Tuesday 1 November 2011

BAB 23


“Iman. Ooo Iman!” Kedengaran suara memanggil di hadapan rumah papan itu. Iman yang sedang membersihkan rumah, tergesa-gesa ke hadapan rumah. Suasana yang suram itu membuatkan penglihatannya terbatas. Kedengaran alunan ayat suci Al-Quran di masjid yang terletak tidak jauh dari rumahnya.

Setelah mengamati gerangan yang memanggilnya dia dengan segera turun ke laman.
“Kenapa maklong?” Tanya Iiman yang sudah berada dihadapan maklongnya.

‘Janganla jadi apa-apa kepada ibunya.’ Doanya dalam hati.

“Iman nampak Epol” Tanya maklong. Riak mukanya Nampak risau.

“Eh tak balik lagi ke? Tadi kami pergi tepi sungai. Lepas tu Iman balik. Abang Epol kat sana lagi.” Beritahu Iiman. Dia dapat rasakan pipinya panas apabila teringatkan lamaran Saiful tadi.

“Entahla Iiman. Sampai sekarang tak balik lagi. Naik risau maklong ni.” Maklong sudah melabohkan punggungnya di kaki tangga. Iman juga kelihatan risau.

“Takperla. Maklong balik dulu. Iman gi cari abang Epol. Tak ke mama pun abang tu. Maklong jangan risau ek.” Ujar Iman. Pintu rumah dikunci rapat. Maklong hanya mengangguk faham.

Dengan berbekalkan lampu picit yang malap macam nak habis bateri, Iman mempercepatkan langkah menuju destinasi. Kadang-kadang dia berlari anak-anak.

‘Eh, apsal aku risau sangat ni.’ Kutuk Iman dalam hati. ‘Ala, sepupu hilang mestila risau.’ Bela hati Iman lagi. Senyum nipis segera menghiasi bibirnya.

Iman menyuluh-nyuluh kawasan sekitar. Jalan untuk menuju ke tempat yang menjadi kegemaran mereka agak sukar dengan semak samun. Sesekali cuping telinga Iiman menangkap bunyi nyamuk yang bermain di telinganya. Segera tangnnya mengibas-ngibas menghalau nyamuk supaya menjauinya. Namun, usaha Iman hampa. Nyamuk kembali menghurunginya.

“Alahai, takkan nak derma darah kat sini plak. Abang epol ni pun satu, dah tau senja taknak balik ker?” Bebel Iman perlahan. Dia merasa lega apabila sampai tempat yang dituju. Dia menyuluh-nyuluh ke atas pangkin yang mereka duduk patang tadi. Kelihatan sekujur tubuh sedang mengkerekot kesejukan. Iman menarik nafas lega apabila mendapati tubuh itu milik Saiful.

“Abang…? Abang Epol…bangun. Dah dekat nak magrib dah ni.” Gerak Iman. Tubuh Ssaiful segera digoyang-goyang. Matanya meliar memandang keliling. Hatinya tiba-tiba tidak sedap. Suasana yang cerah tadi hampir saja gelap dek kerana keadaan keliling yang dilitupi pokok yang terdapat disekeliling.

Iman jadi geram. Saiful sedikit pun tidak bergerak.

“Abang bangun la. abang…….” Iman segera menyuluh muka Saiful. Bukan nak kurang ajar. Tetapi seram. Dia kalau boleh nak cepat-cepat keluar dari situ. Saiful kelihatan terpisat-pisat sambil menenyeh matanya.

“Iman!!” Saiful bersuara. “Kat mana ni?” Tanyanya lagi. ‘Abang Epol ni memang nak kena luku dengan aku ni’.

“Hoi…korang buat apa hah!!” Tiba-tiba sergah satu suara. Iman terperanjat. Begitu juga dengan saiful. Serta merta lampu picit yang berada ditangannya terjatuh, tergolek ke hadapan lelaki yang menyergah mereka.

“Ini yer kerja korang. Buat maksiat.” Tuduh lelaki itu tanpa meminta penjelasan. Iman terasa mahu menangis. Saiful kelihatan terpinga-pinga.

‘Bila masa plak aku buat maksiat.’ Saiful yang masih mamai kelihatan bingung. Lagi bingung apabila melihat Iman sudah terhenjut-henjut menahan tangis. ‘Apa semua ni? Aku kat mana ni?’

“Apa hal ni bang? Sapa yang buat maksiat?” Tanya saiful. Dia kelihatan turun dari pangkin.

Buk! Saiful sudah tersungkur ke belakang. Iman terjerit ketakutan. Dia dengan segera mendapatkan Saiful.

“Kau jangan nak buat lagak kat sini! Bawak mereka ke rumah Tok Ketua.” Iman bagaikan ingin pengsan. ‘Tangkap basah!’ Tidak pernah terlintas difikirannya itu. Digagahi juga melangkah mengekori lelaki yang menyergah mereka. Dia sudah tidak terkata apa-apa.

“Ya Allah! Apa yang sebenarnya yang berlaku ni?” Tanya Tok Ketua. Bukan dia tidak kenal dengan Saiful Naim anak Hamidi. Kawan baiknya. Saiful hanya menundukkan kepalanya. Iman juga begitu. Dia tidak berani memandang mata-mata yang memandang mereka. Lidah mereka seakan kelu untuk berkata-kata. Bagaikan ada sumpahan yang mengenai mereka kala itu.

“Nurul iman!” Tanya tok ketua. Iman memanggung kepalanya memandang ketua kampung yang tegas tapi berwibawa itu. “Apa penjelasan kamu?” Tanya tok ketua lembut. Dia kenal Nurul Iiman. Gadis yang bertanggungjawab. Menjaga tata susila sebagai seorang gadis. Dia ada jugak berkira-kira untuk menjodohkan Nurul Iman kepada anak terunanya yang sedang bekerja di Pejabat Daerah apabila anak dara kalsom ini, menamatkan pengajian kelak. Nampaknya, harapanya hanya tinggal kenangan.

“Buat apa dok tanya lagi tok? Dah sah mereka ni buat maksiat di kampung kita. Tadi saya nampak mereka atas pangkin kat tepi sungai itu tidur berpeluk-peluk lagi.” Iman memanggung kepalanya memandang lelaki yang bersuara itu. Bibirnya digigit, geram. ‘Bila masa plak aku dok peluk-peluk. Fitnah semua ni.’ Iman bersuara tapi hanya mampu bergema dalam hatinya sahaja. Air matanya tidak henti-henti mengalir.

Tok ketua memandang Iman dan Saiful bersilih berganti. Kenapa hati kecilnya menyatakan mereka tidak bersalah. Tok ketua melepaskan keluhan kecil. Dia duduk di atas kerusi yang disediakan di atas beranda. Iman dan Saiful duduk di atas tikar macam orang bersalah menanti hukuman. Padahal mereka tidak bersalah. Iman meraung dalam hati.

“Kalau ikutkan hati aku ni, aku pukul budak berdua ni!” Sambung lelaki itu setelah melihat Tok Ketua hanya mendiamkan diri. Menambahkan lagi rasa benci di hati Tok Ketua.

“Cukupla tu Deraman. Kita tak tahu cerita sebenar lagi.” Tok ketua mula bertolak ansur.

“Nak tahu cerita benar apa lagi. Ni ha…Hamid dan Husin ada. Mereka boleh jadi saksi.” Jarinya segera ditunjukkan kepada 2 orang lelaki yang sedang berdiri di belakang Saiful dan Iman bagaikan pengawal. Dua orang lelaki itu mengangguk-angguk mengiyakan.

Kelihatan dari jauh, seorang perempuan berlari-lari anak menuju ke rumah Tok Ketua. Dia kelihatan termengah-mengah.

“Iman…Saiful!! Ya allah apa yang dah jadi ni!?” Terpa maklongnya apabila melihat Iman yang menangis tak henti-henti. Saiful pula kelihatan lebam dibibirnya. Iman yang sedang menangis terus menerpa maklongnya. Tubuh gempal itu segera dipeluknya. Tangisannya dihampurkan dibahu perempuan tua itu.

“Iman tak salah maklong. Iman tak buat pun semua tu.” Adu Iman. Dia masih lagi dalam pelukan wanita itu. Maklongnya membalas pelukan itu dengan menggosok-gosok belakang Iman.

“Tok Ketua. Mereka tak salah. Nah yang suruh iman pergi cari Saiful.” Terang maklong. Iman sudah melepaskan pelukannya.
“Saya akan bertanggungjawab.” Saiful bersuara setelah lama berdiamkan diri. Iman membulatkan matanya. Maklong kelihatan terkejut. Esakan tangisan Iman sudah tidak kedengaran. Dia jatuh terjelepok di sisi maklongnya.

No comments:

Post a Comment