Tuesday 1 November 2011

BAB 26


Iman hanya diam sepanjang perjalanan. Mereka sedang menuju ke utara tanah air. Dia masih ingat lagi pesan ibu dan mama.

“Nurul Iman! Iman bukan macam dulu lagi, Iman dah bersuami. Jalankan tanggungjawab Iman. Ibu nak Iman bahagia. Buangkan yang keruh, ambil yang jernih.” Ibunya menasihatinya tatkala dia pergi berjumpa dengan ibunya. Air mata yang keluar diseka rakus. Dia cuba untuk senyum biarpun senyum yang diukirkannya adalah senyum plastik.

“Ibu jangan lupa makan ubat tau. Nanti lau Iiman ada masa, Iman balik tengok mak. Pasal adik-adik ibu jangan risau, iman akan uruskan. Ibu tak payah kerja-kerja lagi. Nanti Iman kirim wang kat ibu.” Iman bersuara perlahan. Dia meletakkan kepala di bahu ibunya yang bersandar di kepala katil.

“Tapi Iman kan masih belajar. Mana Iman nak cari duit.” Bantah ibu.

Ala…ibu jangan risau la. Iman sekarang ni ada buat kerja part time la ibu. Ibu jangan risau okey. Yang penting ibu sihat.” Ucap Iman. Kepalanya diangkat dan muka ibunya di renung lembut.

“Iman sayang ibu, sayang sangat-sangat.” ujar Iman sambil tangan ibunya dikucup lembut. Pipi ibu tua yang berkedut seribu itu, dicium tanda kasih.

“Iman pergi dulu yer ibu. Nanti tertunggu pulak abang kat luar tu.” Beritahu Iman. Dia sememangnya tidak mahu ibunya mengetahui yang sememangnya dia derita dengan apa yang berlaku. Mukanya bukan boleh diharap. Lau ditenung lama-lama…mula pecah rahsia tuannya itu. Kutuk Iman dalam hati.

“Apsal diam?” Tanya saiful tiba-tiba. Iman tersentak. Dia terus memandang Saiful menanti lelaki yang tidak terlintas untuk menjadi suaminya itu. Sesungguhnya dia tidak mendengar apa yang Saiful katakan kepadanya tadi.

“Abang tanya, apsal sayang diam saja.” Ulang Saiful. Iman menggigit bibirnya. Hatinya bagai disiat-siat apabila mendengar perkataan abang-sayang itu. Sungguh, dia merasa meluat apabila mendengar perkataan itu.

“Saja.” Ringkas sahaja jawapan yang diberi.

“Sayang marah!” Gesa Saiful. Signal diberikan. Dia membelok ke perhentian rehat dan rawat. Mungkin untuk melepaskan lelah. Iman hanya mendiamkan diri. Pandangannya dilempar ke hadapan.

“Sayang tunggu sekejap yer.” Ujar Saiful sambil keluar di perhentian itu. Iman hanya membatu.

Iman melepaskan keluhan. Fikirannya kosong. Hatinya kecewa. Kepalanya terasa pening tiba-tiba. Perlahan dahinya dipicit perlahan. Matanya meliar melihat sekeliling. Seketika matanya terpaku kepada seseorang.

“Iskandar.” Iman berbisik perlahan.

Dia dengan segera keluar dari kereta. Matanya tidak lepas memandang ke arah pemuda yang berada tidak jauh darinya. Matanya, gayanya tidak ubah seperti lelaki yang pernah hadir dalam hidupnya satu masa dahulu. Kedengaran ketawa lelaki itu sampai di pendengarannya. Gelak ketawa juga sama. Perlahan langkahnya diatur ke arah meja yang menempatkan beberapa orang pemuda lain. Kini, dia betul-betul berdiri dihadapann pemuda tersebut. Gelak ketawa yang menghiasi wajah pemuda itu tiba-tiba mati apabila memandang seorang gadis berdiri dihadapannya. Dia bangun tiba-tiba.

“Iman!” Ucapnya perlahan. Matanya tidak lepas memandang wajah wanita itu. Dia kelihatan pucat.

Iman yang terkejut apabila merasakan ada sentuhan ditangannya. Dia memandang ke sebelah. Saiful memandangnya dengan pandangan yang hairan. Dia semakin hairan apabila ada air mata yang menghiasi pipi Iman. Saiful sekali lagi memandang pemuda dihadapannya. Seingatnya dia tidak pernah mengenali pemuda itu.

“Kenapa ni?” Tanya Saiful kepada Iman yang masih lagi diam. Mukanya pucat, air mata yang mengalir keluar juga bagaikan empangan yang pecah. Tanpa dapat ditahan-tahan Iman menyembamkan mukanya ke dada bidang Saiful. Hanya esakan kedengaran. Sesungguhnya perasaan malu sudah hilang apabila perasaan menguasai diri.

“Shhh…..! shhhh…! Its ok…! I’m here, honey.” Ucap Saiful perlahan. Tangannya tidak lepas membelai rambut Iman yang panjang.

“Maaf yer saudara. Isteri saya tak sihat.” Ucap Saiful sambil berlalu dengan Iman yang masih lagi dalam pelukannya.

“Kau kenal ke pompuan tu?” Tanya Azman. Dia sendiri dapat melihat wajah pucat Iskandar tadi. Dia juga dapat mendengar Iskandar menyebut nama perempuan itu. Iskandar diam. Fikirannya kosong.

“Apsal kau ni? Diam ja. Takkan sebab pompuan gila tu tadi kau macam dah kena sampuk!” Mulut celupar Hisyam bersuara. Mamat ni memang tak pernah nak control percakapannya. Iskandar seraya bangun mencekak baju Hisyam. Dia tidak sanggup mendengar orang lain mencemuh dan menghina Iman. Cukup pantang baginya. Suasana kecoh. Orang ramai yang berada disitu, menjenguk-jenguk untuk mengetahui apa yang telah berlaku. Azman dan Faizal cuba menenangkan keadaan. Mereka tidak menyangka sama sekali Iskandar akan bertindak sebegitu.

       “Kau jangan nak cuba-cuba hina perempuan itu. Lagi sekali kau cakap macam tu, siap kau.” Ugut Iskandar. Cekakan di lehar Hisyam dilepaskan. Dia terus mencapai helmet dan jaketnya. Hatinya tiba-tiba panas. Dia mahu pergi untuk menenangkan fikiran. Setelah jaket disarungkan dibadannya, helmet terus dipakai, dia terus mendapatkan motor berkausa besar, Kawasaki ninja 250cc membelah angin lalu dengan membawa hati yang lara.

       “Tula..mulut tu celopar sangat. Padan muka kau.” Kutuk Faizal. Dia hanya memerhatikan Hisyam yang pucat. Sungguh dia tidak menyangka, Iskandar akan bertindak sedemikian. Selama mereka kenal, jangankan bergaduh, suara pun tidak pernah dia dengar Iskandar meninggikan suara. Hanya senyuman sahaja yang menghiasi bibirnya. Hisyam mula berasa bersalah. Dia tidak sepatutnya berkata begitu. Kadang-kadang dia tidak sedar mulutnya berkata sedemikian.

       “Jomlah. Takkan kita nak biar Is sorang-sorang macam tu plak.” Gesa Hisyam. Dia sudah bangun menuju ke arah motor Cagiva Raptor 1000cc-nya.

       Faizal dan Azman menarik nafas lega. Syukur Hisyam tidak berdendam dengan Iskandar. Mereka terus menuju ke arah motor masing-masing. Faizal menaiki motor Aprilia 250cc, manakala Azman setia dengan Harley Davidsonnya. Deruman motor besar meninggalkan perhentian rehat itu dengan meninggalkan debu dan puing-puing berterbangan. 

No comments:

Post a Comment