drive. Bolehla mengunyah untuk menghilangkan mengantuk.” Beritahunya sambil memandang ke arah Saiful. “Abang nak?” Tanyanya lagi. Perlahan Saiful mengangguk.

“Kalau ada yang tolong suapkan apa salahnya hehhe…” ‘Ah sudah. Gatal jugak aku ni yer.’ Iman berubah wajah.

“Maksud abang…abang kan tengah drive..mana nak kopek kulitnya lagi…nak makan lagi.” Saiful segera memberitahu. Iman tersenyum.

‘Ingatkan apa tadi. Kacau betulla abang Epol ni. Ingat nak menggatal tadi. Lau tak sah-sah aku luku kepala tu. Biaq bengong.’ Hati jahat Iman berkata-kata. Tangannya segera mengopek kulit limau mandarin. Tangannya terus sahaja menyuapkan ulas limau ke mulut Saiful. Saiful gugup. Namun dibuka jugak mulutnya. Dia dapat melihat Iman yang malu-malu. Dia tahu Iman juga gementar sepertinya.

“Abang sampai simpang depan tu, abang belok kanan.” Arah Iman tiba-tiba menerbangkan angan-angan yang singgah sebentar di layar fikirannya. Lampu isyarat segera diberi. Iman kelihatan terjengah-jengah.

“Ai, takkan kampong sendiri dah lupa kot.” Peril Saiful. Dia rasa lucu melihat Iman terjengah-jengah setiap kali keretanya melalui simpang.

“Bukan lupa la…tak ingat. Lama tak balik. Dulu, lampu jalan tak ada…sekarang ni dah ada. Mana sama?” Ujar iman membela dirinya.

‘Hai….lama betul budak ni tak balik. Biar betul. Patutla aku tak pernah Nampak dia.’

“Eh, stop-stop-stop.” Tiba-tiba Iman menjerit. Saiful segera menekan brek. Nasib baiklah tiada kereta dibelakang.

“Iman…….” Saiful memandang ke arah Iman. Marah ler tuh.

“Bukan ke simpang ni ada surau.” Tanya Iman kepada Saiful. ‘Eh! dia bukan orang sini..mana la dia tau. Aduhhh……….dah sah lama sangat aku tak balik kampong. Buat malu ja.’

“Mana ada…surau kat simpang depan tu la. Ni simpang kubur.” Jawab Saiful geram. Iman terkejut.

‘Eh, takkan abang Epol tau kot.’ Iman menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Saiful perasan dia memecahkan rahsia dirinya.

“Abang orang sini ke?” Tanya Iman setelah kereta bergerak semula. Anggukan dari Saiful membuatkan mulut Iman terlopong.

“Apsal lama tak balik kampong?” Tanya Saiful. Iman hanya diam. ‘Tentu dia terkejut.’ Fikir Saiful.

“Masuk simpang depan tu. Rumah papan tu rumah Iman.” Beritahu Iman perlahan. Saiful segera membelok. Kelihatan rumah papan yang dimaksudkan Iman sunyi. Hanya lampu diluar rumah itu sahaja yang bernyala. Iman keluar setelah Saiful meletakkan kenderaan di laman rumah.

“Assalamualaikum….ibu…….ibu………?” salam tiada sahutan. Iman mengerling jam ditangannya. Hampir pukul 5 pagi. Dia mengetuk perlahan pintu rumahnya. Dia mula ingin menangis. Saiful yang berada dibawah mengerutkan dahinya apabila melihat Iman sudah tersedu-sedan.

“Ibu..abang…! Iman takut.” Air matanya sudah memenuhi tubir matanya dan perlahan-lahan menuruni pipinya yang sedikit montel itu. Saiful terdiam. Dia menelan liur. Iman merangkulnya. Mukanya disembamkan ke dada bidang Saiful. Tiba-tiba telingannya menangkap tapak kaki menuju ke rumahnya. Dia berpaling ke arah jalan. Kelihatan satu lembaga hitam sedang menuju ke arahnya.

“Iman.” Panggil lembaga itu. Iman yang masih dalam rangkulan Saiful segera mendongak. Dia amat kenal suara itu.

“Maklong. Mana ibu?” Tanya Iman setelah mengenali lembaga itu adalah ibu saudaranya. Dia dengan segera menerpa ke arah perempuan yang separuh umur itu. Tangan wanita itu diraih dan dicium.

“Jangan risau. Ibu Iman selamat. Dia ada kat rumah maklong.” Ujar wanita itu. Iman menarik nafas lega. Saiful yang mmerhatikan mereka terkejut.

“Mama!” Panggilnya. Maklong berpaling.

“Ya Allah, Saiful. Anak mama?” Terpa maklong ke arah saiful. Iman kaget. 

“Mama? Sapa mama sapa ni??” Dia hanya memandang Saiful yang berada dalam dakapan maklongnya.

“Mana kau menghilang ful? Puas mama cari. Apsal la rajuk kau tu panjang sangat.” Ucapnya perlahan sambil berlinangan air mata. Iman yang pada mulanya memerhati datang menghampiri. Saiful hanya diam.

“Maklong.” Panggil Iman. Maklong segera memandang Iman. Maklong memerhati Iman dan Saiful silih berganti.

“Korang balik sekali ker?” Tanya maklong bertalu-talu. Iman hanya mengangguk. Dia memandang Saiful yang berpaling ke arah lain untuk mengesat air matanya. Huh…dasar lelaki!

“Tapi kami taktahu pun yang kami sepupu. Beritahu Iman jujur. ‘Mangkuk punya jantan. Mesti kau tahu ni!!’ Marah Iman dalam hati.

“Emm dah la. Nanti maklong cerita. Jom kita g tengok ibu Iman. Rindu dia pada Iman. Mesti dia seronok.” Iman segera memandang maklongnya. Dia mengangguk-angguk. Maklongnya segera mengheret tangan Iman ke rumahnya. Saiful hanya berjalan perlahan di belakang mereka. Fikirannya berserabut.

‘Takkan aku tak perasan Iman tu sepupu aku. Tapi, sumpah, aku tak kenal dia. Patutla aku rasakan dia amat rapat dengan aku. Macam dah lama kenal. Namun, dia tidak perasan yang mana satu Iman memandangkan dia ramai kawan. Tetapi kawannya semua lelaki kecuali sorang kanak-kanak perempuan yang berperangai seakan-akan lelaki. Takkan Iman budak perempuan tu kot.’ Saiful bertambah pening.

Wednesday 21 September 2011

BAB 20


‘Alor gajah. Ermm tak jauh mana la nak balik rumah. Elok sangatla tu. Mintak2 mama tak terkejut kalau aku balik. Iman…iman…rupanya kita satu daerah yer. Apsal sebelum ni kita tak pernah bertemu. Lau kita bertemu, sumpah aku takkan buat kau menangis.’ Matanya dikerling ke arah Iman yang terlelap. Ada anak rambut jatuh menutupi mukanya. Kebetulan dia berada di lamput isyarat. Hanya keretanya yang berada disitu. Perlahan rambut yang menutupi muka iman, diselak ke tepi. Keayuan wajahnya terserlah di dalam kemalapan cahaya yang sememangnya suram itu. Dia dengan perlahan menggerakkan kereta setelah lampu isyarat bertukar kepada hijau. Hatinya memberontak untuk menatap wajah polos milik gadis itu, namun keperihatinannya menyangkal segalanya. Tenang sahaja dia menyusuri jalan menuju ke lebuhraya yang hanya beberapa meter dihadapannya.

“Iman, saya minta maaf.” Ucapan dari Iskandar membuatkan iman memandang ke arahnya tajam.

“Apa maksud awak?” Tanya Iman. Nadanya sudah bertukar sayu. Ada sendu di dalam nadanya.

“Kita tidak boleh teruskan hubungan kita…..” Kata-kata dari mulut Iskandar bagaikan belati yang menghiris hatinya kala itu.

“Apa salah Iman? Iman ada buat salah apa-apa ke? Tolong la jangan buat Iman macam ni. Lau Iman ada buat salah, Iman minta maaf.” Rayu Iman. Tangisannya sudah mula kedengaran. Tangannya pantas meraih tangan Iskandar. Iskandar segera menarik tangannya. Iman terasa. Hatinya turut menangis.

“Iman tak salah apa-apa. Saya yang bersalah. Maafkan saya. Jangan cari saya lagi.” Ujar Iskandar berlalu pergi. Hatinya pedih melihat orang yang amat disayangi menangis. Luluh hatinya melihat ada air mata yang mengalir di pipi gadis itu. Dia berlalu kerana tidak tahan mendengar esakan tangisan Iman. Ingin sahaja dipeluk tubuh gadis itu. Memujuk kekasih hatinya agar jangan menangis.

“Maafkan Is sayang, Is terpaksa.” Ucapnya perlahan setelah badannya dihenyak ke dalam kereta. Ada air mata mengalir di matanya. Dari kejauhan dia dapat melihat tubuh Iman terhinggut-hinggut menangis.

“Ya Allah. Kau ampunkanlah aku kerana membuatkan orang yang paling aku sayang menangis. Kau ampunkanlah aku kerna aku membuatkannya kecewa. Sesungguhnya aku tidak mahu dia menderita bersama takdir aku Ya Allah.” Rintih Iiskandar perlahan. Dia dengan segera berlalu dari situ. Tidak ingin melihat dara pujaannya menangis kekecewaannya. Tiket kapal terbang ditatapnya perlahan. Dia sudah nekad.