Wednesday 21 September 2011

BAB 19


IMAN segera bersiap. Beberapa pasang baju dimasukkan ke dalam beg. Berita yang didengar daripada maklongnya, benar-benar menguris hatinya. Nasib baiklah esok hari minggu. Fenn dan Esyani sudah di maklumkan mengenai perkara itu. Mereka mendoakan agar ibunya selamat.

Kau betul ni taknak kami ikut?” Tanya Esyani untuk kesekian kali.

“Betulla. Bukan ker esok ada Ko-K. Aku taknak sebab aku korang plak terkandas dalam exam nanti. Jangan risaula. Aku ok?”

“Iman, abang Saiful…” beritahu Fenn ringkas. Jari telunjuknya terarah ke arah luar.

Iman mendengus perlahan. Pada masa kini, dia malas untuk melayan orang. Tetapi bila difikirkan pemuda itu banyak membantunya. Dia terpaksa keluar untuk berjumpa dengan Saiful. Beg sandangnya yang siap, digalas ke bahu. Esyani dan Fenn berada di depan. Mungkin tengah melayan Saiful. Dengan perlahan ditarik pintu biliknya. Dia terus turun ke bawah. Kunci kereta tergantung ditangannya. Kelihatan Saiful sedang berbual dengan Esyani dan Fenn diluar. Seperti biasa, dia jarang masuk. Sedikit sebanyak, Iman selesa dengan hal itu.

“Abg epol, bila sampai?” Tanya Iman berbasa basi.

“Baru ja. Jom la!” Saiful tiba-tiba bangun. Iman yang sedikit kehairanan memandang Saiful dengan perasaan hairan.

‘Aku ada date ke dengan dia malam ni.’ Dahinya berkerut-kerut memikirkan perkara itu.

‘Takder rasanya.’ Dia memandang Saiful dengan perasaan penuh tanda tanya. Saiful yang melihatnya hanya tersenyum nipis.

“Kata nak balik kampong. Jom, abg hantar!” Ajak Saiful. Matanya tajam melihat Iman. Bukan dia tidak biasa melihat Iman hanya berpakaian simple macam itu. Tapi entah kenapa, wajah yang sering menghiasi mimpinya itu, lain benar malam ini. Tanpa sebarang solekan. Hanya berbaju kurung polos dan berselendang. Rambutnya yang separuh bahu didandan dan terdapat juntaian anak rambut menghiasi dahinya. Comel! Telah Saiful dalam hati.

“Takpela abang Epol, wat susah-susah ja. Iman boleh balik sendiri. Bukannya jauh pun.” Elak Iman. Bukan dia tidak perasan mata lelaki itu asyik merenungnya.

“Takder yang susahnya. Mari abang hantar.” Saiful mula menunjukkan protesnya.  

Dia segera mengambil beg galas yang diletakkan Iman di muka pintu rumahnya itu. Iman tidak terkata apa-apa. Dia sebenarnya amat bersyukur dengan pertolongan yang dihulurkan. Bukan dia tidak tahu, jika dia menggelabah, dia jadi cuai untuk memandu. Dia memang akui kelemahannya itu. Setelah menyalami dan memeluk Fenn dan Esyani, dia segera menaiki kereta. Fikirannya kosong. Dia hanya mendiamkan diri. Fikirannya hanya memikirkan ibunya saja. Teringat dia perbualan antaranya dengan maklong yang juga ibu saudaranya dan jirannya semasa dikampung dulu.

“Iman. Lau boleh, balik. Jangan tidak. Mak kau kemalangan ni.” Mahu meraung apabila mendengar ungkapan daripada maklongnya itu. Air matanya mengalir perlahan. Esakan tangisan mula kedengaran. Saiful yang berada disebelah mula tidak keruan.

“Sabarla. Insya allah, takder apa-apa.” ujarnya perlahan. Tangannya menggenggam tangan Iman untuk mengalirkan keyakinan buat wanita yang telah mencuri hatinya itu. Iman hanya mengangguk perlahan.

Saiful mencapai telefon bimbitnya. No telefon Helmi segera didailnya setelah handfree disumbatkan ke telinganya.

“Hello Mi. Abang tak balikla malam ni. Abang hantar kawan abang balik kampong dia.” Beritahu Saiful jujur. “Mungkin abang tak baik rumah 2,3 hari okey. Bye, assalamualaikum.” Perbualan telefon ditamatkan.

Tiba-tiba dia menepuk dahinya. Keretanya di hentikan ditepi jalan. Iman hairan.

‘Eh apsal abang Epol berhenti lak ni. Dia nak buat apa ni?’ Iman mula berperasangka.

‘Ya Allah, jangan la jadi apa-apa.’Doa Iman dalam hati. Dia dapat rasakan tangan abang Saiful menyentuh bahunya.

“Iman.” Panggil abang saiful. Iman mula cuak. Saiful mula menggaru kepalanya yang tidak gatal.

“Kita nak g mana sebenarnya. Abang tak tahu kampong Iman kat mana?” Saiful berkata sambil mukanya memandang Iman yang masih memandang ke arah luar kereta.

‘Apsal plak ni? Takkan dah tido kot,’ Kata Saiful dalam hati.

Iman terus berpaling memndang abang Saiful. Baru dia terperasan Saiful tidak tahu di mana kampungnya.

“Kampong Iman kat Alor Gajah, Melaka,” Perlahan suara Iman.

“Iman sabar yer sayang. Tidola. Jangan fikir apa-apa.” ucap Saiful perlahan. Tangan Iman yang masih berada di dalam tangannya, dicium lembut. Iman tersentak. Dia tidak menjangka laku Saiful kepadanya.

Sayang. Iman tersentak. Bolehkah dia menerima perasaan sayang dalam hidupnya setelah apa yang berlaku dulu. Dia menelan air liur yang tersekat dikerongkongnya. Dia tidak tahu apa yang diingininya. Marah. Benci. Sayang. Cinta. Kepalanya mula pening. Banyak sangat masalah yang bersarat dikepalanya. Matanya dipejam dengan harapan beban yang terpikul dibahunya dapat dikurangkan. 

No comments:

Post a Comment