Tuesday 14 June 2011

BAB 11

Dummm!

Iman kaget. Esyani dan Fenn kaku di tempat duduk masing – masing. Muka mereka pucat dengan fikiran mereka membayangkan perkara yang telah berlaku. Dengan perasaan takut dan gementar, Iman turun dari kereta yang dipandunya dan menuju ke arah belakang diikuti oleh Esyani dan Fenn.

Iman tidak berkata apa – apa tatkala melihat belakang keretanya yang sedikit remuk. Bamper yang baru dua bulan lalu dipasang, patah dan tersadai. Lampu sebelah kanan pula pecah dan tertanggal. Iman jadi geram. Perasaan takut dan gemuruh yang menguasai dirinya sebentar tadi melayang entah ke mana.

Tanpa diduga dia menghampiri kereta Honda Sivic yang berwarna putih susu itu. Tanpa berkata apa – apa dia menyepak pintu kereta tersebut sambil menyuruh pemandu itu keluar. Tak padan dengan pakai baju kurung.


“Kau buta ke? Begini punya besar kereta kau boleh tak nampak.” Iman mula hilang kawalan. Ketenangan yang menghiasi wajahnya selama ini punah sama sekali. Esyani dan Fenn tidak berani berkata apa – apa. Pertama kali Iman berkeadaan marah yang amat sangat. Mereka hanya memerhati dalam diam.

“Saya minta maaf. Saya tak sengaja.” Ucap lelaki itu perlahan. Dia akui itu memang salahnya.

“Kau ni pandai bawak kereta ke tak. Pakai main langgar jer. Ingat kereta ni kau yang bayar....agaknya lesan yang kau ada tu lesen terbang tak!! ”Herdik Iman lagi.

Lelaki itu rasa tercabar. Belum pernah lagi perempuan berani mengherdiknya sebegini. Ditambah lagi dengan adanya dua orang perempuan yang memerhati. Fenn dan Esyani. Jalan itu sunyi. Tiada kenderaan yang lalu pada masa itu. Pemuda itu jadi malu. Mukanya merah menahan marah.

“Hey, saudari. Saya kan dah minta maaf. Tak boleh ker awak cakap elok – elok sikit.” Lelaki itu bersuara sedikit keras.

“Nak suruh saya cakap elok – elok... pemandu yang macam awak ni tak payah cakap elok – elok.  Mentang – mentang pakai kereta mahal, kereta import, dah tak nampak undang – undang, pakai main redah jer. Hey kalau nak tunjuk lagak, nak berlumba ker, pegi jahanam laa...jangan pula nak heret orang lain sekali plak.” Lelaki itu tersentak. Mukanya menahan amarah.

“Awak jangan melampau.” Lelaki itu ternyata tidak sabar dengan kata – kata Iman.

“Sapa yang melampau. Awak ke saya....hah.....hah....,” Herdik Iman sambil menolak lelaki itu beberapa kali. Lelaki itu terdorong ke belakang.

“Awak....!!” Lelaki itu meninggikan suaranya sambil mengangkat tangan ingin menampar Iman.

“No!”

Fina menjerit lantang. Nasib baik dia sempat menghalang. Kalau tidak, hari ini dalam sejarah la. Masuk dalam surat khabar `Mahasiswa UUM jadi karnibal’. Mana taknya, dia tengok Iman macam nak makan orang ja. Gerutu Fenn dalam hati. Dia hampir sahaja tersenyum dengan gambaran yang berlaku secara spontan dalam fikirannya. Nasib baik dapat cover line.

Pemuda itu berhenti dari bertindak lebih jauh. Dia mengucap panjang. Nasib baik dia tidak melakukan perkara yang tak sepatutnya dia lakukan. Iman mula sedar. Dia merenung pemuda itu. Dalam.

“Jom pegi!” Ajak Iman tanpa memandang ke arah Fenn dan Esyani. Mereka hanya menurut tanpa bicara.

No comments:

Post a Comment