Thursday 22 September 2011

BAB 21


“Iskandar. Jangan tinggalkan iman. Is….Is.”

Saiful hairan. Iman meracau. Semasa dia berhenti di hentian rehat dan rawat tadi, dia melihat iman masih tidur nyenyak. Sekarang dia meracau dalam diam.

‘Iskandar. Sapa Iskandar?’ Saiful mula cemburu. Namun cepat-cepat dia menghambat perasaan tersebut. Bukan haknya untuk cemburu tak tentu pasal. Lagipun, Iman bukan haknya yang mutlak.

“Iman…Iman…..” Kejut Saiful perlahan-lahan.

Iman tersentak. Ada air mata yang mengalir dipipinya. Dikesat rakus. Dia memandang Saiful yang kehairanan. Seketika dia panic. Namun, dia cepat sedar, Saiful yang memandangnya kehairanan.

“Maaf.” Ujar Iman perlahan.

“Iman okey.?” Tanyanya perlahan. Jemarinya segera memaut jemari Iman. Dia masih memandang raut wajah gadis itu yang agak pucat. Gadis itu hanya mengangguk tanpa memandang ke arahnya.

“Kita kat mana ni?” Tanya Iman. Dia hanya membiarkan jemarinya di dalam genggaman Saiful. Satu perasaan yang sukar dimengertikan hadir tika itu.

“Kat R&R Ayer Keroh. Dah dekat dah. Abang berhenti beli kopi. Mengantuk.” Jawabnya jujur.

“Iman nak gi toilet jap. Nak basuh muka.” Beritahu Iman perlahan. Saiful hanya memandang Iman yang berjalan perlahan sehingga hilang dipandangannya.

Dia menyandar kepalanya ke kerusi. Matanya cuba lelap sebentar namun perasaan mengantuk yang menguasainya tadi terbang entah kemana. Fikirannya mula diselubungi persoalan.

‘Siapa iskandar? Apa kaitan Iman dengan lelaki yang bernama Iskandar?’ Fikirannya mula bercelaru. Jarinya mengetuk-ngetuk stereng kereta. Dia mengerling sekilas jam dashboard. 3 pagi.

Dalam dia melayan fikirannya, dia terdengar cermin keretanya diketuk. Iman kelihatan di sebelah luar. Saiful segera keluar.

“Kenapa? Iman ada masalah ker?” Tanya Saiful kalut. Kelihatan mata itu sembab. Saiful merenung tajam. Iman segera menggeleng kepalanya.

“Biar Iman drive plak. Abang dah drive lama. Lagipun rumah tak jauh mana dah. Iman dah biasa jalan ni.” Beritahu Iman. Ditangannya terdapat sebungkus buah limau mandarin.

“Kampong Iman kat mana?” Tanya Saiful. Dia nampak bersahaja menyandar ke keretanya. Tangannya disilang ke dadanya. Matanya tepat memandang ke arah Iman yang berdiri berhadapan dengannya.

“Kampung Bukit China.” Beritahu Iman. Dia tidak berani bertentang mata dengan Saiful. Ada getaran di dadanya. Saiful tersentak. ‘Takkan satu kampong dengan aku kot.’

“Dah. Jangan nak ngengada. Jom.” Arah saiful. Dia terus masuk ke dalam kereta. Iman yang melihat termangu kehairanan.

“Taknak balik ker? Nanti abang tinggal.” Gesanya. Iman yang berada diluar terus sahaja meloloskan diri ke dalam kereta. Setelah kereta berada di atas lebuh raya, kesepian mula terasa. Hanya radio sahaja yang berceloteh. Tiba-tiba lagu Sampai Syurga nyanyian Faizal Tahir berkumandang. Iman memang amat menyukai lagu ini. Seni katanya membuatkan hatinya cair.

“Apsal diam?” Saiful mula memecahkan keheningan malam. Matanya dikerling sekilas. Jalan raya yang lengang membuatkan dia memandu dengan relax sekali.

“Tak tahu nak cakap apa-apa?” jujur Iman.

“Sikit saja buah beli. Nanti kat rumah tak cukup plak.” Tanyanya sambil mulutnya menjuihkan mulut ke arah plastik buah yang berasa di atas riba Iman.

“Untuk dimakan. Mak Iman tak suka buah limau. Adik-adik Iman takder. Semua duduk asrama. Iman yang nak makan. Ingat tadi nak drive. Bolehla mengunyah untuk menghilangkan mengantuk.” Beritahunya sambil memandang ke arah Saiful. “Abang nak?” Tanyanya lagi. Perlahan Saiful mengangguk.

“Kalau ada yang tolong suapkan apa salahnya hehhe…” ‘Ah sudah. Gatal jugak aku ni yer.’ Iman berubah wajah.

“Maksud abang…abang kan tengah drive..mana nak kopek kulitnya lagi…nak makan lagi.” Saiful segera memberitahu. Iman tersenyum.

‘Ingatkan apa tadi. Kacau betulla abang Epol ni. Ingat nak menggatal tadi. Lau tak sah-sah aku luku kepala tu. Biaq bengong.’ Hati jahat Iman berkata-kata. Tangannya segera mengopek kulit limau mandarin. Tangannya terus sahaja menyuapkan ulas limau ke mulut Saiful. Saiful gugup. Namun dibuka jugak mulutnya. Dia dapat melihat Iman yang malu-malu. Dia tahu Iman juga gementar sepertinya.

“Abang sampai simpang depan tu, abang belok kanan.” Arah Iman tiba-tiba menerbangkan angan-angan yang singgah sebentar di layar fikirannya. Lampu isyarat segera diberi. Iman kelihatan terjengah-jengah.

“Ai, takkan kampong sendiri dah lupa kot.” Peril Saiful. Dia rasa lucu melihat Iman terjengah-jengah setiap kali keretanya melalui simpang.

“Bukan lupa la…tak ingat. Lama tak balik. Dulu, lampu jalan tak ada…sekarang ni dah ada. Mana sama?” Ujar iman membela dirinya.

‘Hai….lama betul budak ni tak balik. Biar betul. Patutla aku tak pernah Nampak dia.’

“Eh, stop-stop-stop.” Tiba-tiba Iman menjerit. Saiful segera menekan brek. Nasib baiklah tiada kereta dibelakang.

“Iman…….” Saiful memandang ke arah Iman. Marah ler tuh.

“Bukan ke simpang ni ada surau.” Tanya Iman kepada Saiful. ‘Eh! dia bukan orang sini..mana la dia tau. Aduhhh……….dah sah lama sangat aku tak balik kampong. Buat malu ja.’

“Mana ada…surau kat simpang depan tu la. Ni simpang kubur.” Jawab Saiful geram. Iman terkejut.

‘Eh, takkan abang Epol tau kot.’ Iman menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Saiful perasan dia memecahkan rahsia dirinya.

“Abang orang sini ke?” Tanya Iman setelah kereta bergerak semula. Anggukan dari Saiful membuatkan mulut Iman terlopong.

“Apsal lama tak balik kampong?” Tanya Saiful. Iman hanya diam. ‘Tentu dia terkejut.’ Fikir Saiful.

“Masuk simpang depan tu. Rumah papan tu rumah Iman.” Beritahu Iman perlahan. Saiful segera membelok. Kelihatan rumah papan yang dimaksudkan Iman sunyi. Hanya lampu diluar rumah itu sahaja yang bernyala. Iman keluar setelah Saiful meletakkan kenderaan di laman rumah.

“Assalamualaikum….ibu…….ibu………?” salam tiada sahutan. Iman mengerling jam ditangannya. Hampir pukul 5 pagi. Dia mengetuk perlahan pintu rumahnya. Dia mula ingin menangis. Saiful yang berada dibawah mengerutkan dahinya apabila melihat Iman sudah tersedu-sedan.

“Ibu..abang…! Iman takut.” Air matanya sudah memenuhi tubir matanya dan perlahan-lahan menuruni pipinya yang sedikit montel itu. Saiful terdiam. Dia menelan liur. Iman merangkulnya. Mukanya disembamkan ke dada bidang Saiful. Tiba-tiba telingannya menangkap tapak kaki menuju ke rumahnya. Dia berpaling ke arah jalan. Kelihatan satu lembaga hitam sedang menuju ke arahnya.

“Iman.” Panggil lembaga itu. Iman yang masih dalam rangkulan Saiful segera mendongak. Dia amat kenal suara itu.

“Maklong. Mana ibu?” Tanya Iman setelah mengenali lembaga itu adalah ibu saudaranya. Dia dengan segera menerpa ke arah perempuan yang separuh umur itu. Tangan wanita itu diraih dan dicium.

“Jangan risau. Ibu Iman selamat. Dia ada kat rumah maklong.” Ujar wanita itu. Iman menarik nafas lega. Saiful yang mmerhatikan mereka terkejut.

“Mama!” Panggilnya. Maklong berpaling.

“Ya Allah, Saiful. Anak mama?” Terpa maklong ke arah saiful. Iman kaget. 

“Mama? Sapa mama sapa ni??” Dia hanya memandang Saiful yang berada dalam dakapan maklongnya.

“Mana kau menghilang ful? Puas mama cari. Apsal la rajuk kau tu panjang sangat.” Ucapnya perlahan sambil berlinangan air mata. Iman yang pada mulanya memerhati datang menghampiri. Saiful hanya diam.

“Maklong.” Panggil Iman. Maklong segera memandang Iman. Maklong memerhati Iman dan Saiful silih berganti.

“Korang balik sekali ker?” Tanya maklong bertalu-talu. Iman hanya mengangguk. Dia memandang Saiful yang berpaling ke arah lain untuk mengesat air matanya. Huh…dasar lelaki!

“Tapi kami taktahu pun yang kami sepupu. Beritahu Iman jujur. ‘Mangkuk punya jantan. Mesti kau tahu ni!!’ Marah Iman dalam hati.

“Emm dah la. Nanti maklong cerita. Jom kita g tengok ibu Iman. Rindu dia pada Iman. Mesti dia seronok.” Iman segera memandang maklongnya. Dia mengangguk-angguk. Maklongnya segera mengheret tangan Iman ke rumahnya. Saiful hanya berjalan perlahan di belakang mereka. Fikirannya berserabut.

‘Takkan aku tak perasan Iman tu sepupu aku. Tapi, sumpah, aku tak kenal dia. Patutla aku rasakan dia amat rapat dengan aku. Macam dah lama kenal. Namun, dia tidak perasan yang mana satu Iman memandangkan dia ramai kawan. Tetapi kawannya semua lelaki kecuali sorang kanak-kanak perempuan yang berperangai seakan-akan lelaki. Takkan Iman budak perempuan tu kot.’ Saiful bertambah pening.

No comments:

Post a Comment